Pelakon dan pengarah filem Mat Tudung Begins, Datuk Fizz Fairuz memasang impian agar buah tangan pertamanya itu dapat mengecap kejayaan sama seperti filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berjaya meraih jumlah kutipan hampir RM100 juta.
Menurut Fizz, tidak salah untuk seseorang itu mempunyai angan-angan demi menggapai kejayaan.
“Untuk menghasil filem ini, saya ada buat sedikit research dan bertanya kepada orang ramai mengenai trend filem Malaysia masa kini. Apa sebenarnya yang mereka mahukan.
“Mungkin filem ini boleh berada di tangga kedua di belakang filem Mat Kilau. Mana kita tahu. Mungkin boleh sampai RM95 juta. Itu hanya target. Angan-angan tak perlu bayar.
“Apa yang saya buat, mesti kena ada target. Saya buat cerita ini untuk orang-orang yang perlukan hiburan. Orang ramai ketika ini sudah muak dengan politik dan hal ekonomi,” katanya kepada MH.
Lantaran itu, suami kepada pelakon, Datin Almy Nadia itu berharap agar kuasa media sosial sedikit sebanyak dapat mempromosikan filem yang menelan belanja RM1.2 juta.
Ads
“Sewaktu filem Mat Tudung 2014, saya, Izzue Islam dan Nelydia Senrose belum terkenal pun lagi. Kami masih baru dalam industri. Media sosial pun tak serancak sekarang.
“Jadi, bila media sosial sudah menjadi semakin pesat, segalanya boleh dilakukan di hujung jari dan kemudian menjadi trend. Jadi, saya memang mengharapkan kuasa media sosial.
“Oleh itu, seiring perkembagan industri hiburan serta kuasa netizen, insyaAllah filem ini akan berhasil. Paling sedikit pun boleh cecah RM10 juta,” kongsinya lagi.
Ads
Ditanya mengenai kritikan daripada netizen dan beberapa pendakwah bebas terhadap filemnya itu, Fizz menyifatkan perkara tersebut merupakan lumrah sebagai seorang anak seni.
“Terima kasih kepada pendakwah bebas itu kerana viralkan poster filem saya. Walau apapun komen yang kita terima, sebagai anak seni, kita kena lali. Saya sudah berada di dalam industri ini lebih 20 tahun, akan ada yang suka dan tidak.
Ads
“Kalau cepat melatah, kita akan gagal. Saya kena terima apa sahaja kritikan dan cuba menjawab atau membalas semula dengan cara yang betul.
“Kalau ikutkan, filem tahun 2014 itu lagi menonjol penyamaran sebagai wanita itu. Namun, kali ini, saya bagitahu Achey, kita tak payah bersolek. Hanya pakai tudung dan lipstick sahaja.
“Saya tahu batas-batas LPF ini macam mana. Orang luar boleh bercakap apa sahaja. Nawaitu saya untuk hasilkan filem ini hanyalah untuk penyamaran dan bukan untuk ‘memondan’ hari-hari,” akhirinya.
Terdahulu, Mat Tudung Begins mengisahkan mengenai watak Johari yang dilakonkan oleh Fizz yang berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada juri The Forbest yang bakal memberi penilaian kepada hotel mereka.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS yang juga merupakan ketua juri bagi program Gegar Vaganza 6 (GV6), penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) cukup sporting menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat suami kepada penyanyi, Datin Alyah itu.
Dinyanyikan secara langsung, Ramli turut diraikan dengan sebiji kek yang ditempah khas.
Genap 60 tahun pada Ahad, Ramli yang mesra disapa Tok Ram secara ringkas berterima kasih buat semua yang memberikan dedikasi ulang tahun buatnya.
“Terima kasih atas ucapan dan doa semua. Saya sangat hargainya,” katanya ringkas kepada MH.
Malah, aksi spontan dua hos GV6, Nabil Ahmad dan Jihan Muse cukup mencuit hati. Nabil sempat mencium bibir dan memeluk pengarah muzik itu sebagai tanda meraikan.
“Selamat hari jadi Tok… Moga panjang umur, murah rezeki dan semoga bahagia kekal abadi,” ucap Nabil.
Instafamous yang juga usahawan, Asyalliee telah pun selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 26 Maca lalu. Bayi comel yang diberi nama Siti Helena Adrianna itu dilahirkan pada 11.31 pagi dengan berat lebih 3 kilogram.
Bagaimanapun, salah satu entri Asya tidak lama dulu cukup menangkap minat netizen apabila dia mengakui berjaya menurunkan berat badan sebanyak 9 kilogram meski baru 10 hari melahirkan anak kedua.
“Hari ni dah masuk ke 10 hari berpantang tapi saya sudah berjaya turun 9kg ? Mana tidaknya, setiap hari saya berurut, bertungku, bersauna, mandi herba, makan makanan yang sihat sihat sahaja and pakai bengkung.
“Thank you to my CL kak ida dari @natalismothercare yang menjaga saya . Ada 34hari lagi untuk berpantang, maknanya boleh la dapat berat 50kg balik ni#Nakpergihospital,” tulisnya pada salah satu postingnya bertarikh 5 April lalu.
Netizen rata-ratanya kagum dengan penampilan ibu muda itu sekali gus menjadi inspirasi buat bakal ibu baru.
Sementara itu, beberapa hari lalu pemilik nama lengkap Siti Syasya Rosaelmi ada berkongsi situasinya ketika sedang mengalami kontraksi.
Kini berada di Mekah bagi menunaikan fardhu haji, Rozita Ibrahim berkongsi pengalaman saat berada di tanah suci.
Usahawan yang juga ibu kepada Aliff Syukri ini mengimbau sewaktu zaman mengerjakan haji tahun 2006 lalu.
Ulasnya, dia melihat sendiri bagaimana jemaah yang uzur tidak mampu berjalan sehingga terpaksa membuang air kecil di depan tandas.
Malah, disebabkan terlalu padat, ramai jemaah meninggal dunia sewaktu melontar jamrah, dakwanya.
“Kami practice melontar dn melawat kawasan2 yg akn jd tumpuan mas ahaji nanti , Beza sgt kawasan ni dgn zaman dulu sy pergi 2006.
“Saya pergi dgn t haji muasasah cuma rm9800 xsalah sy sorang caj dikenakan
“Pengalaman ni sedih sgt sy melihat jemaah tua ibu ayah tua uzur kencing xkuat jalan terpaksa kencing depan2 tandas ..baris pnjang..Dlm kemah baring atas tikar dn ada jemaah Indon xda makanan masa tu merayu2 minta kami makanan.
“Saya bawa 2 bapa saudara uzur ..Arwah ayah , mak dn kri masa tu ..Alhamdulillah haji akbar dn musim sejuk tp ramai org sakit. (klau dulu byk org mati masa melontar sbb sesak) sekarang ada 3 tingkat dn kami akn melontar dibhagian bawah sekali kata uzt tempat original org zaman dulu melontar,” jelasnya panjang lebar.
Namun, banyak kemudahan telah disediakan demi memberi keselesaan kepada bakal haji.
Kongsi ibu mertua kepada Nur Shahida ini lagi, dia dikhabarkan bahawa khemah berdekatan yang disewa jemaah Malaysia juga dikatakan berharga sekitar RM30,000.
“Sepanjang jalan dipenuhi air sprinkler dn air cond ( masa kami jalan ni mmg selesa sbb org x ramai ..masa kejadian nanti xda dah rasa sejuk air2 ni sgt ramai dalam 2 juta lebih katanya ..petugas saja dalam 70ribu org kalau x salah dengar sy , uzt terangkan )
“Masa kami practise ni askar polis ramai sgt dan air2 minuman ramai org sedekah dn jual siap bagi roti sekali ..Swmua kat sini sgt mahal dn xda yg mewah pun…x sama dekat mesjid haram ..Kemah kami sewa sehari tu je katanya 30k..!! .Kemah kami no 111 antara kemah paling dekat masa tu ..
“Hotel dn makanan ..mahal sgt Sbb kawasan ni hanya digunakan setahun sekali .Apa sy tulis sekadar info bukan utk riak,” jelasnya lagi.
Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkan filem adiwira Keluang Man bukan dihasilkan semata-mata untuk mengejar kutipan box office.