Hasrat pelakon dan usahawan, Riezman Khuzaimi untuk pertama kali menganjurkan konsert dangdut berskala besar berdepan dugaan berat selepas dia mendakwa menjadi mangsa penipuan pihak tertentu.

Menurut Riezman, dia menanggung kerugian hampir RM300,000, menyebabkan segala perancangan untuk menjayakan konsert Goyang Asia Koplo Malenia yang menggabungkan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia itu harus dimulakan semula daripada awal.

“Saya Dah Bayar RM300,000,” – Riezman Khuzaimi Jawab Isu Ditipu, Konsert Dangdut Ditunda Ke Tarikh Baru

“Saya mula perasan yang saya telah ditipu ketika penganjuran sesi sidang media pertama sebelum ini. Majlis tersebut tidak seperti yang saya harapkan. Padahal saya sudah membuat bayaran yang banyak.

“Kemudian, artis yang kita bawakan daripada Indonesia tidak boleh ditemu ramah kerana tidak mendapat kelulusan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

“Saya pelik sebab artis Indonesia yang pernah datang sebelum ini boleh sahaja ditemu ramah ketika sidang media.

“Bila saya ke Putrajaya dan bertanya kepada pihak berwajib, rupanya pihak konsultan ini tidak buat kerja mereka. Jawapan sama saya terima ketika ke pejabat servis tiket dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

IKLAN

Riezman menambah, pihak tersebut juga didakwa tidak membuat pembayaran kepada pihak-pihak vendor yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan kerja-kerja di konsert ini.

“Saya Dah Bayar RM300,000,” – Riezman Khuzaimi Jawab Isu Ditipu, Konsert Dangdut Ditunda Ke Tarikh Baru

“Bila berjumpa dengan pihak venue di Bukit Kiara, ternyata pihak mereka juga masih belum membuat bayaran sedangkan kami sudah pun memberikan wang bagi tujuan berkenaan.

“Ketika nak buat pemasangan pentas pula, pihak vendor dan sound system maklumkan yang mereka tidak mendapat sebarang pembayaran lagi. Saya jadi kesal. Kalau semua masih belum bayar, macam mana kita nak buat konsert,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Riezman turut memaklumkan pihaknya akan memanjangkan perkara ini ke muka pengadilan.

IKLAN

“Saya ajak mereka berjumpa untuk bentangkan soal bajet tapi mereka tak mahu. Jadi, kita terpaksa hentikan khidmat mereka. Saya minta pulangkan semula duit tapi mereka tak mahu.

“Oleh itu, saya telah buat laporan polis pada 14 Jun lalu di Balai Polis Brickfield, Bangsar. Kita selesaikan melalui cara perundangan,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, Riezman menyifatkan kejadian ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

“Saya Dah Bayar RM300,000,” – Riezman Khuzaimi Jawab Isu Ditipu, Konsert Dangdut Ditunda Ke Tarikh Baru

IKLAN

“Awalnya, sakit jiwa juga. Kalau kena scam seorang diri mungkin boleh hadap lagi tapi ini turut melibatkan ramai orang. Namun, saya tak serik dan akan lebih berhati-hati.

“Apabila terjadinya hal ini, saya dapat turun padang dan belajar sendiri tentang penganjuran konsert. Hikmahnya saya dapat ilmu,” katanya.

Disebabkan insiden tersebut, konsert Goyang Asia Koplo Malenia terpaksa ditunda ke tarikh 30 September makanala vanue pula telah diubah ke Stadium Melawati, Shah Alam.

Berikutan jadulal yang tidak mengizinkan, penyanyi Baby Shima juga difahamkan terpaksa menarik diri dan digantikan dengan penyanyi dangdut popular, Amelina.

Tiket sudah mula dijual bermula pada harga RM108 sehingga RM480.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI