Pelakon Lisdawati ada berkongsi cerita perihal dirinya bersama peminat di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, pelakon berusia 41 tahun ini ada memberi perkongsian mengenai hidup.
Malah, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini ada bertanyakan pendapat mengenai perkara tersebut bersama pengikutnya.
“Setiap hari kita akan diuji. Adakah kita mampu utk menghadapinya. Paling sakit ujian melibatkan hati dan perasaan.
Ads
“Ramai org ada masalah komunikasi dlm keluarga…Persoalannya…
“Adakah perlu kita diam, makan hati atau bersemuka utk leraikan kekusutan?
“Apakah satu kesalahan itu kita diam, tak perlu tegur utk jaga hati atau kita tegur juga dgn cara terbaik supaya dia perbetulkan kesilapan?#hatilukadankecewa#akutaksempurna#mencarijalanpulang,” tulisnya.
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang ke-25, pelakon Sofea Jane ada berkongsi foto kenangannya bersama suami tercinta, Datuk Meor Azman Mohamed di Twitter.
Mendirikan rumah tangga pada 9 September 1995 lalu, pasangan tersebut hidup harmoni bahagia bersama empat orang cahaya mata.
Jarang berkongsikan sisi peribadinya sekeluarga, ternyata perkongsian yang dibuat bintang filem Sayang Salmah ini ‘memancing’ perhatian wargamaya.
Lalu, rata-ratanya mengucapkan tahniah buat Sofea dan mendoakan agar dia sekeluarga hidup bahagia sampai bila-bila.
Sehingga kini, ciapan bergambar yang dimuat naik Sofea sudah pun mendapat hampir 30,000 tanda suka bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Terdahulu, Sofea yang kini mencecah usia 48 tahun mulai dikenali menerusi beberapa barisan filem yang dilakonkan selain turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 1993.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
NAURA, saluran gaya hidup Muslim kontemporari dengan berbesar hati melancarkan program terbaharunya, ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ yang bakal bersiaran mulai Isnin, 7 September, jam 9 malam, di saluran 109.
Program eksklusif berdurasi 30 minit ini akan berlangsung selama 8 episod berturut-turut.
‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ mengisahkan perjalanan pelakon, pengacara, model dan usahawan jelita tanah air Mira Filzah dan tunangnya, Wan Emir Astar dalam mencari jawapan kepada pelbagai persoalan tentang alam rumah tangga, sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya.
Saksikan Mira dan Wan Emir dalam pertemuan mereka dengan beberapa individu disegani bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan terbaik demi kelangsungan dan kebahagiaan hubungan kedua bakal mempelai itu sebelum ke jinjang pelamin dan selepas akad yang bakal menyatukan dua hati menjadi satu.
Individu-individu ini termasuklah Datuk Prof Dr Muhaya, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Dato’ Badli Shah, Imam Muda Asyraf, Ustazah Asni Mansor, dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
Azlin Reza Azmi, Naib Presiden Saluran Perniagaan Melayu Astro berkata saluran berkenaan teruja dapat berkejasama dengan bintang popular itu.
“Sebagai saluran yang memfokuskan kepada kandungan gaya hidup Muslim moden, kami amat teruja apabila dapat bekerjasama dengan figura serba boleh dan diminati ramai, Mira Filzah untuk menghasilkan sebuah kandungan yang cukup eksklusif ini.
“Audiens, terutamanya peminat Mira dapat mengenalinya dengan lebih dekat dan turut sama menyaksikan perjalanan beliau menuju ke gerbang perkahwinan.
“Penampilan Wan Emir Astar, turut melengkapkan lagi program ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ ini.
“Kami begitu berbesar hati dengan kedua-dua mempelai kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada NAURA untuk merekodkan momen-momen terindah mereka, menjadikannya sebuah penceritaan yang cukup eksklusif dan tidak pernah lagi dipaparkan di mana-mana platform media yang lain,” katanya.
Pada masa sama, rancangan berkenaan juga diharap dapat memberikan inspirasi buat wanita muslimah, khasnya yang mempunyai persoalan perihal perkahwinan.
“Kami yakin, program ini bukan sahaja boleh mencetuskan inspirasi buat wanita Muslim moden di negara ini, malah ia juga dapat memberikan perspektif baharu untuk mana-mana individu yang sebelum ini mungkin mempunyai pelbagai persoalan tentang perkahwinan yang masih tidak lagi terjawab.
“Kehadiran tokoh-tokoh yang disegani seperti Datuk Prof Dr Muhaya, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Dato’ Badli Shah, Imam Muda Asyraf, Ustazah Asni Mansor, dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki semestinya dapat memberikan pandangan lebih luas dan terbuka tentang keindahan serta cabaran dalam sesebuah perkahwinan.
“Kami berharap, dengan penghasilan program ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ ini, audiens terutamanya mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, dapat memanfaatkan segala nasihat yang diutarakan barisan tetamu jemputan kami, dan turut sama berkongsi kegembiraan Mira dalam meniti hari-hari bahagia mereka,” jelasnya.
Saksikan tayangan serentak episod pertama ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ di NAURA (saluran 109), Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124) mulai Isnin, 7 September pada jam 9 malam.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim secara percuma melalui aplikasi Astro GO, dan secara on demand bagi pelanggan Astro.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rock, Aweera meluahkan rasa kecewa terhadap Tindakan sesetengah pihak stesen televisyen yang didakwanya gemar memilih penyanyi lain untuk membawakan lagu Romancinta berbanding dirinya.
Tanya Aweera, adakah mereka seolah-olah penyanyi asalnya sudah tiada untuk menyanyikan lagu yang popular ketika dia bersama kumpulan Mojo itu.
“Banyak aku tengok sekarang konsert tv station yang panggil artis lain untuk cover or nyanyi lagu ‘Romancinta’.
“Hangpa ingat penyanyi asal lagu ‘Romancinta’ ni dah mati ke apa?
“Tanya jaa,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Aweera menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, pelakon senior, Saiful Apek ada memberikan kata-kata semangat buat Aweera berhubung isu berkenaan.
“Tak mengapalah, anggaplah mereka-mereka tu masih tak boleh move on dari karya-karya kita.
“Syukur Alhamdulillah. Berbaik sangka dan sentiasa mendoakan yang baik-baik sesama kita. InsyaAllah,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut meluahkan rasa rindu untuk melihat Aweera menyanyikan lagu berkenaan.
Aweera menyertai kumpulan Mojo pada tahun 2012 namum kini tidak lagi bersama kumpulan berkenaan sekitar tahun 2014 atas sebab tertentu.
Selepas Mojo, Aweera tampil bersama kumpulan Prime Domestic dan kini muncul bersama band terbarunya Pelita Lusoh.
Sumber: Instagram Aweera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.