Pelawak dan usahawan, Lan Pet Pet menafikan dakwaan dia dikatakan melakukan aktiviti menjual barangan terlarang sekali gus tampil membuat penjelasan berhubung satu video tular yang diambil secara curi oleh seseorang, baru-baru ini.

Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad berkata dia pada mulanya ingin mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan video serta memfitnahnya, namun menarik semula hasrat tersebut selepas mendapat khidmat nasihat peguam.

Malah anggota kumpulan Senario ini juga mengambil pendirian untuk memaafkan individu serta sesiapa saja yang turut menyebarkan video tersebut hingga dia dikecam di laman sosial.

Pelawak berusia 52 tahun itu ditemui pada sidang media di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.

“Saya tak jual barang terlarang seperti yang didakwa… apa yang ditularkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki. Saya tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. Pada awalnya memang nak ambil tindakan.

“Tapi selepas berbincang dan mendapatkan nasihat peguam, saya tarik hasrat tersebut. Saya boleh teruskan saja tindakan itu sehingga menyebabkan individu tersebut perlu membayar jumlah yang besar.

IKLAN

“Tetapi saya ada belas kasihan dan enggan membiarkan reputasi saya tercalar. Lagipun, saya sudah memaafkan individu dan semua yang telah menyebarkan video tersebut selain memfitnah saya,” katanya.

“Pada Awalnya Memang Nak Ambil Tindakan, Tapi…,” – Lan Pet Pet Pilih Maafkan Individu Sebar Fitnah, Tak Jadi Saman “Pada Awalnya Memang Nak Ambil Tindakan, Tapi…,” – Lan Pet Pet Pilih Maafkan Individu Sebar Fitnah, Tak Jadi SamanSementara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya beberapa hari lalu, Lan mendedahkan dia mengambil serius hal tersebut kerana berunsur fitnah dan boleh mengaibkan nama.

IKLAN

Pada masa sama, Lan turut sedar terdapat segelintir pihak yang menyifatkan video tular terbabit sebagai salah satu gimik untuk dia menjual produknya.

Namun, menurut Lan, dia lebih berasa sedih apabila ramai netizen yang melemparkan kata-kata kesat terhadap keluarga, ibu dan arwah bapanya.

“Saya tahu ada segelintir pihak yang menganggap apa yang berlaku hanya gimik untuk saya menjual barang. Tapi, ini bukan gimik. Saya tak perlukan gimik atau sebagainya untuk menjual produk saya.

IKLAN

“Tapi sejujurnya saya agak sedih dan terkilan apabila ramai orang kecam keluarga saya termasuk ibu serta arwah bapa saya. Saya rasa sebak apabila terkenang wajah arwah bapa,” ujarnya.

Pada 5 Ogos lalu, tular sepotong video di Twitter yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan bersama seorang penunggang motorsikal.

Dia kemudian keluar dari kenderaan yang dipandunya dan terus meluru ke arah perakam, sejurus menyedari ia dirakam.

Menerusi ciapan dalam Twitter yang telah dipadam itu, rata-rata netizen mulai berteka-teki seterusnya memetik nama Lan Pet Pet sebagai pelawak yang didakwa berdasarkan loghat percakapannya pada ketika itu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI