Seperti umum mengetahui, syarikat produksi drama dan filem tidak menjalankan penggambaran seperti kelazimannya ekoran situasi pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara.

Oleh itu, ada sesetengah pihak produksi yang telah mengambil langkah alternatif lain demi meneruskan penggambaran dalam norma baharu, misalnya dengan menerusi penggunaan gajet terkini.

Pelakon, Emelda Rosemila misalnya ada berkongsi cerita pengalaman sewaktu menjalani pengambaran drama rantaian, SMK musim ketiga yang dilaksanakan secara virtual menerusi aplikasi Zoom.

‘Shooting’ Drama Secara Virtual, Emelda Rosemila Syukur Suami Mudahkan Kerja – Kadang Rasa Macam ‘Diva’ Pula…” ‘Shooting’ Drama Secara Virtual, Emelda Rosemila Syukur Suami Mudahkan Kerja – Kadang Rasa Macam ‘Diva’ Pula…”

Menurut Emelda, ini kali pertama dia bersama rakan pelakon lain menjalani penggambaran secara virtual meski sudah lebih 20 tahun melibatkan diri dalam lakonan.

“Sebenarnya, pengambaran yang dijalankan secara virtual merupakan pengalaman yang pertama buat saya dan sudah semestinya dari segi cabaran ada sedikit perbezaan.

IKLAN

“Tapi saya tak rasa mencabar sangat sebab saya ada suami yang sentiasa membantu supaya semuanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah.

“Saya kadang-kadang rasa macam ‘diva’ pula kerana dari segi persediaan kamera, pengcahayaan dan sebagainya, semuanya menjadi lebih mudah dengan bantuan suami.

“Malah, kebanyakan barang keperluan untuk menjalankan penggambaran dalam cara tersebut kebanyakan suami sudah ada, jadi ia memudahkan.

“Rasa syukur sangat kerana semua berjalan dengan lancar,” katanya.

IKLAN

‘Shooting’ Drama Secara Virtual, Emelda Rosemila Syukur Suami Mudahkan Kerja – Kadang Rasa Macam ‘Diva’ Pula…” ‘Shooting’ Drama Secara Virtual, Emelda Rosemila Syukur Suami Mudahkan Kerja – Kadang Rasa Macam ‘Diva’ Pula…”

Selain itu, isteri kepada pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramli ini turut berasa gembira kerana berpeluang untuk menimba ilmu serta pengalaman baru.

“Jujurnya, rasa seronok sebab sekurang-kurangnya saya boleh belajar banyak benda yang baru dan dapat menimba pengalaman, meski kita semua berada dalam keadaan norma baharu.

“Walaupun kadang-kadang tidak dinafikan, macam huru-hara juga kat rumah ni masa nak buat rakaman. Kelam kabut juga dibuatnya,” selorohnya.

IKLAN

‘Shooting’ Drama Secara Virtual, Emelda Rosemila Syukur Suami Mudahkan Kerja – Kadang Rasa Macam ‘Diva’ Pula…” ‘Shooting’ Drama Secara Virtual, Emelda Rosemila Syukur Suami Mudahkan Kerja – Kadang Rasa Macam ‘Diva’ Pula…”

Untuk info, SMK musim ketiga kali ini menelusuri pengalaman para pelajar yang menjalani pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Drama ini turut dibintangi barisan pelakon kanak-kanak seperti Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar, Wafiy Ilhan dan ramai lagi.

‘Shooting’ Drama Secara Virtual, Emelda Rosemila Syukur Suami Mudahkan Kerja – Kadang Rasa Macam ‘Diva’ Pula…”

Selain Emilda, pelakon Zain Hamid, Nabila Razali, Nasz Sally dan Nizam Jentik-Jentik juga terlibat dalam drama bersiri yang bakal mula bersiaran mulai 25 Ogos, setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Ceria HD, On Demand dan Astro GO itu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI