Selebriti popular, Noor Neelofa memohon doa yang baik-baik selepas memaklum dia kini sedang menantikan detik melahirkan anak sulungnya pada bila-bila masa.
Neelofa, 33, pada masa sama akui rasa gementar menantikan detik kelahiran bayi pertama selain bakal berkongsi berita gembira buat semua.
“Satu pengalaman yang berbeza. Insya-Allah untuk kelahiran nanti saya akan kongsi dengan semua, dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari. Dekat dah dan bila-bila masa saja.
“Tidak saya nafikan untuk melalui proses ini memang gementar. Dari segi persiapan kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku, bertanya pada orang. Barangan ‘baby’ alhamdulillah dah siap,” katanya.
Ads
Neelofa ditemui pada Majlis Pelancaran Perisa Baharu Susu Nilofa di Bayswater, KLCC, sebentar tadi.
Dalam masa sama, Neelofa juga berharap diberikan rezeki untuk bersalin secara normal.
Ads
“Insya-Allah kalau diberikan rezeki memang nak bersalin normal.
“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami.
Ads
“Terima kasih juga yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya.
Neelofa dan suami, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, portal-portal akhbar tempatan ada melaporkan mengenai hasrat usahawan, Iqbal Zulkefli yang merancang ingin menjadi penaja utama program realiti nyanyian popular tanah air, Gegar Vaganza pada musim akan datang.
Tidak terhenti disitu, Iqbal juga dilihat sekali lagi memberikan reaksinya berhubung isu berkenaan menerusi ruangan komen di Instagram portal berita, Mstar yang memuat naik artikel mengenai dirinya.
Menurut Iqbal, dia amat menghormati pihak penaja yang menaja program tersebut ketika ini, namun, dia sebolehnya tidak mahu disamakan dengan penaja-penaja yang terdahulu.
Katanya lagi, dia tidak akan mengambil kesempatan dengan sengaja mencipta kontroversi semata-mata ingin memajukan perniagaannya di program popular itu.
Meskipun tidak menyebutkan nama mana-mana pihak, namum, kenyataan tersebut nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati usahawan, Datuk Seri Vida.
Jelas Vida, kenyataan yang diberikan oleh Iqbal itu seakan-akan seperti ingin ditujukan kepadanya.
Malah, dia juga turut menyifatkan Iqbal sebagai lupa daratan kerana sebelum ini dia yang banyak membentuk Iqbal untuk berhadapan di kaca televisyen.
“Hello apa masalah kamu ni? Nak menganjing? Sedar diri boleh? Dari mana datang? Asal usul? Dari nothing?
“Aku dah tabur macam-macam ilmu bagai. Kalau bukan sebab aku, kamu ingat ada orang nak pandang kamu,” tulisnya.
Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh Datuk Seri Vida menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Vida turut menegaskan tidak ada seorang pun yang boleh pertikaikan mengenai caranya menjalankan bisnes kerana dia mempunyai hak untuk berniaga di mana-mana platform sekalipun.
“Kamu ingat lagi tak dulu nak masuk tv takut-takut. Kecut batu aku support. Bagi ilmu tunjuk cara. Tak payah nak tunjuk bijak pandai hakikatnya kamu cedok ilmu dan cara aku.
“Aku nak berniaga segenap penjuru ke, sampai planet Marikh ke itu aku punya fasal. Itu passion aku. Tak susahkan kamu. Dasar kacang lupakan kulit,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, sebelum ini Datuk Seri Vida pernah menjadi penaja utama program Gegar Vaganza untuk beberapa musim.
Malah, beberapa hari lalu, Vida turut mengkritik pihak Gegar Vaganza 8 (GV8) secara terbuka kerana menyingkirkan grup duo Sa. Ya yang dianggotai oleh pelawak Saiful Apek dan Yassin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida & Iqbal Zulkefli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah tertangguh hampir setahun, akhirnya, program realiti nyanyian, Big Stage 2022 bakal membuka tirainya pada 6 Februari ini.
Senarai bintang-bintang yang bakal berentap di Big Stage 2022 telah pun diumumkan dalam satu sidang media khas sebentar tadi.
Mengekalkan identiti sebagai platform terbaik barisan artis muda dalam mengetengahkan bakat nyanyian, program yang kini memasuki musim keempat itu bakal menampilkan peserta dari luar negara khusus bagi memberi saingan sihat buat bintang remaja tempatan.
Nah, ini dia 11 barisan peserta Big Stage 2022 yang bakal memberi saingan tahun ini! Anda rasa siapakah yang bakal bergelar juara?
Setelah semusim berehat daripada tugas penjurian, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali menyertai barisan panel juri bersama komposer terkenal, Ajai yang kembali menerima mandat selaku juri tetap buat kali kedua untuk musim ini.
Big Stage 2022 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan panel juri dan undian peminat secara online.
Pada musim kali ini, kerusi ‘Juri Pedas’ diperkenalkan manakala posisi ‘Presiden Netizen’ yang diperkenalkan pada musim lalu untuk menjurikan pertandingan dengan kupasan sudut perspektif yang mewakili suara ramai masih lagi dikekalkan.
Pada masa sama, selebriti versatil popular, Alif Satar dan Sherry Al Hadad masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan pentas utama selaku gandingan pengacara.
Konsert mingguan Big Stage 2022 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Februari 2022 menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi jelita, Wany Hasrita berpandangan setiap individu itu tidak akan pernah bersedia sepenuhnya untuk beralih ke sebuah fasa yang baru di dalam kehidupuan terutamanya bila melibatkan alam perkahwinan.
Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, ketika dia mula-mula ingin menceburkan diri dalam bidang nyanyian pun dia juag tidak bersedia sepenuhnya, namun, proses pembelajaran itu datang seiring waktu.
“Nak cakap bersedia atau tidak untuk melangkah ke alam perkahwinan itu, rasanya agak susah nak dijelaskan. Kita sebenarnya tidak akan pernah bersedia sepenuhnya terutamanya untuk beralih ke fasa yang baru.
“Ketika pertama kali saya putuskan untuk memulakan kerjaya di dalam bidang seni pun saya datang dengan ‘zero knowledge’. Bermula detik itu, saya belajar satu per satu.
“Saya tak nafikan ada juga sesetengah daripada anak seni ini mereka datang dalam keadaan yang sudah bersedia sepenuhnya. Segalanya terulang pada individu itu sendiri,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Cinta Khayalan ini berkata sedemikian dalam satu tumuramahnya bersama MH, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia berharap agar sesiapa pun yang akan menjadi bakal suaminya nanti dapat menerima segala kelebihan dan kekurnagan yang ada apa dirinya.
Bagaimanapun, setiapa individu itu juga haruslah sentiasa memiliki keiinginan untuk sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik.
“Pada saya, bila dah sampai waktunya, kita akan tetap juga berkahwin sama ada bersedia atau tidak. Kita akan belajar sepanjang proses berumahtangga itu. Harapnya suami saya nanti terima saya seadanya.
“Bagaimanapun, itu tak bermaksud mereka perlu terima kita tanpa kita berusaha untuk berubah ke arah kebaikkan. Kita juga kena usaha perbaiki apa yang kurang. Kita belajar dari semasa ke semasa,” ujarnya lagi.
Ketika diajukan soalan adakah dia tertekan apabila sering kali menerima pertanyaan mengenai bilakah dia bakal menamatkan zaman bujang, ini reaksi yang diberikan oleh bintang tersebut.
“Sebenarnya ramai juga yang bertanya kawan-kawan saya ramai yang dah berkahwin dan bila pula giliran saya? Tak ada rasa ke nak kahwin ke? Tapi kawan-kawan rapat saya seperti Nabila Razali dan Amira Othman pun mereka belum berkahwin. Jadi, saya rasa okay sahaja.
“Pada saya, setiap orang punyai jalan takdir yang tersendiri. Ada yang jodohnya dah sampai dan ada juga yang belum lagi. Selagi tiada apa-apa yang rasmi, selagi itulah saya tidak akan umumkan apa-apa. Buat masa ini saya masih lagi fokus terhadap kerjaya saya.
“Ada juga orang cakap saya akan berkahwin pada hujung tahun. Saya pun tak tahu mana mereka dapat informasi tu. Sekarang dah habis hujung tahun pun masih lagi tiada apa-apa.
“Nanti mereka kata saya ‘propa’ pula. Padahal perkara tu tak keluar pun daripada mulut saya. Doakan sahaja yang baik-baik buat saya,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Wany bakal melancarkan single terbarunya yang berjudul Sang Purnama hasil kolaborasi bersama penyanyi Wani Syaz.
Malah, lagu duet Tragedi Cinta yang merupakan dendangan asal Achik Spin dan Siti Nordiana yang kini dinyanyikan semula Wany dan Tajul telah pun trending di platform YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Wany Hasrita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling tampil sebagai lambang keanggunan dan makna dalam kempen terbaharu Hari Raya Tomei 2026.
Sebagai duta jenama, bintang drama Honey Minta Maaf...