Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari akui tertekan selepas menjadi mangsa ejekkan fizikal netizen gara-gara tular fotonya yang dikatakan sedang hamil.

Menurut Bunga, orang luar tidak boleh mengharapkan dia sentiasa tampil kelihatan sempurna setiap masa kerana dia juga merupakan manusia biasa.

“Normal Perut Ibu-Ibu Macam Ni, Saya Juga Manusia,” – Disangka Hamil, BCL Sedih Jadi Mangsa Body Shaming

“Saya sebenarnya lebih sedih dan sakit hati apabila menjadi mangsa body shaming. Saya pun makan juga macam orang lain. Perut saya tidaklah rata. Normal kalau perut para ibu sebegini.

“Ini adalah perut manusia normal yang suka makan tengah malam. Orang tidak akan faham tentang angle gambar, perut menaik selepas makan atau sedang datang bulan,” katanya kepada MH

Tambah isteri kepada pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair ini lagi, dia sebenarnya mengharapkan orang luar gembira dengan perubahannya itu namun, perkara sebaliknya pula yang berlaku.

“Normal Perut Ibu-Ibu Macam Ni, Saya Juga Manusia,” – Disangka Hamil, BCL Sedih Jadi Mangsa Body Shaming

“Saya agak sedih sedikit sebab dua atau tiga tahun sebelum ini saya sangat kurus dan hilang banyak berat badan. Sekarang saya masih makan seperti dulu tapi kali ini berat badan saya naik.

“Saya harapkan orang gembira melihat perubahan saya yang kini mungkin nampak lebih segar, gembira dan sihat kerana fasa-fasa sukar itu telah saya lewati.

IKLAN

“Walaupun perjalanannya masih panjang dan banyak lagi yang harus saya tempuhi, sekurang-kurangnya hal-hal berat itu sudah saya harungi. Dalam beberapa bulan lagi umur saya akan cecah 40. Saya bukan 20-an lagi,” kongsinya lagi.

Bunga berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Blossom-Bunga Citra Lestari yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center pada Rabu.

“Normal Perut Ibu-Ibu Macam Ni, Saya Juga Manusia,” – Disangka Hamil, BCL Sedih Jadi Mangsa Body Shaming

Bercakap mengenai konsert di Kuala Lumpur, Bunga akui ia bukan keputusan yang mudah memandangkan bandar ini menyimpan seribu satu kenangan bersama arwah suami.

Namun, dia kini merasakan sudah tiba masanya untuk dia memberanikan diri dan kembali bangkit meneruskan kehidupan.

IKLAN

“Kuala Lumpur merupakan rumah kedua saya. Pada mulanya saya memang agak gementar untuk ke sini. Saya juga ada alami keresahan kerana kini saya kembali ke tempat yang penuh dengan kenangan.

“Daripada tahun 2007 saya berulang-alik ke Kuala Lumpur. Saya yakinkan diri yang kini sudah tiba masanya untuk sberanikan diri kembali ke rumahnya Asyraf.

“Selepas mengharungi detik yang paling sukar, pada konsert ini, saya ingin membuktikan kepada diri sendiri dan orang lain walau sebesar mana badai melanda, kita pasti mampu bangkit kembali.

“Konsert ini bukan sekadar untuk menunjukkan kekuatan tetapi juga penerimaan saya tentang hidup ini tidak akan selalu indah. Kita akan tetap mampu bahagia dengan cara yang berbeza,” ujarnya lagi.

“Normal Perut Ibu-Ibu Macam Ni, Saya Juga Manusia,” – Disangka Hamil, BCL Sedih Jadi Mangsa Body Shaming

IKLAN

Sekadar info, Bunga berkahwin dengan Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Ashraf, 40, meninggal dunia pada 18 Feb 2020, akibat serangan jantung.

Terdahulu, Konser Blossom Bunga Citra Lestari bakal diadakan pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tiket konsert pula bakal dijual mengikut kategori bermula harga RM258, RM308, RM638, RM838, RM1038 dan RM1238.

Pembelian awal juga boleh dibuat dengan harga yang lebih rendah.

Tiket boleh didapati bermula esok, 11 November ini jam 11.11 pagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI