Kekalahan parti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjadi antara momen politik negara yang pasti kekal diingati.

Rata-rata rakyat juga menyatakan kesedihan mereka lebih-lebih di atas kekalahan ahli politik, Khairy Jamaludin yang tewas tipis di Parlimen Sungai Buloh terhadap calon Pakatan Harapan, Datuk R. Ramanan.

Pelakon Mas Khan yang dilihat antara yang turut bersuara mengenai arus politik negara selain menyatakan sokongannya terhadap Khairy.

Malah, dia menyifatkan kekalahan bekas Ahli Parlimen Rembau itu disebabkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga yang dipercayai ditujukan kepada kepimpinan BN.

Menerusi Insta Story, Mas Khan atau nama sebenar, Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 28, berkata sudah sampai masanya parti tersebut diberi penjenamaan semula dengan memilih pemimpin lebih muda untuk menggemudikannya.

“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya percaya ini bukanlah penamatnya, tapi ia adalah permulaannya.

IKLAN

“Jangan risau Khairy Jamaludin, saya sentiasa bersama anda. Anda tahu apa yang anda perlu lakukan sekarang, bro!

“Jangan Risau Khairy Jamaludin, Saya Sentiasa Bersama Anda,” – Mas Khan

“No more ‘otai-otai’. Please dah tiba masanya untuk bagi peluang dekat muka baharu.

“Bagi chance dekat anak-anak muda betulkan balik BN ni kesian. Rakyat pun dah menyampah dengan muka-muka yang sama,” tulis Mas Khan dalam perkongsian tersebut.

IKLAN

Dalam status sama, Mas Khan meluah sekiranya diberikan peluang, dia sendiri akan cuba terjun dalam bidang politik jika perlu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)

“Worse comes to worst, saya sendiri akan masuk medan perang (bidang politik), jika perlu.

IKLAN

“Saya percaya masih ramai anak muda di luar sana yang masih berjiwa politik with right mindset! Let’s fix together, insyaAllah,” tulisnya lagi.

Selain itu, Mas Khan juga mengucapkan tahniah di atas kemenangan wakil rakyat di kawasannya iaitu, Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari yang berjaya menumpaskan Datuk Seri Azmin Ali yang telah memegang Parlimen tersebut selama tiga penggal sebelum ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Mas Khan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI