“Next surgery, tukar warna mata di New Delhi.” Itu kata usahawan sensasi, Safiey Illias apabila berkongsi mengenai rawatan kecantikan yang dilakukan.

Katanya kepada MH, dia sudah pun berbincang mengenai perkata itu.

“Ronanya ialah Frost Gray. Ia ditaja dan pakarnya daripada Amerika Syarikat,” jelas Safiey.

Ia merupakan satu kaedah kosmetik dengan menanamkan implant iris pada mata.

Pada awalnya, prosedur ini bertujuan untuk memperbaiki kekurangan pada mata. Namun ia turut dilakukan bagi tujuan kosmetik.

IKLAN

Ditanya mengenai dirinya yang sanggup berhabis demi kecantikan diri, penyanyi Syinta Gila ini mempunyai jawapannya sendiri.

Tegasnya, ia bergantung kepada individu dan tidak boleh memaksa sesiapa untuk lakukan perkara yang tidak disukai mereka.

“Bagi saya tidak mengapalah, janji saya tak habiskan pada orang lain, sudah. Ia satu kepuasan untuk saya.

“Kita buat bisnes, mahu jadi cantik dan buat bisnes. Bila rasa sudah cukup, cukuplah.

“Kemudian kita lakukan pula hobi yang lain. Misalnya apa lagi yang boleh membakarkan semangat kita dalam berbisnes.

“Sebab saya percaya, kita tak boleh nak paksa orang untuk buat apa yang kita tidak suka.

“Ada yang suka laburkan dengan bina rumah yang besar, ada yang suka ubah dapur, beli baju dan sebagainya. Jadi kita tidak boleh paksa orang,” katanya lagi.

Terdahulu, Safiey Illias mendedahkan dia menjalani proses pembedahan kosmetik pada wajah, payudara dan punggung dengan kos anggaran mencecah jutaan ringgit.

Memberikan serba sedikit informasi mengenai perkara tersebut, Safiey bagaimana pun menitipkan nasihat supaya tidak mengikut jejak langkahnya dan ia terpulang kepada individu.