Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu ada berkongsi sepotong video pendek yang merakamkan anak keduanya yang dilahirkan 6 Jun lalu.

Malah, pemilik nama lengkap Mohd Nadzri Zainal Abidin itu turut berkongsi nama permata hatinya, Muhammad Khidir itu.

“Subhanallah, anak abah Khidir @muhammadkhidirofficial. Tq @natalismothercare. Service memang tip top,” tulisnya.

IKLAN

Serentak dengan itu, peminat sert rakan artis turut memberi reaksi dan rata-ratany memuji kecomelan bayi berkenaan.

Malah ada di antara komen yang mendapat respon Jep.

“Subhanallah Anak Abah,” – Jep Sepahtu Dedah Wajah Dan Nama Bayi Lelaki, Comel Sungguh! “Subhanallah Anak Abah,” – Jep Sepahtu Dedah Wajah Dan Nama Bayi Lelaki, Comel Sungguh! “Subhanallah Anak Abah,” – Jep Sepahtu Dedah Wajah Dan Nama Bayi Lelaki, Comel Sungguh!

IKLAN

Terdahulu, Jep dan isterinya, pelakon Sari Yangi  turut membuka akaun Instagram Khidir yang setakat ini telah pun mempunyai lebih 12,000 pengikut.

IKLAN

Sebagai rekod, Jep dan Sari Yanti berkahwin pada 25 Februari 2017 dan turut memiliki seorang cahaya mata perempuan, Dariya Inara.

Sementara menerusi perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Ally dan Baasit Al Haq.

Foto: Instagram Jep Sepahtu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI