Ads

Netizen Pernah Minta Nita Hamzah Berhenti Menyanyi, Pelik Asyik DiKata Seksi!

MH tidak nafikan, bakat nyanyian bekas naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah cukup memukau, lebih-lebih bila menyanyikan lagu bernada tinggi. Bagaimanapun, mungkin masih belum ada rezeki, Nita Hamzah tidak pernah rasa ralat, apatah lagi mahu bersara terus dalam seni.
Netizen Pernah Minta Nita Hamzah Berhenti Menyanyi, Pelik Asyik DiKata Seksi!

“Jujurnya memang pernah ada rasa putus asa. Bagaimanapun, bila ada kata-kata semangat yang memberi kekuatan daripada rakan terdekat menyebabkan rasa teruskan azam dalam seni. Kalau nak difikirkan kata-kata netizen, memanglah akan ada rasa terkilan. Misalnya ada yang minta saya untuk berhenti menyanyi,” katanya ketika ditemui Media Hiburan di majlis sambutan ulang tahun kelahiran Alyah di RedBox The Curve, Damansara.

Netizen Pernah Minta Nita Hamzah Berhenti Menyanyi, Pelik Asyik DiKata Seksi!

Meski kecewa dengan kritikan yang agak melampua, penyanyi berusia 38 tahun itu tidak mahu menoleh ke belakang memandangkan dia sendiri percaya, setiap rezeki itu sudah ditentukan. Apa yang penting, teruskan usaha untuk merealisasikan cita-cita.

“Saya ada juga baca komen orang. Antaranya ada yang komen bakat saya macam tidak diperlukan industri,” luahnya yang turut rasa pelik apabila sehingga kini, dia sering dilabel seksi sesetengah pihak.

 

“Saya pun pelik, ada yang kata masih seksi meski rasanya pakaian yang saya pakai tidaklah seseksi mana. Cumanya, apa yang saya gayakan adalah berdasarkan kesesuaian sesebuah majlis. Bagi saya, istilah seksi itu subjektif. Pembawan diri pun orang boleh kata kita seksi,” katanya yang kini sedang rancak mempromosikan single terbaru, Hadirlah Cinta.

Netizen Pernah Minta Nita Hamzah Berhenti Menyanyi, Pelik Asyik DiKata Seksi!

Ads

Nita yang kini bersama Like Music Entertaiment yang dinaugi Alyah berharap agar lagu yang turut menampilkan rap dari aktor, Nadzmi Adhwa itu bakal mendapat tempat di hati peminat kelak.

Ads

.

Ads

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Alhamdulilah Jika Ada Yang Suka Lihat Kami Bersama,” – Adira Nafi...

Penyanyi Adira Suhaimi setakat ini memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai gerangan lelaki misteri yang dimuat naik menerusi akaun Instagram, baru-baru ini.
error: Hello. Cannot.