Video yang memaparkan gelagat lucu selebriti dan usahawan, Noor Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail mencuit perhatian wargamaya kerana turut membuat konten menggunakan audio ‘Abang Bomba’ yang kini tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan daripada akaun @lofa.world, Neelofa dilihat sedang melakonkan situasi jarinya tersepit pintu lalu menjerit meminta pertolongan.
Ads
Bagaimanapun, bukan ‘Abang Bomba’ yang datang menyelamatkan Neelofa, sebaliknya Haris atau PU Riz yang datang membantu.
Terhibur dengan gelagat ‘sporting’ mereka berdua, peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap video yang sudah pun menerima lebih 500,000 kali tontonan itu.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor Datuk Adi Putra meluahkan rasa syukur apabila filem aksi lakonannya, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kini sudah mencecah kutipan sebanyak RM13 juta.
Baru tujuh hari tayangan di pawagam (sehingga 31 Ogos), Adi, 41, berkongsi perkembangan baik itu menerusi Instagram, pada Khamis.
“Allahuakbar, you guys memang Mantap! Terima kasih,” tulisnya menerusi ruangan komen disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Difahamkan, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu juga bakal menemui penonton di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.
Selain Adi, naskhah ini turut menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zul Ariffin selesai menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada Rabu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zul atau atau nama sebenar, Zulkifli Ariffin memuat naik fotonya di hadapan Kaabah beserta kapsyen ringkas, “Selesai.”
Pelakon filem Sangkar itu juga turut memuat naik video fotonya bersama Allahyarham ibu, yang mana dia mendedikasikan ibadah yang dilakukan itu buat ibunda tercinta.
Rata-rata peminat Zul mendoakan agar ibadah umrahnya mabrur selain ramai mengatakan wajah pelakon berusia 36 tahun itu kelihatan berseri-seri sepanjang berada di Tanah Suci.
“Alhamdulillah, moga mendapat umrah yang mabrur.
“Alhamdulillah, Zul Ariffin telah menjadi antara insan pilihan Allah menjejakkan kaki ke kota suci Mekah. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Amin.
“Alhamdulillah, the most beautiful place in the world.
“MasyaAllah berseri-seri wajah. Alhamdulillah.
“Sejuk mata memandang,” komen beberapa netizen.
Sebelum menunaikan umrah, Zul terlebih dahulu singgah di Doha, Qatar dan Dubai untuk urusan kerja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah Tunku Mona Riza kini mengarahkan filem kedua, Rain Town dengan menampilkan gandingan Chew Kin Wah yang memegang watak sebagai Chew dan Susan Lankaster (Ai Lin) sebagai tunjang utamanya.
Berani menyahut cabaran untuk mengarahkan naskhah berbahasa Kantonis, Mona optimis mahu memberikan yang terbaik terhadap filem yang menjalani penggambaran di Taiping, Perak, itu.
“Taiping mendapat nama jolokan Rain Town kerana ia merupakan kawasan paling banyak menerima hujan di Malaysia.
“Watak utama dibawa oleh pelakon berbakat besar, Chew Kin Wah yang memegang karakter Chew, seorang pesara yang terlibat dalam pertaruhan hujan (rain betting).
“Chew tinggal bersama bersama isteri, Ai Lin (Susan Lankester) dan tiga orang anak iaitu Isaac (Fabian Loo), Alex (Wilson Lee) dan Ruby (Pauline Tan).
“Pada awalnya, mesti penonton akan rasakan filem ini bercerita mengenai ‘pertaruhan hujan’ yang pernah wujud di Taiping. Namun ia hanyalah kisah permulaan sahaja kerana Rain Town mengangkat kisah keluarga.
“Chew seorang bapa yang suka campur tangan kehidupan anak-anak dan membuatkan urusan keluarga mereka huru-hara. Saya percaya, banyak keluarga lain turut berhadapan dengan ibu bapa yang suka mengatur kehidupan anak-anak mereka.
“Saya ingin menerapkan mesej ibu bapa juga harus mengambil tahu apa yang dimahukan oleh anak-anak mereka dan tidak terlalu berkeras menentukan pilihan sendiri dan tidak mengendahkan permintaan anak,” katanya.
Mona turut menjelaskan, Rain Town ialah filem kedua yang diarahkan selepas lebih enam tahun.
“Kali terakhir saya menjalani penggambaran filem adalah pada tahun 2015 menerusi Redha. Redha menjengah pawagam pada 2016 dan akhirnya tahun ini saya kembali ke set dengan filem Rain Town.
“Insya-Allah filem ini bakal ditayangkan tahun hadapan. Sejujurnya, saya tak boleh beri apa-apa harapan untuk buah tangan kedua ini. Saya sendiri tak tahu bagaimana penerimaan Rain Town kelak, adakah ia akan pergi jauh.
“Atau adakah filem ini akan meraih mana-mana trofi, adakah naskhah ini akan mendapat pengiktirafan dan sebagainya.
“Buat masa ini, saya hanya mahu buat yang terbaik dan mahu memberikan sepenuh fokus menyiapkan karya ini. Segalanya saya serahkan kepada Allah,” katanya lagi.
Mona sebelum ini pernah merangkul trofi Pengarah Harapan Terbaik menerusi naskhah Redha di Festival Filem Malaysia ke-29 pada 2017.
Redha yang menceritakan mengenai pengalaman pasangan suami isteri dalam membesarkan anak yang menghidap autism dipilih sebagai penyertaan Malaysia untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 tetapi ia tidak dicalonkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.