Golongan usahawan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu mempunyai persediaan untuk berdepan cabaran ekonomi yang semakin mencabar ketika ini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, persediaan tersebut seperti dikatakan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman boleh menjadi kunci untuk mereka untuk bertahan bahkan berkembang lagi.
“Kami tahu, kebanyakan usahawan dalam situasi tak berapa baik ekoran kenaikan kos operasi disebabkan faktor dalaman dan luaran kepada mereka.
“Bukan itu saja, perubahan trend pembelian juga buatkan usahawan buntu hingga tak tahu nak fokus yang mana di samping strategi yang kurang tepat,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu pada Rabu, jenama itu bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyaksikan detik bersejarah dalam usaha rintis melahirkan usahawan jutawan desa melalui Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J@KPLB).
Ads
Mengulas mengenai usahasama itu, Radz memberiahu, pihaknya berterima kasih atas kepercayaan diberikan KPLB di bawah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan pengurusannya dalam usaha rintis melahirkan 25 bakal usahawan jutawan desa.
“Dr. Azizan dan RichWorks mempunyai formula terbukti, ilmu dan strategi terkini, bagi seseorang usahawan itu transformasikan bisnes ke tahap lebih tinggi.
Ads
“Kami bercakap berdasarkan bukti dan pencapaian dalm membimbing usahawan di mana326 usahawan berjaya capai jualan RM1 juta pertama mereka sejak 2019 dan bagi tahun lalu saja, seramai 72 usahawan jutawan dilahirkan,” jelasnya.
Sehubungan itu, Radz memberitahu, kini pilihan kepada usahawan desa terlibat untuk betul-betul menggunakan peluang bimbingan ini, ilmu dan panduan terbukti untuk lebih maju ke hadapan.
Ads
“Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, KPLB memberikan peluang kepada mereka, maka tunjukkannya dengan komitmen yang tinggi untuk capai sasaran RM1 juta pertama,” ujarnya.
Dalam pada itu, Radz juga menyaksikan sebenarnya masih ramai usahawan di luar sana termasuk dari luar bandar yang berniaga lebih tiga tahun, ada kehendak capai RM1 juta namun belum berjaya lagi.
“Sebab itu, kami nak menjemput usahawan-usahawan ini, yang sudah bertahun berniaga untuk hadir ke 10X Bina Bisnes Berjaya pada hujung Oktober nanti,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain itu, tidak dinafikan, rata-rata netizen memberikan respon positif terhadap MV tersebut.
Bagaimanapun, Ismail yang sinonim dengan gelaran ‘kpop Malaysia’ tidak dapat lari daripada komen sebaliknya apabila ada yang andaikan beberapa babak di dalam MV tersebut seakan-akan sama dengan MV kpop.
Malah ada juga yang meninggalkan komen mengatakan bahawa lagu tersebut adalah lagu ‘sampah’ dan wajar Ismail disambar petir di penghujung MV tersebut.
Terdahulu, Ismail mengakui bahawa lagu tersebut ditujukan khas buat ibunya yang juga merupakan penyanyi era 80-an, Datin Suliza Salam. Ismail juga turut bekerjasama menghasilkan lirik dan bunyi dalam lagu tersebut.
Alahai, biasalah tu kan? Dalam ramai yang suka, pasti ada juga yang macam tak suka.
Foto/Instagram: Ismail Izzani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedang berada di wad akibat pendarahan yang berlaku semalam, Datin Seri Shahida berkongsi kemungkinan salah seorang bayinya mengalami keguguran.
Menurutnya lagi, aktiviti harian yang terlalu sibuk dan tekanan menyebabkan pendarahan berlaku sehingga memberi kesan kepada bayi kembar yang sedang dikandung.
“Alhamdulillah terima kasih pada semua yg prihatin dm dan whatspp saya…. terlalu byk saya x sempat nak balas.
“Saya mmg hamil kembar tapi salah satunya dah alami pendarahan semalam dan mungkin keguguran.
“Mungkin saya sendiri yg terlalu aktif. campur mcm2 benda yg berlaku seminggu dua ni jadi saya mmg agak sibuk dan stress… . satu lagi baby masih ada… Alhamdulillah nampak sihat dan masih juga dalam pantauan.