Figura terkenal Neelofa menjadi selebriti pertama tempatan pilihan syarikat antarabangsa Airbnb bagi mempromosikan perkhidmatan itu di seluruh dunia.

Neelofa, 34, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, pemilihannya sebagai ‘co host’ Airbnb itu dimulakan dengan kempen Rumah Terbuka Raya Airbnb yang bakal berlangsung di Sekebun Bunga, Batang Kali, Selangor pada 20 hingga 22 Mei ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan teruja apabila dipilih menjadi ‘co host’ pada kempen yang dibuat Airbnb di sini. Insya-Allah, jika sambutan bagus akan diteruskan di tempat lain pula.

“Seperti kita tahu, Airbnd ini ada di seluruh dunia. Jadi, ini peluang terbaik apabila dipilih bekerjasama dengan mereka. Kebetulan saya pun suka ‘travel’.

“Bagi kempen Rumah Terbuka Raya ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi host bersama Airbnb di sebuah lokasi yang cukup cantik dan selesa. Saya tidak sabar untuk berjumpa dan beramah mesra dengan tetamu,” katanya.

IKLAN

Neelofa Pilihan Syarikat Antarabangsa, PU Riz Syukur Isteri Diterima Meski Sudah Berniqab & Tutup Aurat Neelofa Pilihan Syarikat Antarabangsa, PU Riz Syukur Isteri Diterima Meski Sudah Berniqab & Tutup Aurat Neelofa Pilihan Syarikat Antarabangsa, PU Riz Syukur Isteri Diterima Meski Sudah Berniqab & Tutup Aurat

Sementara itu, suami Neelofa, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkata, dia bersyukur kerana isterinya masih diterima baik biarpun sudah tampil berniqab.

IKLAN

“Sebagai suami tentu saja saya gembira dan bersyukur, walaupun dia sudah berniqab dan tutup aurat tapi masih diterima ramai. Bukan saja dalam negara, tapi juga di peringkat antarabangsa.

“Sesuatu yang membanggakan juga apabila syarikat antabangsa memandang wanita Muslimah sebagai ikon untuk mewakili jenama mereka.

IKLAN

“Macam sebelum ini pun, ada beberapa juga jenama antabangsa lain yang masih sudi bekerjasama dengannya,” katanya lagi.

Rumah Terbuka Raya sulung Airbnb di Sekebun Bunga itu boleh memuatkan hingha tujuh orang. Penginapan untuk dua malam itu menawarkan  harga istimewa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Walau Lofa sudah mahu beransur pulang daripada hadiri rumah terbuka anjuran Scha Alyahya & Awal Ashaari, namun ibu hamil ini tetap melayani mesra tetamu yang nak bergambar. Love Loff always! ♥️#MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ Cute – Aurel Surya Lie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI