Usahawan dan hos, Neelofa menafikan khabar angin yang mendakwa dirinya bakal bertunang atau menamatkan zaman bujang tahun depan sebagaimana yang dikatakan sesetengah pihak.
Neelofa,30, berkata, tiada sebarang perbincangan dilakukan membabitkan ahli keluarga mengenai perkara terbabit.
“Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu. Cuma apa yang boleh saya kongsikan, adik dan sepupu saya ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.
“Buat masa sekarang saya dalam perancangan untuk mengembangkan kerjaya seni di Indonesia sekali gus ia menyangkal gosip yang timbul,” katanya.
Pengacara program MeleTop itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi kasut kolaborasi bersama jenama antarabangsa Giuseppe Zanotti di Pavilion, pada Khamis.
Ads
Menurut Neelofa lagi, gosip terbabit timbul kemungkinan disebabkan usianya yang kini mencecah 30-an.
“Mungkin sebab umur saya sudah 30 tahun menyebabkan ramai yang membuat spekulasi.
Ads
“Tiada sebab untuk saya berahsia mengenai kehidupan peribadi. Kalau ada seseorang, saya akan kongsikan.
“Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok. Andai saya akan melangkah ke fasa baru saya akan kongsikan kepada umum,” katanya lagi.
Sementara itu, ditanya mengenai kolaborasi dengan jenama kasut antarabangsa berkenaan, Neelofa yang menjadi antara selebriti terawal Asia yang tampil dengan kerjasama eksklusif itu meluahkan rasa syukur.
Ads
“Saya bersyukur dan teruja atas peluang serta rezeki ini. Ini adalah hadiah bermakna dalam hidup saya kerana saya adalah peminat jenama kasut berkenaan.
“Malah saya sendiri sudah lama menggunakannya. Tak sangka peluang ini datang daripada pemilik jenama ini baru-baru ini ketika terokai beberapa projek di luar negara,” akhiri Neelofa.
Awal hari ini, penyanyi dan ushawan, Mila Jirin ada berkongsi satu situasi yang mana seorang peminat ada bertanya mengenai perkembangan seninya ketika ini.
Perkongsian tersebut dibuat Mila menerusi entri terkininya di Instagram.
“MILA DAH TAK NYANYI LAGI?” Sapa seorang wanita lewat 50-an sambil sedang membersihkan meja di sebuah restoran fastfood di Penang International Airport.
“DAH TAK AKTIF DALAM INDUSTRI HIBURAN, SIBUK JAGA ANAK” – Balas saya sambil membalas senyuman wanita tersebut.
“PATUT LA LAMAAA MAKCIK TAK DENGAQ LAGU MILA, AWAT LAGUTU..NYANYI LAH BALIK, DAH ADA SORA – Balas Wanita itu
“Erm, suami tak izinkan makcik – Saya cuba nak tamatkan pertanyaan wanita tersebut”
“MANA BOLEH TAK BAGI, DULU TAK KAWIN BAGI? LA DAH KAWIN TAK BAGI?? TENGOK YANG LAIN DH KAWIN BOLEH – Agak serius wanita itu berhujah.
“Insya Allah Makcik, jika Allah izinkan” – Dalam hati, moga tiada lagi soalan kenapa saya tidak menyanyi lagi diajukan. Wanita itu berlalu sambil ambil handphone dan bergambar dengan saya buat kenang kenangan,” tulis Mila.
Sejurus kemudian, bintang itu memaklumkan akan perancangan serta percaturan hidup dariNya adalah yang terbaik.
“Dalam kapal terbang, saya terfikir, betapa percaturan Allah itu yang MAHA TERBAIK. Allah tidak izinkan saya terbang jauh dalam industri hiburan ada sebab dan asbab nya.
“Saya YAKIN dengan apa yang dah Allah rancang buat saya. Bukan MUDAH bergelar anak seni, momment2 kesusahan, hanya anak anak seni yang tahu bagaimana.
“Pernah dulu, sebulan tiada pendapatan bayangkan saya menyara keluarga sepenuhnya memang AMAT MENCABAR… Tawakal seorang Anak Seni dalam mencari rezeki ni HEBAT, cara Anak seni bekerja tidak siapa yang tau kecuali Anak seni itu sendiri.
“Saya sangat suka melihat bilamana seorang Anak seni itu berjinak jinak dalam dunia perniagaan disaat mereka masih berada didalam pusingan ATAS dalam roda kerjaya mereka sebagai Anak Seni.
“Saya pernah mengalami zaman kegemilangan itu dan juga telah merasai zaman kesuraman juga. Allahuakbar, saya bersyukur 11 tahun lepas en suami @isz_mustapha dah beri input untuk saya tidak berada dalam zon selesa sebagai anak seni dan memberi saya pendedahan dalam dunia keusahawanan.
“Apa sahaja peluang ada depan mata mahupun diberikan, tidak pernah berkata “TIDAK” walaupun ada yang keuntungannya tidak lah setimpal dengan usaha yang diberikan. Saya tetap lakukan demi untuk mengutip ilmu dalam dunia keusahawanan.
“Rezeki Allah itu MAHA LUAS, Jika IKHLAS dalam melakukannya, pasti Allah bagi jalan,” jelasnya panjang lebar.
Mila yang mulai terlibat dalam seni secara serius sejurus dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim kelima mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada 11 November 2015.
Foto: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gelagat penyanyi Siti Sarah dan suaminya, Shuib sering menjadi perhatian peminat di laman media sosial apabila pasangan ini sering bergurau dan menyakat sesama mereka.
Baru-baru ini, Sarah ada memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut menyaksikan Shuib mengusik Sarah yang sedang sibuk berkerja.
“Itulah perangainya tak boleh tengok i ni nk buat kerja mesti nak kacau.
Berkongsi detik terindah bergelar ibu, pengacara Iesya Toh memuat naik foto ‘throwback’ ketika melahirkan cahaya mata sulung, Harraz Daiyan pada 19 November 2016 lalu.
Sebagai seorang ibu, pastinya Iesya mahukan yang terbaik buat anaknya dalam membentuk menjadi anak berjaya dunia dan akhirat.
“19 November 2016. Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah Allah sempurnakan hubungan kami suami isteri dgn memiliki @harraz_daiyan.
“Pemimpin Yang Amat Warak…maksud nama yg merubah penampilan mommy menjadi lebih baik.. aamiin.
“Hanya doa yg tak pernah putus buat anak soleh mommy..! Semoga menjadi anak yg beriman, yg berjaya dlm akademi, yg berjaya dlm kerjaya, yg berjaya dlm berumahtangga, yg berjaya dunia akhirat.. aamiin, sihat2 selalu! And SAYANG mommy forever ok.
“Happy birthday syg! Semoga semua suami isteri akan memiliki zuriat mereka sendiri aamiin,” tulisnya sambil disertakan kredit.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.