Usahawan dan selebriti Noor Neelofa, berkongsi pengalamannya membaca sebuah buku penuh manfaat yang meninggalkan kesan mendalam di hati.
Menerusi satu perkongsian di Insta Stories beberapa hari lalu, hos Next To Neelofa ini mengakui dia usaha untuk mencuri masa demi membaca buku tersebut dalam tempoh seminggu.
“Alhamdulillah, MasyaAllah… Buku ni I baca dalam satu week selesai, selit-selitkan waktu dalam jadual yang padat,” kongsinya.
Neelofa juga berpendapat, jika tidak semua ilmu dan isi dalam buku tersebut dapat dihadam sepenuhnya, memadai andai beberapa perkara penting melekat di hati untuk dijadikan panduan hidup.
Ads
“Tapi kata-kata dan ilmu dalam ni, terkesan di hati. kalau ada dua, tiga point yang melekat di hati, bagi saya dah cukup bagus,” kongsinya lagi.
Tentang Qanaah & Nilai Syukur
Ads
Dalam perkongsiannya itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menyentuh mengenai topik qanaah, iaitu sifat merasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
“Untuk kita pegang dan amalkan, tak mampu kita nak serap kesemua. Tapi insya-Allah pemahaman tentang Qanaah akan jadi lebih jelas.
Ads
“Siapa yang always kejar for more tanpa ada pause dan hayati makna syukur, this book is for you,” jelasnya lagi sambil berkongsi kulit depan buku berkenaan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir tiga dekad menyepi dari pentas besar, kumpulan rap legenda tanah air, 4U2C, bakal mengubati kerinduan peminat setia mereka menerusi konsert eksklusif, We 4U2C yang dijadualkan berlangsung pada 15 September 2024 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.
Konsert yang mengangkat tema Bringin’ Back Da 90’s Flava ini dijangka menggamit memori indah era 90-an iaitu zaman kemuncak 4U2C yang pernah mencetuskan fenomena dalam dunia hip-hop Malaysia.
Konsert ini bukan sahaja menjadi platform buat kemunculan semula kumpulan tersebut, malah sebagai ruang meraikan legasi mereka dalam landskap muzik tanah air.
Menurut Datuk AC Mizal, idea penganjuran konsert ini sebenarnya dicetuskan oleh isterinya, Datin Emylia Rosnaida, sebelum disambut oleh pihak Juss Event Sdn. Bhd. yang tampil sebagai penganjur rasmi.
“Konsert ini sudah menjadi salah satu impian saya dari dulu lagi, idea tercetus oleh isteri saya sendiri dan kemudian pihak Juss Event menawarkan tawaran untuk kumpulan 4U2C adakan konsert kami sendiri.
“Bagi saya itu macam impian jadi kenyataan, saya bersyukur sangat peluang ini datang pada masa yang tepat,” jelas AC.
Tambahnya lagi, mereka tidak sekadar mahu mencipta sejarah baharu tetapi tampil sebagai trendsetter, membuktikan bahawa artis tempatan masih mampu memberikan persembahan berkualiti tinggi dengan kombinasi nyanyian, tarian dan persembahan bertenaga.
“Kumpulan 4U2C adalah kumpulan pertama yang tampil berbeza dengan menyanyi sambil menari. Untuk konsert kali ini juga kami akan lakukan perkara sama,” ujarnya lagi.
Selain konsert, 4U2C turut mengumumkan pelancaran tiga single baharu tahun ini dengan sebuah lagu berentak balada dan dua lagi bersifat rancak, mengikut cita rasa muzik semasa.
“Kami mahu tunjuk sisi baharu kami buat pendengar zaman sekarang. Lagu ini juga saya harapkan boleh dinyanyikan bersama-sama peminat sewaktu 4U2C buat persembahan nanti,” kata AC.
Konsert ini juga merupakan penghargaan terhadap legasi muzik mereka, yang telah mempengaruhi generasi artis baharu.
Selain AC, kumpulan 4U2C turut dianggotai oleh Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam, yang bakal tampil dengan gubahan muzik segar dan visual moden.
Turut memperkukuh konsert ini ialah komposer terkenal, Aubrey Suwito, yang akan bertindak sebagai pengarah muzik bersama pasukan pemuzik profesional.
Bagi yang berminat, ini senarai enarai Harga Tiket Konsert We 4U2C (Tingkat Bawah); RM155 (Berpisah Jangan), RM355 (Kembalilah Fiona), RM455 (Video Games), RM505 (Kami Rappers) dan RM555 (Fiona)
Sementara RM255 (Kenangan Cinta & Persahabatan), RM355 (I Miss U), RM405 (Dusta) dan RM505 (Dynamite) pula bagi tempat duduk di tingkat atas.
Tiket mula dijual pada 30 Jun 2024 melalui Ticket Empire dan Fantopia selain kaedah embayaran juga boleh dibuat menerusi kaedah buy now, pay later seperti Atome, PayLater by Grab dan Shopee PayLater.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan semasa konsert, peminat boleh melayari laman rasmi Juss.Events di laman web dan media sosial mereka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sempena sambutan Hari Bapa yang diraikan hari ini, perkongsian terkini penyanyi Shiha Zikir mencuri perhatian wargenet di Instagram apabila menitipkan dedikasi ‘deep’ terhadap Allahyarham bapa, Mohd Zikir.
Malah kerinduan sama turut diterjemahkan menerusi muzik video lagu terbaharunya berjudul Renjana yang telah dimuat naik di YouTube, Sabtu lalu.
Lagu ini bukan sekadar karya biasa, sebaliknya sebuah dedikasi peribadi yang cukup menyentuh hatikhas buat insan tersayang.
“Abah… Kalau tanya Shiha, apa yang Shiha buat kalau diberi peluang jumpa Abah sekali lagi, satu je Abah.
“Shiha nak peluk Abah kuat-kuat. Anak Abah ni dah lalui macam-macam selama Abah tak ada. Banyak sangat nak diceritakan macam mana Shiha selalu meluah dulu.
“Tapi Abah jangan risau, semangat Abah insya-Allah sentiasa ada dalam diri anak-anak Abah.
“Moga pengakhiran anak-anak Abah semua yang terbaik dan moga kita semua dapat bersatu semula di sana nanti, amin,” tulisnya.
Shiha turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon senior, Sulaiman Yassin atau Mat Over, yang memegang watak sebagai arwah ayahnya dalam muzik video tersebut.
“Rindu Abah sangat-sangat. Al-Fatihah buat Abahku, Mohd. Zikir.
“Terima kasih buat Abah Mat Over sudi terima watak sebagai arwah Abah Shiha. Memang mirip sangat. Dapat juga Shiha lepas rindu,” luahnya lagi.
Tidak dinafikan, Renjana bukan sekadar sebuah lagu balada biasa. Sebaliknya kali ini, juara program Famili Duo disamping kakaknya, Eida Zikir itu dilihat tampil lebih jujur dalam menyampaikan sisi emosinya.
Malah, muzik video Renjana turut memaparkan kisah perjalanan hidup Shiha sejak kecil hingga dewasa, sebagai refleksi tentang apa yang telah dilaluinya, jatuh bangun sebagai anak seni.
“Sedih menghayati lagu dengan lirik kak shiha strong women, independence and never give up.”
“Tahniah Shiha. Terima kasih sudi berkongsi rasa. Moga syurga buat semua ayah yang telah pergi, ayah Shiha, abah saya dan semua bapa.”
“Belum start aku dah start meremang. Dan ya aku dah kehilangan keduanya sekali. Buat arwah abah dan arwah mak, al fatihah ku kirimkan.L
“Hurm saya rinduu mak, saya gantikan posisi ayah tu kepada mak. Rindu yang tak terungkap…,” antara komen wargenet di YouTube.
Sehingga kini, muzik video berkenaan sudah pun menerima lebih 100,000 tontonan selepas sehari ia dilancarkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tokoh industri terkemuka India dan bekas suami Karisma Kapoor, Sunjay Kapur, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Jun 2025 selepas mengalami serangan jantung ketika menyertai perlawanan polo di United Kingdom.
Mangsa yang berusia 53 tahun dilaporkan rebah secara tiba-tiba akibat serangan jantung semasa menunggang kuda dalam perlawanan itu.
Menurut laporan India Today, serangan jantung itu dipercayai berlaku selepas seekor serangga, berkemungkinan lebah, masuk ke dalam mulutnya, sekali gus mencetuskan reaksi fizikal yang serius.
Walau bagaimanapun kenyataan syarikat mendiang hanya menyatakan Sunjay meninggal disebabkan serangan jantung tanpa memberi komen lanjut mengenai lebah.
Pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian cuba memberi bantuan kecemasan namun gagal menyelamatkannya.
Sunjay yang juga dikenali kerana minat mendalam dalam sukan ekuestrian meninggalkan dua anak hasil perkahwinan terdahulu bersama Karisma Kapoor iaitu Samaira dan Kiaan. Pasangan itu bercerai pada 2016.
Sebelum itu, beliau pernah berkahwin dengan pereka fesyen, Nandita Mahtani, dan selepas bercerai dengan Karisma, beliau mengahwini Priya Sachdev, bekas isteri ahli perniagaan Amerika, Vikram Chatwal.
Pemergian mendadak Sunjay mengejutkan rakan-rakan dan kenalan rapat, terutama dalam kalangan elit korporat dan sosial India yang mengenali beliau sebagai seorang yang berpengaruh dan aktif dalam pelbagai lapangan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak veteran, Kamarool Cik Man atau nama sebenarnya Kamarool Haji Yusoff, dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun kira-kira jam 5 petang...