Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon tampan dan kacak, Zul Ariffin yang sering menjadi perhatian peminat.
Pelakon tampan asal Taiping, Perak ini ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin telah berkongsi gambar dia bersama pelakon Norman Hakim ketika menjalani set pengambaraan bersama di sekitar Johor Bahru.
Difahamkan, mereka kini sedang menjalani pengambaran bersama untuk sebuah filem aksi berjudul JRetribusi.
Ads
“Glad to have my brother@normanhakim_786 on board with us on #JRetribusi,” tulisnya.
Pelakon Remy Ishak sebelum ini pernah memaklumkan dia merancang untuk mengeluarkan sebuah buku yang berkisahkan tentang hidup dirinya.
Bagaimanapun, bintang filem Sangkar itu akui fasa putus pertunangan dia bersama bekas tunang, Ezza Yusoff sedikit sebanyak mengekang dirinya untuk fokus.
Malah jadual lakonan yang tak menentu turut menjadi faktor perancangan tersebut kerap tertangguh.
“Saya akui apa yang terjadi sebelum ini dalam hidup saya sedikit sebanyak menganggu perancangan yang sebelum ini saya sudah rancang.
“Sebagai manusia biasa sudah pastinya akan merasai impak, perasaan sedih dan sebagainya.
“Tapi kalau boleh tak nak kaitkan benda-benda macam tu dalam kerjaya saya lagi.
“Jadi fasal buku biografi itu, saya terpaksa berhenti sekejap sebab tak nak menghasilkan sebuah buku yang tidak berkualiti,” katanya kepada MH.
Ditebak dengan persoalan cinta pula, bintang kacak berusia 37 tahun ini menambah, dia belum bersedia menjalinkan mana-mana hubungan serius.
“Saya dah move on, buat masa ini saya memang tidak ada membuka ruang untuk sesiapa sebab ini soal hati dan perasaan, tak terfikir lagi nak cari orang lain ketika ini.
“Memang nak sangat kahwin tapi apakan daya jodoh tak sampai lagi.
“Bukan sebab saya terlalu memilih ke apa, tapi kadang-kadang kita kena memilih sebab nak hidup bersama ni untuk selamanya,” jujurnya.
Nadya Syahera atau nama sebenarnya Nadya Syahera Rosli mengakui dia dan suami yang juga ahli perniagaan, Fizul Nawi kini dalam proses membaik pulih hubungan.
Malah, pelakon ini juga masih tinggal sebumbung, meski suaminya kerap berada di luar kawasan atas tuntutan kerja seperti yang petik Harian Metro.
“Kami masih suami isteri dan tinggal bersama. Sekarang, kami dalam proses nak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Walaupun suami masih berulang-alik antara Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu atas urusan kerja, tapi kami ambil ruang untuk selesaikan.
“Kalau ada salah, saya cuba perbaiki diri. Macam suami pun, dia semakin faham apa yang dibuat itu adalah salah dan tidak sepatutnya. Pendek kata, dia tahu kesalahan yang dibuat.
“Disebabkan itu, saya memberinya peluang kedua untuk dia membetulkan keadaan. Harap dia hargai peluang ini. Jika sebaliknya, tak tahu nak cakap apa lagi,” katanya seperti yang dipetik.
Pelakon berusia 26 tahun yang sinonim menerusi watak Bella dalam drama rantaian, Dia Semanis Honey turut menambah, dia seboleh-bolehnya cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina kira-kira sejak empat tahun lalu.
“Kalau boleh tidak mahu bercerai. Siapa yang inginkan perceraian. Malah, saya akan cuba sehabis baik untuk pertahankan perkahwinan ini. Namun, jika usaha ini gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian, saya reda.
“Dalam masa sama, kedua belah keluarga sentiasa memberikan nasihat. Mereka mahu kami selesaikan cara baik. Paling penting kata mereka adalah komunikasi,” jelas Nadya jujur.
Bulan lalu, Nadya ada mendedahkan mengenai kes suaminya yang didakwa berlaku curang dengan seorang wanita yang juga anak kepada pengasas produk di Kelantan selepas mendapat bukti bergambar.
Nadya mendakwa mula menghidu kecurangan suami kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfiti lalu.
Pertama kali mengarah filem bergenre seram, pengarah Shuhaimi Zulkefli mengulas apa yang dipersembahkan dalam Amukan Kuntilanak adalah 100 peratus berdasarkan pengalamannya sendiri.
Membuka kisah kepada MH, kata Shuhaimi, isterinya punya deria keenam yang mampu berinteraksi dengan makhluk halus sejak dua tahun lalu selepas mereka membuat keputusan membuang saka keturunan keluarga.
“Orang kita memang ada pendamping yang dipanggil saka. Saka ini tugasnya untuk mengawal daripada diganggu oleh sesiapa yang merbahaya.
“Orang zaman sekarang selalunya tidak sedar mereka mempunyai saka peninggalan keturunan nenek moyang dan bertindak membuangnya. Kesannya, ada yang sembuh dan ada yang tidak.
“Dan isteri saya sendiri diganggu belaan. Apabila kami bertindak membuang, keadaannya semakin parah. Dia menjadi seperti magnet yang berupaya menarik jin dan hantu untuk merasuk badan.
“Setiap hari dan setiap malam, kami akan berdialog untuk bertanya asal usul dan mengapa mereka menganggu,” tuturnya kepada MH.
Pengarah berusia 31 tahun ini turut menambah, makhluk halus ini pada fitrahnya tidak cerdik dan mudah ditipu manusia.
“Namun sepanjang dua tahun kami mengalami kejadian pelik ini, saya boleh simpulkan hantu dan jin memang tidak cerdik. Mereka mudah ditipu oleh manusia. Selalunya apabila diminta masuk ke dalam botol, mereka akan menurut.
“Mereka takut kepada bunyi azan, ais, air sejuk dan air laut. Disebabkan itu saya akan bawak isteri ke laut bagi mengelakkan gangguan. Selalunya mereka akan berkeliaran sekitar jam 6.00 petang mencari mangsa,” katanya lagi.
Dia turut menambah, sekiranya tiada kekuatan untuk berhadapan dengan makhluk halus, disarankan hanya membaca surah lazim Al-Quran.
“Kalau kita tidak yakin untuk berhadapan dengan mereka, jangan cuba-cuba membaca surah rukyah.
“Cukuplah dengan bacaan surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan berselawat,’ ulasnya mengakui sentiasa mengorek rahsia alam ghaib untuk didolah dan digambarkan dalam filem Amukan Kuntilanak.
Filem Amukan Kuntilanak bakal memulakan penggambaran pada November 2019 membariskan barisan pelakon seperti Amai Kamarudin, Elanie Aidi, Shah Iskandar dan Syed Ali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang juga personaliti media sosial, Diva M atau Mohd Muzakir mengakui keputusan untuk kembali kepada fitrah asal sebagai lelaki dibuat atas kerelaan hati...