Memuat naik sedutan penggambaran di Instagram miliknya, Sherry pada awalnya hanya menari di atas lantai sebelum ‘naik sheikh’ dengan menari di atas kerusi kayu dengan begitu bersemangat.
Selang beberapa saat menari, kerusi tersebut dipercayai patah dan Sherry turut sama terjatuh.
Pada masa sama, rakan pelakon yang turut sama terlibat di dalam program berkenaan sempat merakam aksi spontan itu sambil berkata kepada krew ‘kenapa gelak?’
“Sifat penyayang @sharifah_sakinah yang ramai tak tau. Dia marah orang gelakkan makcik dia tau!! Jangan risau kerusi tu ada insurance,” tulis Shrry menerusi ruangan kapsyen.
Lalu, rata-rata peminat cukup terhibur dengan gelagat bintang tersebut, apatah lagi ia dirakam secara spontan.
Terdahulu, Sherry ada membuat permohonan maaf atas aksi menari keterlaluan dalam satu rancangan televisyen yang disiarkan di saluran tempatan baru-baru ini.
Jelasnya, tindakannya itu sekadar menghiburkan dan tidak sengaja dilakukan hingga menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah netizen.
Foto: Instagram Sherry Alhadad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kata orang, tuntulah ilmu sampai ke negeri China. Kenyataan sedemikian nyata tepat buat penyanyi, Dr. Soo Wincci yang melakar sukses tersendiri dengan memperolehi empat ijazah dan satu PhD setakat ini.
Semuanya dilakukan bintang cantik ini dalam tempoh 15 tahun menuntut ilmu dan usaha yang tanpa jemu. Nyatanya, apa yang dicapainya kini pastinya boleh memberi inspirasi buat semua.
Jika sebelum ini ramai yang sedia maklum bahawa bekas ratu cantik ini turut sama mengamalkan puas sepanjang Ramadan sejak beberapa tahun lalu, kali ini kejayaannya yang menamatkan pengajian ijazah kedua, Master in Music Production, Technology & Innovation dan Post Master Fellowship Degree in Live Music Production di Berklee Valencia, Sepanyol menjadi perhatian ramai.
Malah, kisah kejayaannya itu turut menjadi bahan berita di setiap media cetak dan elektronik tempatan sementelah Wincce turut berkongsi beberapa keratan artikel mengenainya.
“Daripada seorang artis yang hanya fokus dalam persembahan kepada penerbit yang perlu dilengkapi dengan ilmu teknologi, ia merupakan satu langkah yang amat besar yang perlu diambil.
“Selain itu, dengan tahap yang tinggi dan latihan yang bertubi-tubi, Wincci hampir putus asa. Tapi dengan keazaman dan kerja keras, pada tahun lalu iaitu 2018, Wincci berjaya mendapatkan ijazah sarjana yang kedua di sini,” ujarnya seperti yang dipetik Sinar Harian.
“Wincci akan membina kedudukan yang lebih baik di Sepanyol dan dalam masa yang sama akan terbang berulang alik ke Asia untuk rakaman TV dan persembahan.
“Wincci berharap ini akan menjadi sumber inspirasi kepada semua agar terus belajar dan teruskan perjalanan impian semua,” katanya lagi seperti yang dipetik.
Lebih membanggakan, dia menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR). Pengiktirafan berkenaan ialah Most Numbers of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Numbers of Academic Degress Obtained by A Recording Artist.
Selain dua ijazah sarjana di Sepanyol, Wincci turut memiliki Ijazah Undang-Undang dari University of Reading, UK; Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari University of Sunshine Coast, Australia; Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia.
Foto: Instagram Dr. Soo Wincci
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kini sudah bergelar bapa kepada anak sulungnya iaitu Muhammad Adam Aysar.
Dalam pada itu, Abu juga berkongsi pengalamannya tatkala menjaga anaknya itu hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Ain’ Afini Latif.
“Ayah akan cuba sedaya upaya berikan kasih sayang pada Adam sebaik mungkin seperti ayah lain memberikan kasih sayang pada anaknya. Adam takkan rasa ruang ksong dalam hidup Adam.
“Aku baru tidurkan dia dah rasa letih,mcm manalah umi jaga aku dulu,” tulisnya.
Sebelum ini, kecoh apabila Abu bertindak menceraikan Ain atas beberapa sebab lalu mendirikan rumah tangga bersama janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.
Kemelut yang berlaku sekali gus mengundang rasa simpati netizen terhadap Ain yang diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan.
Foto : Instagram Abu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.