Sukar baginya melihat sisa peninggalan makanan dibiarkan begitu sahaja.
Malah sudah menjadi kebiasaan untuk Fedtri Yahya membungkus makanan seperti ayam atau daging untuk dibawa pulang dan diberi kepada kucing.
Tulisnya, walaupun bukan peminat kucing, namun dia sering menjadi sasaran si comel ini meminta diisi perut nan lapar.
“Tiap kali nampak makanan tak habis ( ayam/ daging) sentiasa terdetik nak bungkus bawa balik… Bukan untuk famili 🙂 tapi untuk kucing.
Ads
“Jujurnya aku bukan peminat kucing. Jadi memang tak bela. Al kisahnya, tiap kali buka tingkap belakang rumah, automatik kucing-kucing tanpa tuan ( rasanya) akan datang. Tak jinak, mudah lari. Jadi, pernah cuba beli ikan sekian banyak. Satu pun ‘depa’ tak usik. Depa nak ayam/ daging ja … demand noo.
“Dulu 2,3 ekoq ja… sekarang rasanya dah belas-belas. Tak sampai hati buka tingkap buka pintu tapi tak dak apa-apa nak bagi depa makan,” katanya.
Ads
Malah, jelas pengacara popular ini lagi, memberi kucing makan mungkin menjadi asbab kepada rezekinya yang melimpah ruah.
“Siapa tau kan, makanan kucing ni jadi asbab rezeki melimpah. Tiap kali ke restoran, sentiasa ada keinginan untuk tapau makanan yang tak habis dimakan tu…
Ads
“Sekian… Kisah meow meow love-hate relationship,” tulisnya panjang lebar.
Laman media sosial kini menjadi peranan besar dalam kehidupan, malah dalam mencari rezeki.
Lalu tidak hairan andai kini peniaga online turut menjadikan Instagram sebagai perantara dalam promosikan produk jualan masing-masing.
Menyedari akan hakikat itu, Shaheizy Sam atau sinonim dengan panggilan Sam ada berbesar hati untuk melakukan reviu percuma kepada peniaga dalam talian.
Lalu, hero filem Pinjamkan Hatiku Ini ada naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Sam akui dia menerima banyak ‘direct message’ daripada peniaga yang memohon bantuan untuk promosikan perniagaan mereka.
“FREE IG REVIEW/PROMO!!! Hantarkan barang bersama dengan details korang kat A-11A, Taipan Damansara 1, Jalan PJU 1A/3J, Ara Damansara, 47500 Petaling Jaya, Selangor sebelum hari Sabtu (27/7/19).
“Items yang legal, bukan yang pelik2, ok?Jangan la suruh review/promote bom tangan, syabu atau bitcoin plak.
“Semoga Allah permudahkan perniagaan dan limpah ruahkan rezeki anda semua. Amin,” tulisnya.
Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun tidak menafikan dirinya kini sedang berkawan rapat seorang usahawan wanita berstatus janda kelahiran Indonesia.
Masih dalam fasa mengenali satu sama lain, bintang berusia 35 tahun itu menjelaskan keduanya kian rapat selepas berkenalan menerusi sebuah majlis rakan.
“Dalam proses perkenalan memandangkan kami secara jarak jauh. Jadi tiada kesempatan untuk bertemunya selalu,” katanya ringkas selepas ditanya mengenai hubungan yang mulai mekar sejak beberapa bulan lalu itu.
“Saya tiada halangan dan berkawan dengan semua orang termasuk individu dari negara luar. Kalau nak dikata kami ada sesuatu tu, rasanya cepat sangat. Malah kami pun jarang bertemu, masih dalam fasa perkenalan,” jelas Hafiz lagi.
Pada masa sama, Hafiz turut mengakui perkenalan dengan wanita berstatus janda itu berlaku secara tidak langsung.
Difahamkan juga, wanita berusia 20-an itu merupakan usahawan popular di Indonesia dan turut memiliki jumlah pengikut yang ramai di Instagram.
“Dia seorang usahawan dan sejujurnya saya banyak juga lakukan kerjasama dengan penggiat seni Indonesia dan kami kenal antara kenalanlah. Cuma bila kami isi masa tu macam ada keserasian.
“Saya rasa untuk elakkan hal lama terjadi kembali, rasanya lebih baik untuk kita pastikan terlebih dahulu. Saya pun sudah 35 tahun, kalau ada jodoh insyaAllah,” terangnya lagi.
Terdahulu, Hafiz ditemui pada majlis majlis pelancaran Aliff Syukri Legacy Cosmetics di Menara Mustapha Kamal, Damansara pada Rabu turut menambah, dia cukup selesa berkawan dengan wanita berkenaan.
Malah, Hafiz juga tidak menafikan wanita tersebut adalah wanita yang paling rapat dengan dirinya ketika ini.
“Buat masa ni saya selesa berkawan dengannya. Kami boleh berkongsi mengenai hal yang berbeza. Memandangkan kami jauh jadi masing-masing akan bercerita mengenai pelbagai perkara,” akhirinya.
Terdahulu menerusi Insta Stories, Hafiz turut berkongsi foto yang merakamkan sebuah panggilan dibuat dengan kapsyen; “Kangen ama kamu ya?.
Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan kosmetik, Joy Revfa pada Mei 2017. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut hanya bertahan dalam tempoh lima bulan sahaja.
Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal muncul dengan album terkini November depan.
Tahniah diucapkan kepada Juara Dewi Remaja 2023 yang kini bergelar pelakon, Nurel Baharin, 24, yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Esmeer Mansor dengan...