Menerusi entri terkini pelakon Zara Zya, bintang itu ada memuat naik beberapa rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia telah berkongsi rakaman video ketika dia mengusik dan menyakat rakan pelakon, Syazwan Zulkifly dan beberapa rakannya yang melatah.
“Sapa kuat mengusik macam saya @ellerahman69 @syazwanzulkifly @puterikhareeza @jalenar_e_j_a_b,” tulisnya.
Pelakon Oktovia Manrose ada memuat naik beberapa keping gambar di laman media sosial Instagram miliknya, beberapa minggu lalu.
Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia berkongsi gambar ketika dia anaknya, Muhammad Rayyan Zulkarnain ketika menyambut hari raya aidifitiri.
“Happy eid mubarak 2019 to all muslim ! Macam biasa . Dia macam saya mmg tak suka dunia glamor ni , nak minta amik gambar bukan main susah . Tengok lah senyum pun terpaksa je.
“tiap tiap tahun macam tu . Hehe . Rayyan mmg tak bagi chance sikit kan dekat mummy nak share gambar raya kita , tapi selepas dipaksa so ni lah hasilnya tapi ni baru berdua .
“Tunggu okay ada banyak lagi gambar raya akan menyusul,” kongsinya sambil memberikan kredit.
Bella Astillah ada berkongsi video comel yang merakamkan anak lelakinya, Ayden Adrean menyanyikan lagu bapa sendiri, Aliff Aziz berjudul Sayang Sayang.
Menerusi rakaman video pendek yang dimuat naik Bella di Instagram itu, rata-rata pengikut memberikan reaksi positif terhadap entri berkenaan.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan pendirian untuk terus bertanding di Anugerah Industri Muzik (AIM), meskipun ada yang berpandangan statusnya sebagai figura berpengaruh dalam industri membuatkan dia tidak lagi perlu bersaing di pentas berkenaan.