Awal semalam, pelakon Faezah Elai ada berkongsi situasi yang dialami apabila bercakap mengenai media sosial.

Kongsi ibu beranak dua ini lagi, dia berharap agar tiada lagi individu tidak bertanggungjawab yang menghantar ‘benda’ merapu menerusi teks di mana-mana media sosial miliknya.

“Hakak tau mmg hakak nampak mcm 16 tahun,tp hakak dh 37 tahun dik.. dh beranak 2, tudung pon labuh bawah perut, hadik2 teruna ampa jgn lah dok DM benda merapu, minat tk salah tp hakak ni bini org.. paham na.

“Hakak mmg mcm jessica alba tp dlm gambaq ja,kat umah mcm hantu kak limah,hantu kak limah tgk hakak pon dia sendiri lari.. hakak post gambaq bukan nk tunjuk cantik,tp byk baju and tudung kena review, sbb tu lah hakak limit comment, utk elak benda2 negetif and pujian2 yg berlebihan takut rasa riak,” jelas Faezah.

IKLAN

Pada masa sama, pelakon ini juga turut menjelaskan situasi tersebut secara tidak langsung membuatkan suaminya, pengarah Heykal Hanafiah kurang senang.

“Nampak Macam 16 Tahun, Tapi Hakak Dah 37 Tahun, Beranak 2,” – Faezah Elai Minta Anak Teruna Tak Hantar DM Merapu, Mengaku Suami Kurang Senang

IKLAN

“Tu yg lani dok kena boh gambaq ngan suami,almaklumlah hakak ni pelakon sendu,mungkin org tk tau yg hakak dh kawin atau ada jugak ingat tkdak laki,utk mengelak fitnah hakak boh gambaq ngan suami na.

“Ampa jgn salah paham,hakak habaq ni bukan nk buat best perasan cantik, but it seems my husband tk berapa nk berkenan, maklumlah husband dlm hati ada taman.

“Sorry sekali lg..sorry sgt klu yg terasa..klu dm yg relax2 hakak ok ja.. jgn yg merapu2 tu.. klu dm merapu tu mmg sampai kiamat lah hakak tk reply dik.. Selamat hari raya maaf zahir batin,” tulisnya panjang lebar.

IKLAN

Faezah diijab kabulkan dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya seramai tiga orang iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

Sementara hasil perkahwinan dengan Heykal, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.

Foto: Instagram Faezah Elai

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI