Meski masih bersedih atas kematian ibu tercinta beberapa minggu lalu, penyanyi yang juga penyampai radio Zayan, Mawi sekali lagi berduka cita apabila anak saudaranya, turut pergi dijemput Illahi beberapa hari lalu.

Berita tersebut disampaikan menerusi Instagram rasmi Zayan, yang turut meminta ramai supaya sedekahlah al-Fatihah buat yang telah pergi selama-lamanya.

“Sama-sama kita doakan Al-Fatihah kepada anak saudara (bayi) @cahayaasmawi yang meninggal dunia di rumah beliau.

“Sama-sama kita doakan, ujian berat untuk @cahayaasmawi & keluarga selepas kehilangan ibunya kini anak saudaranya. Al-fatihah,” tulis akaun berkenaan yang turut disertakan dengan beberapa keping foto.

Bagaimanapun, punca kematian anak kecil itu tidak dapat dipastikan.

IKLAN

Sementara itu, menerusi Instagram isteri Mawi, Ekin Rahmat pula, wanita itu turut berkongsi rasa sama atas kehilangan.

Malah, Ekin turut berkongsi foto yang merakamkan suaminya itu juga mengimamkan solat jenazah.

IKLAN

“Dari dia kita datang dan dari dia jugak kita dikembalikan.. Tolong semua sahabat saya tuk sedekahkan Al-Fatihah buat puteri comel kesygan @asmidah_ani
AZRA SYAKIRIN BT AZRI, Al-Fatihah
@cahayaasmawi,” tulisnya sambil disambut dengan ucapan takziah dan al Fatihah dari para peminat.

Terdahulu, bekas juara Akademi Fantasia musin ketiga itu telah mengadakan majlis bacaan yasin & tahlil untuk arwah ibunya.

IKLAN

Foto: Instagram Zayan, Ekin Mawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI