Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19, ramai di antara kita yang terpaksa membatalkan hasrat bercuti.
Bagaimanapun, setelah lebih tiga bulan duduk di rumah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan negara kini beralih ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Malah, beberapa sektor sudah pun beroperasi dan syarat terdahulu dilonggarkan selagi mematuhi SOP (Standard Operating Precedures).
Jadi, ada yang dah mulai merancang percutian, seterusnya membantu menjana semula ekonomi bagi sektor pelancongan di Malaysia dan pada masa sama, inginkan aktiviti yang menarik sepanjang cuti-cuti!
Apa kata, rasai pengalaman seperti berada di set pengambaran filem sebenar dengan harga yang jimat ‘kaw-kaw’, menggunakan aplikasi Klook.
Ia memperkenalkan tawaran “Get Your Travel Back On”, menikmati promosi ‘flash deal’ iaitu beli satu, percuma satu dengan setiap pembelian tiket taman tema sepanjang bulan Julai ini.
ESCAPE Theme Park, Pulau Pinang
Menerusi aplikasi Klook, dengan setiap pembelian tiket, anda akan menerima satu lagi tiket dewasa secara percuma. Cool teruk kan?
Oleh itu, percutian anda akan menjadi lebih jimat selain turut berpeluang mencabar diri untuk menyelesaikan semua halangan yang terdapat di ESCAPE Theme Park seolah-olah berada di dalam filem Jumanji. Best kan?
Terdapat lebih kurang 40 aktiviti menarik yang boleh diterokasi di sana. Antaranya Jungle Swinger, Slingshot, Three Sixty dan yang paling menarik sudah tentulah Tiub Water Slide yang mendapat pengiktirafan Guinness World Record sebagai gelongsor air terpanjang di dunia iaitu sepanjang 1,111 meter.
LEGOLAND®️ Hotel Malaysia, Johor
Kalau nak rasa macam di set lokasi filem animasi seperti The Lego Ninjago dan The Lego Batman, gunakan Klook dengan tawaran hebat dan terokasi sendiri dunia permainan blok popular di Legoland Hotel Malaysia, Johor.
Terletak di kawasan Iskandar Puteri, Johor, Legoland dibuka kepada umum sejak 2012 lalu dan memiliki lebih 40 fasaliti di samping tarikan terkininya, tayangan filem empat dimensi (4D) menerusi ‘Lego City: Officer in Pursuit’.
Suka untuk kami kongsikan di sini, bahawa anda harus peka dengan setiap tawaran yang diberikan kerana setiap hari tawarannya adalah berbeza.
Ini kami kongsikan jadual waktu bilakah tawaran ‘flash deal’ ini akan mula dibuka. So, stand by awal-awal okay.
Malah, menerusi Instagram, para peminat tidak putus-putus memuji bintang Bencinta ini.
Pada masa sama, Nora turut memuat naik foto sekitar program berlangsung, termasuk gambar kenangan bersama panel jemputan dan video TikTok bersama penyanyi terkenal, Datuk Seri Nurhaliza.
Ebit Lew yang bakal memulakan operasi kedai runcitnya, Elewsmart sudah memuat naik harga barangan runcit yang dijual pada harga murah bersempena dengan hari pertama operasinya.
Menerusi satu status bergambar yang dimuat naik menerusi Facebook pada Rabu, harga yang ditawarkan cukup rendah.
Misalnya, sepotong ais krim jenama Walls Cornetto hanya berharga RM0.10 dan setin creamer dari jenama Dairy Champ hanya boleh dimiliki pada harga RM0.70 setin selain banyak lagi barangan lain yang ditawarkan.
Bagaimanapun, ia hanya terhad kepada satu resit pembelian sahaja mengikut kuantiti yang telah ditetapkan.
Sambil mengharapkan doa ramai, pendakwah bebas ini turut mengenang kembali fasa hidupnya yang lalu ketika bekerja di petrol pam.
“Doakan yer..best bila dapat gembirakan ramai orang. Orang tanya kenapa Elewsmar murah sangat hari pembukaan elewsmart. Saudaraku, Murah untuk semua yer..semua dialu-alukan yer.
“Senyuman orang lain buat saya rasa gembira. Masa PKP saya semakin belajar sesuatu yang tak pernah saya rasa begitu sebelum ini..buat orang tersenyum. Hidup ini cuma sekali. Hidup untuk Allah sayang.
“Buat saya teringat masa dulu. Kerja petrol pam, ada orang selit rm2 dalam poket saya. Senyum saya tak berhenti. Happy sangat boleh beli telur nak goreng. Semua duit gaji bagi dekat mak dekat kampung.
“Mak tak tahu pun saya tiada duit lain. Besar rm2 tu untuk saya. Walau sekali sekala jer dapat begitu tapi nikmat dalam hidup saya. Begitulah teringin nak buat semua orang senyum tanpa mengira bangsa,latar belakang siapa sahaja tak terkecuali.
“Bila kita berkongsi niat hadiah rasa happy sangat. Allah beri rasa bahagia sangat dapat gembirakan orang walau dengan perkara kecil. Anak menangis kita beri mainan. Pujuk anak yang lapar tiada makan. Beri hadiah. Best sangat rasanya. Jumpa orang beri hadiah.
“Doakan yer Sabtu ini hari pertama pembukaan Bandar Baru Bangi. Ahad di Kajang. Minggu seterusnya setiap hari 8 cawangan lain. Berdebar rasa. Pohon doa semua kerana doa semua sangat penting dalam hidup saya,” tulisnya panjang lebar.
Doakan yer..best bila dapat gembirakan ramai orang. Orang tanya kenapa Elewsmart murah sangat hari pembukaan elewsmart….
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.