Setiap yang hidup pasti akan mati dan kembali kepada penciptaNYA namun bila ajal bakal datang menjemput itu semua rahsia ALLAH SWT.

Pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa abang kepada penyanyi dan pengacara, Aril Pilus iaitu Izwan Pilus telah pergi buat selama-lamanya enam tahun yang lalu akibat daripada jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus.

Arwah Izwan pergi ketika usianya 32 tahun dan meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas beberapa jam dimasukkan ke wad.

Sedih dan rindu, pastinya perasaan itu akan ada pada setiap manusia yang pernah merasai kehilangan.

Baru-baru ini, MH ada terlihat Aril berkongsi luahan perasaannya terhadap arwah abang tercinta menerusi akaun Instagramnya.

IKLAN

“Setiap yang hidup pasti akan menemui penciptaNya, Al-Fatihah #KhairilIzwanPilus semoga tenang kau di sisi orang2 yang beriman, 6 tahun dah berlalu, tunggu aku ye wan, tanggungjawab aku kat muka bumi ni belom selesai lg ?, anak buah kau da besar dah 2thn lebay umur #TunAdrielMikael lasak mcm aku wan!! ? patut la kau selalu pedajal aku masa kecik2! ? #Fans kau semua rindu kau, and masa aku shooting dgn dato @aliffsyukriterlajaklaris dia cakap dia peminat kau, dia suke lagu #KembaliSenyum ? anyway, nanti kita jumpe ye #IzwanPilus nama kau sentiasa dalam doa setiap kali lepas aku solat. Moga di permudahkan segala urusan di alam kubur, insyaallah..amin,” tulis Aril.

Tersentuh hati MH selepas membaca luahan Aril ini. Pasti dia sangat-sangat merindukan arwah abangnya ketika ini.

IKLAN

Ramai juga pengikut Aril di Instagram yang turut meluahkan rasa rindu kepada penyanyi kesayangan mereka ini.

fieya_fia: Al-Fatihah buat Arwah Semoga tenang d sana dan dicucuri rahmat,rindu dkt arwah..@arilpilus

IKLAN

eirasyahera: I miss him too, abg @arilpilus .. Semoga arwah abg izwan tenang di alam sana… ❤

xxnurzuhairahxx: Miss him so much ?…mnggu lps bru je dngr lagu kembali senyum versi cina… Sgtt trkesan dan tringt kn arwah time dngr tu… Al-Fatihah

MH doakan agar roh arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Kita yang masih hidup ini jangan pernah sekali lupa tanggung jawab kita untuk sentiasa taat kepada ALLAH SWT.

Sumber: Instagram Aril Pilus

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI