Selain melakonkan watak komedi, pelakon Remy Ishak turut menyahut cabaran untuk menjayakan babak menari Tango bersama aktres, Maya Karin di dalam filem terbaharu, The Expert.

Menurut Remy, dia dan Maya mengambil masa selama enam minggu untuk mempelajari tarian tersebut sebelum memulakan penggambaran.

“Nak Lembutkan Badan Bukan Mudah,” – 6 Minggu Berlatih Tango Dengan Maya Karin, Remy Ishak Tergeliat, Sakit Pinggang & Lutut

“Antara cabaran melakonkan filem ini adalah untuk membawakan watak komedi. Saya tak pernah bawakan watak komedi sebelum ini.

“Setiap babak itu saya kena pastikan ia nampak okay ketika ditonton. Namun, yang paling mencabar, sudah tentulah ketika babak menari tango.

“Saya dah Maya berlatih selama enam minggu. Dalam minggu ketiga pergerakkan sudah semakin lancar. Kemudian kita kemaskan untuk penggambaran.

“Maya memang sudah biasa dengan bidang tarian ini dan dia banyak bantu saya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem The Expert baru-baru ini.

“Nak Lembutkan Badan Bukan Mudah,” – 6 Minggu Berlatih Tango Dengan Maya Karin, Remy Ishak Tergeliat, Sakit Pinggang & Lutut

Dalam pada itu, Remy turut mendedahkan fokusnya juga tidak pernah tengganggu meskipun mengalami kecederaan ketika berlatih.

“Salah pergerakkan dan terpijak kaki itu memang perkara yang biasa berlaku. Saya pun ada mengalami kecederaan terkehel, sakit pinggang, tergeliat dan sakit lutut.

IKLAN

“Nak melembutkan badan pun bukan satu hal yang mudah. Semoga penonton suka dengan usaha saya ini,” kongsinya lagi.

Ditanya mengenai respon isterinya, Ezza Yusof saat menonton babak tersebut, Remy memaklumkan isterinya memberikan reaksi positif.

“Nak Lembutkan Badan Bukan Mudah,” – 6 Minggu Berlatih Tango Dengan Maya Karin, Remy Ishak Tergeliat, Sakit Pinggang & Lutut

“Saya rasa dia suka. Semasa dia menonton babak tersebut, dia ada juga tepuk-tepuk peha saya. Saya harap dia okay.

IKLAN

“Dia pun sangat menyokong kerjaya saya selama ini,” akhirinya.

Terdahulu, filem arahan Andre Chew dan Nazim Shah ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 Mei ini.

Selain Remy, filem ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon popular seperti Aaron Azizi, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray Dap Dap.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI