Meskipun mempunyai pengalaman lebih dua dekad sebagai insan seni, penyanyi Ziana Zain enggan terlalu terbawa-bawa dengan gelaran ‘diva pop’ yang diberikan peminat.
Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, gelaran tersebut mungkin diberikan peminat diatas dedikasinya ketika bekerja terutamanya dalam aspek imej dan persembahan.
“Saya tak pernah merasakan diri saya seorang diva. Sesiapa yang berikan gelaran itu, mungkin di mata mereka saya nampak seperti diva. Saya tak pernah nampak diri saya seperti itu.
“Saya hanya nak menyanyi sahaja. Mungkin mereka yang melihat saya sepanjang bergelar penyanyi atau ketika membuat persembahan di atas pentas, saya amat mementingkan pemakaian dan kualiti persembahan.
“Kalau itu gelaran yang diberikan peminat, saya sangat bersyukur. Bukan mudah nak menjadi seorang diva.
“Kita kena sentiasa tunjukkan yang terbaik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Saya juga amat mementingkan soal penampilan,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi Lagu Putus Terpaksa itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai acara Ziana Zain Konsert 2024, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga lebih selesa membawa diri sebagai individu biasa dan tidak merasakan dirinya lebih istimewa berbanding orang lain.
“Sejujurnya, ketika ini, kalau saya di luar, saya tak pernah merasakan diri saya terkenal atau artis lagenda.
Ads
“Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kerana Allah hadirkan perasaan itu. Saya takut kalau saya anggap diri ini terlalu besar, saya tak mampu nak galas.
“Saya masih merasakan diri ini seperti orang biasa. Personaliti saya yang anda lihat di luar adalah Siti Roziana Zain tapi bila di atas pentas, saya adalah Ziana Zain,” ujarnya lagi.
Terdahulu Ziana Zain Konsert 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Megastar Arena, Kuala Lumpur dan dihadiri lebih 5000 peminat setia pada Sabtu lalu.
Ads
Katanya lagi, meskipun pada awalnya dia agak meragui kemampuan diri sendiri, namun, inpirasinya hadir selepas melihat rakan-rakan seangkatan berjaya menjayakan konsert solo.
“Bayangkan pada usia Ella sekarang, dia masih mampu buat persembahan yang kita sifatkan sebagai ‘around the world’. Siti Nurhaliza pun tidak kurang hebatnya.
“Semangat mereka itu memberikan inspirasi kepada saya untuk sama-sama menjayakan konsert bagi merancakkan industri seni tanah air dan ubat kerinduan peminat.
“Alhamdulillah hajat saya tercapai. Saya juga sudah berjanji dengan peminat untuk terus menyanyi mengikut kemampuan diri saya,” akhirnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terbaru pengacara Jihan Muse atau sinonim dengan panggilan Jihan telah memuat naik satu video dengan memberi ucapan selamat hari jadi kepada Neelofa di akaun Instagram miliknya.
Penerbit Datuk A Aida, tampil menawarkan peluang rezeki buat aktor veteran Dharma Harun Al Rashid dengan janji akan menyediakan tawaran lakonan setiap bulan selama setahun.
Ia diberikan A Aida, sekiranya prestasi Dharma memuaskan hatinya menerusi telefilem Kisah Cinta Kau & Aku yang bakal menjalani penggambaran pada 15 Ogos ini.
“Saya nak tengok kemampuan dia dalam telefilem Kisah Cinta Kau & Aku yang akan jalani penggambaran tak lama lagi.
“Sekiranya lakonannya bagus, insya-Allah setiap bulan saya tak kan berhenti beri dia ‘job’. Setahun saya akan jaga dia.
“Maksudnya setiap kali ada cerita atau sekurang-kurangnya sebulan sekali saya akan cuba ambil Dharma. Semoga Allah permudahkan niat saya itu,” katanya.
Tambah A Aida, walaupun nilai tawaran yang diberi mungkin tidak tinggi, namun ia sekurang-kurangnya memberi ruang kepada Dharma untuk memperoleh pendapatan bulanan tetap bagi menampung komitmen hidup.
Mahu Bantu Sehingga Stabil
Bukan itu sahaja, A Aida turut terbuka untuk memberi peluang kepada anak lelaki Dharma, iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, pelajar Ijazah Sarjana Muda di ASWARA, yang dilaporkan turut meminati bidang lakonan.
“Bayaran akan saya berikan mengikut babak yang dia akan jayakan. Jika banyak babak, banyaklah upah yang dapat.
“Jika watak sampingan sekalipun mungkin dapatlah dalam RM2,000 ke RM3,000. Setidak-tidaknya dapatlah Dharma selesaikan sewa bulanannya. Memang niat saya nak bantu Dharma.
“Saya juga mungkin akan beri peluang pada Syafiq kerana dengarnya dia minat berlakon dan kebetulan dia pun pelajar ASWARA, nanti saya akan lihat macam mana,” tambahnya lagi.
Terdahulu, keadaan terkini pelakon era 1980-an itu mula mendapat perhatian ramai selepas tular sebuah video menunjukkan tubuh Dharma yang kelihatan susut, mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan dan keadaannya.
Aktor filem Adik Manja itu kemudian mengaku mengalami tekanan perasaan selepas hampir tiga tahun tiada sebarang tawaran berlakon, hingga berat badannya menyusut kepada 45 kilogram.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski negara sedang berhadapan pandemik Covid-19, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri tidak menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang untuk dirinya menimba ilmu pengetahuan dalam pertanian pula.
Menerusi hantaran di akaun Instagram, usahawan berusia 34 tahun ini berkongsi sekeping foto, dipercayai ketika sedang menjalani kursus penanaman pokok durian jenis Musang King.
Menerusi ruangan kapsyen, usahawan yang pernah muncul menerusi single Ingin Bahagia ini meminta tunjuk ajar dari yang mahir.
“Ada jer ni tengah ambik kusus penanaman pokok musang king dengan mereka yang mahir, sebab kebanyakan mereka yang berjaya menanam durian ni ada orang berbangsa Cina sebab tu saya nak belajar dengan mereka. Cuba teka dusun sy di mana?,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap ingin belajar dan semangat ingin berjaya dalam dunia perniagaan yang ditonjolkan oleh usahawan terkenal ini.
“Buatlah Dato tanam pokok durian musang king.. moga terus berjaya dlm biznes ni..,” puji seorang netizen.
“dato nt buah dh menjadi jangan jual harga yahudi plak..,” tulis seorang wargamaya yang lain.
“Baik tanam durian kan dpt buah jual.. Bukan mcm resort, rkyat trkurung xleh nk wak apa,” tulis lagi seorang netizen.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memanjatkan doa agar artis seangkatannya yang juga penyanyi, Syura Badron segera diberikan kesembuhan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di buah pinggang dan darah, baru-baru ini.