Impian penyanyi Siti Nordiana untuk mengadakan konsert solonya tercapai menerusi Konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana, yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu.
Menerusi konsert berkenaan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana mendendangkan 21 buah barisan lagu hit sepanjang kariernya termasuk lagu bersama rakan duet yang cukup sinonim, Allahyarham Achik Spin.
Lebih 2,000 penonton menjadi saksi suksesnya Konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana, segmen yang paling mencuri perhatian adalah menerusi penghargaan buat arwah Achik.
“Memang saya khaskan untuk lagu Memori Berkasih menggunakan suara arwah Achik sebagai mengimbau lagu berkenaan. Saya sebenarnya rasa sebaklah juga untuk menyanyi, tapi ia sesuatu yang bermakna.
“Mungkin sebelum ini saya hanya jemput peminat naik pentas untuk sama-sama berduet bagi lagu berkenaan, tapi kali ini saya ‘berduet’ dengan suara Allahyarham Achik.
Ads
“Jadi ia menjadi satu nilai sentimental buat saya sebenarnya,” kata Nana menerusi satu temu bual.
Emosi penonton juga tersentuh apabila latar skin belakang tertera tayangan video istimewa buat arwah Achik sebelum segmen duet bermula.
Ads
Menggamit memori, para penonton turut sama-sama menyanyi rangkaian lagu-lagu yang dipersembahkan Nana.
Konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana diiringi pemuzik The Romeo yang terdiri daripada Johan Shamsudin selaku pengarah muzik, Eddie Slam, Ujang Exists, Wan Gigi, Kabung, Rizal dan Paang.
Ads
Antara lagu yang disampaikan adalah Tak Upaya Menangis Lagi, Seribu Setia, Pelukanmu, Cinta Hanya Sandaran, Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Kasihmu Seakan Berubah dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan, koleksi lagu irama Malaysianya juga turut dinyanyikan kembali seperti Benang Emas, Zapin Pak Ngah Balik, Bakawali dan Joget Pilihan Jiwa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Allahuakbar, Amin… doa-doakan.” Demikian respon ringkas pelakon dan usahawan, Riz Amin ketika ditanya sama ada dia kini sudah bergelar jutawan atau sebaliknya selepas lebih lima tahun bersama jenama terkemuka dalam industri kesihatan, AG Nutrition.
Kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Global bagi jenama berkenaan, Riz atau nama sebenarnya, Norizam Amin Nordin, 39, bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.
“Dalam perniagaan AG Nutrition ini, untuk menjadi sebagai global director, kena mempunyai ‘income’ yang spesifik. Jadi alhamdulillah selepas lima tahun bersama mereka, ia mampu mengubah hidup saya.
“Segala-galanya daripada Allah SWT atas rezeki ini. Dalam proses untuk berada pada tahap sekarang, banyak yang saya belajar, alhamdulillah.
“Kalau anda nak berjaya, nak bergelar jutawan misalnya anda kena rajinlah. Kalau nak mengharapkan satu kerja saja pun tak boleh juga,” katanya.
Riz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-5 & Pelancaran Produk AG Leanz di Shah Alam, pada Ahad.
Meski sibuk berbisnes, Riz bagaimanapun akui dirinya masih lagi aktif berlakon.
“Saya mula terbabit dalam lakonan pada tahun 2004 bermula sebagai modeling. Saya akui dunia hiburan itu sangat indah namun saya mempunyai impian yang besar dan mahukan sesuatu demi masa depan keluarga dan anak-anak.
“Bila saya fikirkan balik, lakonan kini sudah menjadi minat dan pada masa sama saya perlu terlibat dalam bisnes dan syukur ia kini mengubah hidup saya 360 darjah.
“Saya masih lagi berlakon kalau kena dengan masa dan situasinya. Tidaklah berhenti terus. Sebab walau kita sedang berlakon pun, masih lagi ada masa untuk buat bisnes kerana ia di hujung jari,” katanya lagi.
Terdahulu AG Leanz menerusi AG Nutrition ialah produk terbaharu yang memberi fokus terhadap penjagaan dan pengurusan berat badan.
Ia diformulasi dengan gabungan unik bahan semulajadi, yang setiap satunya dipilih dengan cermat untuk membantu menyokong penurunan berat badan selain mampu menambah baik tahap kesihatan secara keseluruhan.
Acara tersebut turut dihadiri Pengerusi, AG Nutrition International, Dato Iskandar Halim, Hafiz Salleh dan Faiz Salleh selaku CEO AG Nutrition International dan Penasihat Korporat AG Nutrition International iaitu Dato Zaliha Abdul.
Rakan artis iaitu Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin turut hadir bagi sama-sama menyerikan majlis tersebut.
Dalam perkembangan lain, AG Nutrition kini dalam perancangan untuk mengembangkan legasinya ke negara buat apabila bakal membuka cawangannya di Indonesia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Produksi Tanah Merah Ventures Sdn. Bhd. dan Kalam Ariff Holdings Sdn. Bhd. tampil dengan sebuah filem berjudul Memoir Seorang Guru, bersempena dengan sambutan Hari Guru yang telah pun diraikan oleh seluruh warga pendidik di negara ini.
Tidak hanya sekadar naskhah biasa, filem ini juga merupakan adaptasi daripada novel dengan judul sama hasil karya penulis popular, Allahyarham Azizi Haji Abdullah yang juga bekas seorang guru yang juga penerima AnugerahPenulis S.E.A. 1988 mewakili Malaysia.
Penerbit filem ini, Datuk Arisz Ab. Rahman berkata, pihaknyaberminat untukmengadaptasi novel berkenaankesebuahfilem kerana karya Allahyarhamdilihatcukupistimewa dan pernahmenjadibahansastera pelajarSijil Pelajaran Malaysia (SPM) suatuketikadahulu.
“Kami akuisudahbanyakfilemkisah guru dan pelajarditerbitkan, namunMemoir Seorang Guru inimempunyaikelainan kerana iabukan sahajamenceritakantentanghubungananak murid dan guru sahaja.
“Iamengangkatmesej-mesejpositifsepertinilaikasihsayang, mengenangbudi dan kejayaan, kegagalan, penyesalan dan kisahnya begitudekatdengansesiapasahaja yang pernahbergelar guru dan anak murid.
“Malah, penulis novel ini juga bekasseorang guru dan iabanyak mempengaruhikisahdalamkaryatersebut,” katanya menerusi filem yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini.
Aktor hebat Datuk Rosyam Noor telahdiberiperananutamasebagai CikguSunan dan turutmenampilkanbarisanpelakonkanak-kanakserta pelakon popular lain seperti Nabila Huda, Johan As’ari, ZulHuzaimi, Hariz Hamdan dan Trisha Ooi.
MenurutArisz,filemberkenaan juga mendapat kerjasamadaripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).
“SetakatiniYGMB yang mempunyaikeahlianberatusribudaripada kalangan guru yang kami lihatmerekamampumemainkanperanan membantumempromosikanfileminikesekolah-sekolah.
“Selainitu, merekabolehmenyarankankepada guru-guru yang lain agar mengajakanak-anak murid menontonfilemini di pawagamnanti yang secarakebetulaniaditayangkandalamsuasanasemuapelajarmerayakan sambutan Hari Guru,” katanya lagi.
Kyoll Hamzah pula menjelaskan, diabersetujuuntukmengarahkan filem ini kerana melihatiaadalahsebuahnaskhah yang sangat menarikapabiladiadaptasimenjadisebuahfilem.
Ujarnya, diasendiri yang memintakepadapenerbituntukmemilihRosyammemegangwatak utamasebagaiCikguSunan.
“Apabiladiberiperanansebagaipengarah, sayaterus usulkan agar Rosyamdiberiwataktersebut kerana melihatkriteriawatak ‘CikguSunan’ iniialahdirinya.
“LagipunRosyamsendiribelumpernahlagimembawakanwatak sebeginidalam mana-mana filem dan pastinyaiaamatdinantikan penonton,” katanya.
Pada masa sama, pemilihanpelakon-pelakon lain juga dibuatatasperbincangan bersamapenerbit, malahmerekaturutmenjalankansesi uji bakatuntuk pelakonkanak-kanak.
Menjalanipenggambaran pada Disembertahunlalu di beberapabuah lokasiseperti Perlis, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur, pengarahitu turut mengakuiberhadapandenganbeberapacabaran.
Antaracabaran yang dilalui termasul dalam hal berkaitan dengan pemilihan lokasi yang terbaikselainkeadaancuaca yang tidakmenentu.
Malah kelas lakonan juga turut diberikan kepadapelakonkanak-kanak terlibat demi memastikan masing-masing mampumenghayatiwatak.
Memoir Seorang Guru mengisahkan tentang seorang guru bandar, Cikgu Sunan yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah di pedalaman dan ditugaskan menjadi guru kelas di kelas paling corot.
Dia yang juga duda kematian isteri turut membawa bersama anak perempuannya, Kamariah untuk belajar di sekolah berkenaan.
Lebih mencabar, guru besar sekolah tersebut telah memberinya tugas menjadi guru kelas di kelas paling corot dan tugas paling utamanya adalah untuk memastikan kelasnya itu mencatat keputusan UPSR lebih baik berbanding sebelumnya.
Pada masa sama, terdapat tiga orang pelajar di kelasnya iaitu Alias, Midun dan Mat yang tidak menyukai Cikgu Sunan kerana menganggap guru kelas mereka itu sebagai cikgu bandar yang berlagak.
Memoir Seorang Guru menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 30 Mei 2024.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona menegaskan pandangan bapanya yang juga merupakan pelakon, Azhar Sulaiman berkaitan perang di Palestin langsung tidak mencerminkan dirinya.
Menurut Leona, sebagai seorang yang pernah menjejakkan kaki dan melihat sendiri kekejaman yang berlaku di Palestin, dia agak kecewa dengan pendirian bapanya itu.
“Saya sekeras-kerasnya menentang Israel dan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Palestin.
“Sebagai seorang yang pernah melihat segala yang berlaku di Palestin dengan mata sendiri (walaupun di tempat paling selamat dan terkawal), saya mengambil maklum tentang kekejaman Israel dan sedar genocide ini telah berlaku lebih lama sebelum 7 Oktober.
“Saya dan ayah memang tidak mempunyai persefahaman dalam banyak perkara dan saya juga gagal untuk memahami cara dan jalan dia berfikir.
“Jadi, janganlah pukul rata dan membuat andaian sendiri hanya kerana kami mempunyai pertalian darah,” katanya.
Perkara itu dikongsikan Leona menerusi beberapa hanataran di aplikasi X.
Pada masa sama, Leona turut menyeru semua pihak untuk terus menyebarkan kesedaran tentang segala perbuatan kejam Israel terhadap rakyat Palestin.
“Jika menyebar kesedaran merupakan jalan yang terbaik setakat ini, kita memang patut buat. Kita sepatutnya bersilidariti dan mengecam tindakan pihak Israel.
“Kita sendiri tak tahu kemungkinan dan bilakah pemunuhan ini akan berakhir. Jadi, kita kena bersuara sekeras-kerasnya untuk pastikan Palestin tidak dilupakan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Leona turut berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang wanita Palestin sewaktu melawat Masjid Al Aqsa sebelum ini.
“Saya pernah berjalan di Masjid Al Aqsa dan seorang wanita Palestin menegur saya dan berpesan agar kita kena pastikan dunia tidak berhenti bercakap mengenai mereka.
“Malah, dia juga minta kita sentiasa doakan dan sokong perjuangan mereka,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Azhar menerima kecaman hebat apabila berpendapat bahawa selebriti tanah air yang lantang bersuara mengenai isu boikot sewajarnya berpindah ke Gaza dan membantu mereka yang sedang berperang di sana.
Azhar turut berkata, mereka yang lantang bersuara dalam isu itu juga tidak perlu melakukan gerakan boikot sekiranya masih berada di Malaysia dan hidup dalam keadaan gembira.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.