Susulan sepotong klip video yang memaparkan konten menyentuh sensitiviti ramai dan agama Islam yang tular sejak awal hari ini, ia pantas mendapat perhatian warganet, termasuk penggiat seni tempatan.

Video tersebut memperlihatkan seorang wanita melakukan persembahan stand up comedy dipercayai di sebuah cafe di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Pelawak Shahrol Shiro menerusi Instagram misalnya pada Sabtu menyifatkan, perbuatan individu tersebut jelas menghina agama Islam dan melampaui batas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

“Nak buat comedy pun ada garisan batasnya. Lepasi garisan tersebut adalah menghina dan kamu telah menghina dengan menggunakan content agama islam. Ini betul2 sudah MELAMPAU!

IKLAN

“Mohon siasatan terhadap penganjur “CrackHouse Comedy Club” dan stand up comedian yg terlibat dan tindakan tegas harus dilakukan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Di dalam video tular tersebut, wanita itu yang pada awalnya dilihat tampil dengan imej hijab lengkap mengenakan baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum mula membuka aurat hingga mendedahkan aurat menerusi persalinan yang mencolok mata.

IKLAN

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Bahagian Penguatkuasaannya telah mengambil maklum berkenaan video tersebut dan akan melaksanakan siasatan awal.

Katanya menerusi satu kenyataan, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana perbuatan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian islam yang berlaku di Wilayah Persekutuan; lebih-lebih lagi menjelang Aidiladha pada 10 Julai 2022.

IKLAN

Dalam pada itu, pihak kelab menerusi Facebook menegaskan mereka mengutuk sekeras-kerasnya rakaman video yang memaparkan persembahan yang menghina agama Islam.

Tambah kenyataan itu lagi, individu tersebut telah dilarang daripada kembali ke kelab itu malah mereka juga telah menfailkan laporan polis mengenai insiden ini.

“Nak Buat Comedy Pun Ada Garisan Batasnya. Lepasi Garisan Tersebut Adalah Menghina…,” – Shahrol Shiro

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI