Pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy memilih untuk mengadakan majlis aqiqah buat anak pertamanya, Bunga Elhaq hari ini pada saat umat Islam meraikan Aidiladha.

Sedondon mengenakan persalinan polos putih, Elisya menerusi Instagram turut berkongsi momen indah sepanjang majlis.

Adik kepada aktres Fasha Sandha ini juga menitipkan dedikasi serta akui melahirkan puteri tersayang menjadi pengorbanan terbesar dalam hidupnya sekeluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

“Tahun 2022 melahirkan you adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy, Bunga Elhaq.

“Pengorbanan daddy you bangun setiap malam untuk tukar pampers and susukan you

IKLAN

“Pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah you hari ini,” tulisnya.

Elisya pada masa sama mendoakan yang baik-baik buat permata hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by uzair haqimy (@uzairhaqimy69)

IKLAN

“MashaAllah anak mummy ni sangat bertuah, ramai orang sayang. When you grow up, you can read, i want you to read this message and ingat pesan mummy, jaga lah hati orang yang sayangkan you.

“Hargai pengorbanannya, terima lah kekurangannya jangan sia siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya.

“Selamat Hari Raya Korban daripada kami bertiga,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

IKLAN

Imbas kembali, Elisya dan Uzair berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 18 Jun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/MtgZnLbSkZ0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI