Penyanyi dan pelakon Naim Daniel sebentar tadi memaklumkan dirinya telah mengalami kemalangan ketika sedang berada dalam perjalanan untuk menyelesaikan urusan kerja.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Purnama itu menerusi Instagram.
Kelihatan kereta yang dipandunya remuk di bahagian hadapan. Naim bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya memberitahu bahagian rahangnya kemungkinan terkehel.
Ads
“Nak bertolak pergi kerja pagi tadi, alhamdulillah Allah bagi rezeki,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Tenang menghadapi ujianNya, Naim juga menzahirkan rasa syukur kerana beranggapan apa yang terjadi adalah rezeki untuknya pada hari ini,
Ads
Dia pada masa sama turut berkongsi keadaan kereta yang dipandunya secara terperindi di Insta Stories.
Ads
Serentak dengan makluman tersebut, rakan selebriti termasuk peminat meminta Naim agar kuatkan semangat dan jaga diri di samping meluahkan rasa lega kerana tiada sebarang kecederaan serius berlaku terhadapnya.
Foto: Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Afif Tirmizie kini tampil dengan lagu terbaru yang berjudul Maaf yang menjadi perantara dalam meneruskan legasinya dalam industri seni tempatan.
Untuk pengetahuan, Maaf menjadi runut bunyi dalam drama Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang dan bagaikan dengan plot cerita drama itu sendiri, begitulah corak penyampaian penyanyi berusia 34 tahun ini dalam lagu ini yang menyentuh soal kemaafan.
Berbekalkan lirik penuh emosi, mesej yang ingin disampaikan adalah mengenai setiap manusia biasa pasti melakukan kesilapan. Bezanya, adakah kita sang pendosa sedia untuk meminta keampunan dari lubuk hati?
“Cerita dalam Maaf adalah berkenaan situasi tengah seseorang yang bersalah, tengah berdosa, tak kisah kepada siapa, kepada kekasih, isteri, ibu bapa, atau orang tersayang.
“Tapi daripada perspektif saya, si lelaki meminta maaf kepada kekasihnya disebabkan sudah berulang kali melakukan kesilapan.
“Mesej yang ingin saya sampaikan adalah sesetengah orang sukar untuk mengucap kata maaf meskipun memang tahu dirinya bersalah. Tapi dalam apa jua keadaan, sebaiknya mohonlah kemaafan itu untuk berbaik.
“Setiap manusia melakukan kesilapan tapi minta-maaflah bagi menjernihkan sesuatu perhubungan,” katanya.
Menyentuh proses pembikinan lagu ini pula, Afif mengakui kekangan terbesar datang dalam segi masa selepas produksi drama terbabit menghubunginya.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana hasil akhirnya dapat disiapkan pada tahap yang memuaskan.
“Lirik dan lagu saya hasilkan sendiri, idea dan inspirasinya tercetus selepas saya melihat satu kejadian depan mata yang tular. Proses menghasilkannya tidaklah lama.
“Kamal Adli bertanya ada tak lagu yang boleh diguna pakai untuk drama Perempuan Tanpa Dosa, kemudian saya siapkannya dalam masa lima hari.
“Bahagian paling susah tentu sekali masa yang diberikan kepada saya amat singkat. Tapi Alhamdulillah, urusan itu dipermudahkan dengan bantuan pasukan saya, Payung dan Pedang, kami bertungkus lumus untuk siapkan lagu dari petang sampai ke pagi di studio.
“Selepas hantar demo, risau juga kalau tidak menepati permintaan pihak produksi, mujur mereka suka,” katanya lagi.
Afif mula mencipta nama selepas menyertai program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan selain pernah menyertai Mystarz LG di TV3.
Selain aktif dalam penulisan lagu, penyanyi berusia 34 tahun ini juga pernah menganggotai kumpulan The Fabulous Cats dan Nukilan dan pernah tampil dengan lagu Sendiri bersama Kmy Kmo.
Lagu Maaf sudah boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan kini hamil empat bulan.
Berita gembira tersebut dimaklumkan penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Siti menerusi ruangan kapsyen turut menjelaskan dirinya sedia berkongsi mengenai perkara tersebut apabila sudah tiba masa sesuai.
“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.
“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami,” tulisnya.
Siti pada masa sama turut meminta ramai untuk mendoakan kesejahteraannya dan bayi yang dikandung.
“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.
“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.
“Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!,” titip penyanyi nombor satu ini.
Imbas kembali, Siti dan suaminya, Datuk Khalid Muhd Jiwa dikurniakan cahaya mata perempuan pada tahun 2018 melalui persenyawaan in-vitro (IVF).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew telah membeli sebanyak 150 unit kerusi roda untuk diberikan secara percuma kepada yang memerlukannya.
Ebit telah memaklumkan khabar tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Ebit turut memberitahu, dia bersama pasukannya akan menambah lagi bilangan kerusi roda tersebut sekiranya tidak mencukupi.
“Pohon doakan yer. Baru beli 150 kerusi roda untuk hadiahkan pada sesiapa yang memerlukan.
“Siapa perlu kerusi roda free, boleh hubungi nombor Pertubuhan Kasih Umat Malaysia 011 7078 7900. InsyaAllah Jika habis kami akan tambah-ebitlew,” tulisnya.
Serentak dengan itu, perkongsian Ebit telah mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen memuji sikap murni Ebit yang sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Dazrin Kamarudin berpendapat status sebagai selebriti bukanlah tiket untuk mengabaikan undang-undang, lebih-lebih lagi apabila menganjurkan sesebuah acara.
Menurut Dazrin, 38, setiap urusan...