Kata orang, jika ingin mengetahui personaliti sebenar seseorang itu, lihatlah bagaimana dia melayan orang sekeliling terutamanya golongan yang lebih rendah darjatnya.
Itulah yang cuba disampaikan oleh penyanyi muda, Asad Motawh menerusi video terbaru yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya.
Video tersebut memaparkan Asad menyahut cabaran membuat experimen sosial untuk menjadi pengemis selama satu hari di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu kota baru-baru ini.
Penyanyi lagu Senyum ini turut mengenakan pakaian compang-camping bagi menampakkan lakonannya itu lebih ‘real’.
Ads
Asad dilihat berlegar-legar di perkarangan pusat membeli belah tersebut sambil mendekati orang ramai untuk meminta sedekah.
Ada satu ketika, Asad dilihat telah ditolak oleh seorang individu kerana dikatakan menggangu ketenteramannya ketika ditempat awam.
Ads
Video berdurasi hampir lapan minit itu telah meraih lebih 200,000 jumlah tontonan dan 15,000 tanda suka.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata pujian terhadap video tersebut selain turut berharap agar Asad dapat menghasilkan lebih banyak kandungan-kandungan menarik selepas ini.
Terdahulu, Asad memiliki hampir 200,000 jumlah pengikut di Youtube manakala di Instagram pula penyanyi ini memiliki lebih daripada satu juta followers.
Sumber: Youtube Asad Motawh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya telah selamat malahirkan cahaya mata ketiga pada Jumaat.
Menurut Mahali, bayi lelaki tersebut telah dilahirkan pada jam 3.30 pagi.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby boy ketiga kami pada 4 December 2020, 3.30 pagi.
“Syukur ke hadrat Allah atas kurniaan tidak terhingga ini. Thanks my superwife love you @lisa_rusman,” tulisya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Mahali menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, pemain pasukan Petaling Jaya City itu turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga diatas segala rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT terhadap dirinya selama ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan tahniah buat Mahali dan juga isteri.
Terdahulu, Mahali telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Haliesah Rusman pada tanggal 2 Ogos 2015 dan telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Mahali Jasuli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kira-kira tiga tahun menyimpan rahsia penyakit misteri yang dihadapi anaknya, biduanita Uji Rashid, akhirnya membuat pendedahan ekslusif mengenai kisah malang yang menimpa pelakon, Cico Harahap, 41.
Menerusi program Telekung Talk yang merungkai topik Jawapan atau Ujian? yang bersiaran selama 1 jam di platform Facebook rasmi Muhayya Momentum dan serentak di akaun peribadi Datuk Dr Prof Muhaya jam 5 petang semalam (Khamis), bintang yang sinonim dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu mengesahkan bahawa Cico bukanlah disihir.
Sebaliknya, Uji mendakwa Cico telah diracun oleh sekumpulan kawan ketika menghadiri sebuah majlis hari jadi tidak lama dulu.
“Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas- desus mengenai keadaan anak saya.
“Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.
“Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini,” katanya.
Tambah Uji lagi, melalui cerita yang disampaikan kepadanya, Cico dikatakan rebah sebaik minum minuman itu dan ditinggalkan tanpa bantuan dan hingga kini, beliau tidak tahu siapa yang menghantar anaknya pulang ke rumah.
“Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT.
“Satu hari Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee.
“Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik,” katanya.
Sepanjang tiga tahun mengharapkan agar Cico segera sembuh, banyak perkara memilukan terjadi. Antaranya, Cico tidak lagi mampu bekerja dan Uji sendiri terpaksa menolak tawaran menyanyi kerana terpaksa menjaga anaknya itu.
“Hidup kami memang susah, hanya SWT sahaja yang tahu. Saya, Cico dan cucu, Rindu, pernah dihalau dari rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang. Kami terpaksa menginap di hotel bajet selama berbulan-bulan.
“Namun ada seorang peminat yang baik hati memberi kami tempat berteduh. Bagaimanapun tahun lalu, atas bantuan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kami ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya.
Meksi dugaan yang menimpanya tidak tertanggung, namun beliau percaya berkat menjaga arwah ibunya, ia banyak membantunya menghadapi saat sukar ini.
Sementara itu, Datuk Dr Prof Muhaya yang juga kelihatan sebak mendengar cerita Uji, merungkai topik “jawapan atau ujian” agar orang ramai sentiasa positif dalam mengharungi dugaan hidup.
“Perkongsian dari seorang ahli sufi, pesanan daripada sorang wali Allah SWT, meminta kita melakukan dua perkara di mana setiap hari kita perlu membaca dan berkaca. Membaca maksudnya di sini melihat keluar kehidupan orang lain. Satu lagi berkaca, di mana ahli sufimengatakan seorang mukmin itu cerminan kepada mukmin yang lain.
“Kita membaca melihat kehidupan orang lain dan berkaca melihat diri sendiri yang kita panggilintrospeksi diri. Apabila kita ada masalah banyak orang akan membaca. Saya jadi macam begini sebab orang ini atau kita panggil mangsa kehidupan.
“Dari segi saintifiknya siapa berada dalam keadaan ini, mereka berada zon sengsara. Cara untuk kita naik ke zon yang atas, kita haruslah berkaca diri di mana kita menerimaujian ini kerana takdir Allah SWT yang sudah tertulis di dalam Luh Mahfuz.
“Kita diberi dua kelebihan boleh melihat dengan mata nafsu dan mata hati. Jika dengan mata nafsu, kita akan merungut dan menyalahkan keadaan. Mata hati pula MasyaAllah, kita berdoa bagaimana ujian ini membuatkan kita lebih dekat pada Allah SWT dan berakhlak baik kepadaNya,” katanya.
Prof Muhaya menambah, apabila seseorang melangkah momen taubat, bersyukur, sabar, redha, mereka telah mencapai tahap lebih tinggi. Maka masa itu kita dapat mempertingkatkan garis sengsara kepada biasa, seterusnya produktif kepada luar biasa.
“Justeru itu bagi sesiapa yang menghadapi apa sahaja masalah anda perlu mengatasinya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya.
Program Telekung Talk kendalian pengacara Abu Talib Husin yang diterbitkan sejak tiga tahun lalu dan pernah menampilkan selebriti seperti Neelofa, Lisa Suruhani dan Fazura.
Bagaimanapun edisi Telekung Talk kali ini cukup istimewa kerana ia diadakan bersempena pembukaan butik serta koleksi baharu Muhayya Magical yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 2 Januari 2021.
Antara produk yang akan dilancarkan adalah telekung dan khimar, bagimempersiapkan wanita dalam keadaan sempurna saat menunaikan ibadah solat. Kesemua produk ini boleh didapati menerusi laman web, www.muhayyamagical.com.
Pada majlis sama, satu kejutan majlis ulang tahun ke-12 puteri tunggal Cico Nur Fitrah turut diadakan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Fauzi Nawawi ada berkongsi kisah yang terjadi keatas dirinya ketika sedang memandu baru-baru ini.
Menurut Fauzi, dia sering kali terlupa untuk mengisi minyak meski pun sudah membuat pembayaran di kaunter.
Jelas suami kepada pelakon, Lisdawati itu lagi, dia berasa sangat terharu selepas salah seorang pekerja stesen minyak tersebut telah menghubunginya semula di Instagram untuk memulangkan kembali wangnya.
“Hari ni dah kali ke 4 jadi camni. Masuk stesyen minyak bayar duit beli air tin pas tu masuk keta terus jalan. Sampai separuh jalan baru teringat minyak tak isi pun tapi duit dah bagi. Korang pernah jadi tak ?
“Nak pusing balik memang tak mungkin sebab dah masuk highway. Dah paksa hati untuk redho. Tak sangka pula malam-malam ni ada hamba Allah yang sanggup cari saya kat IG untuk pulangkan balik,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fauzi menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, pelakon filem Anak Halal ini turut menyifatkan hati pekerja tersebut sebagai jujur dan mulia kerana sanggup bersusah payah untuk mengembalikan semula wangnya itu.
“Memang jujur dan mulia hati adik ni. Kalau orang lain mungkin dah halalkan sendiri. Terima kasih @yna_naim Zahrina kerana sikap amanah dan kejujuran awak hanya Allah mampu membalas budi baik dan keikhlasan hati awak,” kongsinya lagi/
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terut memuji sikap pekerja tersebut selain turut menasihati Fauzi supaya lebih peka lagi selepas ini.
Sumber: Instagram Fauzi Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Salina Saibi memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya selepas tampil lebih kerap mengenakan hijab sejak pulang daripada menunaikan...