Diucapkan selamat hari lahir kepada anak Diana dan diharapkan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Ads
Untuk rekod, Diana telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya,
Mohd Habibbullah A.Rahman pada 25 Oktober 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khawlah Al Azwar, 4 tahun, Khadija Azzehra, 2 tahun dan Muhammad Khalid Al Habib, 3 bulan.
Foto : Instagram Diana Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Malah pelbagai pendekatan kaedah pembelajaran diterapkan ibu bapa demi memastikan anal-anak sukses dalam pengajian.
Begitu juga dengan pelakon Norman Hakim yang amat menitikberatkan pembelajaran anak, termasuk dari segi ilmu agama dan duniawi.
Menerusi Instagram, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas itu juga turut berkongsi beberapa tips untuk mendidik anak-anak berjaya.
“Sekadar perkongsian untuk manfaat bersama; The definition of “Self’s Leadership”
Pic 1; Malam td lepas Isyak,ajak Abg Danish keluar ngeteh dgn Abah @jaiezzany ,dia mintak maaf tak dpt join,dia cakap “Sorry pa..abg tgh fokus.Sikit lagi je ni..”
Pic 2; Balik dari jumpa abah & etc dalam 11.40pm,nampak dia bersujud lama sangat.Saya lepak jap tunggu dia selesai,pastu tanya “Abg sujud apa tadi?” Dia cakap “Abg mintak tolong dari Allah sbb susah sikit la pa study abg ni…”
Pic 3; Terjaga pkl 3am++,tgk dia kat situ jugak.Suruh dia naik masuk bilik,dia cakap ayat yang sama “Sikit lagi pa…kalau masuk bilik nanti Abg hilang fokus..”
Pic 4; Bangun nak kejut ajak dia pergi Subuh tapi kelibat takde kat bilik,tgk kat bawah dah ‘belayar’ dengan buku2nya
Pic 5; Baru saya faham.Dia nak ‘A+’ untuk Sains dia nanti.Danish baru form 4 tapi dia pernah cakap kat papa,mama kalau boleh dia nak ambik SPM tahun ni jugak sbb tu dia ‘double up’ effort dia,tulis Norman.
Norman juga turut memberikan sokongan moral dalam membentuk anak-anak terus berjaya.
“Back to the defination of “Self’s Leadership”, meaning Danish alhamdulillah slowly dah mula pandai “lead” diri dia sendiri.Saya,mama,mummy & abah selalu beri penekanan,sebelum nak jadi pemimpin diluar sana, kena jadi pemimpin yang mantap kpd diri sendiri dulu terutama sekali sbb dia lelaki.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon amat menitikberatkan ilmu ukhrawi (solat) dan ilmu duniawi (ulangkaji) kepada anaknnya yang kini berusia 16 tahun.
“Alhamdulillah “self’s leadership”nya semakin progresif,maknanya dia dah pandai “lead” dirinya sendiri tanpa perlu kita suruh atau paksa terutama dirumah,contoh dari sudut waktu solat,waktu ulangkaji & etc.Bab mengadap handphone shj yg sekali sekala perlu dimonitor,” tambahnya lagi.
“Alhamdulillah slowly masa utk delegates faktor psikologi,fisiologi & sosiologi kpd dia terutama peranan dia sebagai anak yg sulung yg akan jd contoh kpd adik2 dia yg lain
Mohon doakan yg baik2 buat Abg @danishhakimofficial .Semoga perkongsian ni sama2 memberi manfaat buat kita semua.Salam Jumaat,” akhiri Norman.
Untuk rekod, Danish pernah bergelar pelajar tahfiz dan mengungguli pelbagai anugerah.
Foto : Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah sukses menerusi dua penganjuran sebelumnya, ERA Digital Muzik Awards 2018 (EDMA 2018) kembali lagi untuk tahun ketiga.
Bakal berlangsung pada 25 Januari 2019 ini, EDMA 2018 bakal mengiktiraf produk muzik lokal terbaik sepanjang tahun 2018!
EDMA 2018 distrimkan oleh Deeja Cosmetic, kehebatan luar biasa dengan Deeja Cosmetic.
Setelah undian fasa pertama berakhir pada 13 Januari lalu, kini para pendengar ERA boleh melakukan undian sekali lagi menerusi fasa kedua yang telah berjalan sejak 14 hingga 23 Januari depan bagi memilih juara bagi 6 kategori yang dipertandingankan.
Undian boleh dilakukan menerusi laman web edma.era.je
Bakal disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook ERA, peminat juga bakal dihiburkan dengan persembahan menarik dan boleh menonton sediri kehadiran artis kesayangan anda.
Juga, nantikan pengumuman siapakah yang bakal membuat persembahan di #EDMA2018 tidak lama lagi menerusi laman sosial ERA.
Berikut merupakan senarai Top 5 bagi setiap kategori yang dipertandingankan;
Sementara itu, jangan lupa sambil mengundi, anda juga boleh merasai kehebatan luar biasa menerusi produk Deeja Cosmetic, merangkumi set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 yang diolah daripada estrak bahan semulajadi berkualiti tinggi.
Set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 Deeja Cosmetic ini mengandungi sabun pembersih muka, toner nano, krim siang, krim malam dan krim nano yang membantu mencerah dan melembapkan kulit, dan mengurangkan cela, jerawat dan jeragat.
Sesuai di amalkan oleh lelaki dan wanita, dapatkan produk mampu milik ini sekarang di ejen dan stokis yang sah atau di toko jamu berhampiran dengan stokis terpilih!
Nak tahu lanjut, jangan lupa untuk ikuti sebarang perkembangan Deeja Cosmetic di Instagram https://www.instagram.com/deeja_cosmetic_hq dan Facebook Deeja Cosmetic HQ https://www.facebook.com/DeejaCosmeticHq/
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sharmaine Alexender tampil menafikan dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dia menjalani prosedur face filler selepas perubahan pada wajahnya menjadi perhatian di media sosial.