Pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan mendedahkan dia sememangnya agak sukar untuk mengungkapkan kata-kata cinta di dunia nyata.

Menurut Jalaluddin, mungkin mudah baginya untuk ‘bermadah pujangga’ ketika di set pengambaran kerana baginya ia hanyalah sekadar tugasan hakiki dan memenuhi kehendak pengarah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jalaludin Hassan (@jalaludinhassan)

“Realitinya aku tidak pandai mencurahkan perasaan hati ini. Berbeda ketika aku di dalam set pengambaran.

“Mugkin aku hebat mencurahkan perasaan hatiku, namun ia nya hanya sekadar lakonan dalam menghayati watak atas arahan Tuan Director Ahmad Nisfu demi sesuap nasi untuk menyara keluargaku,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Kisah Cinta Kita itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-50.

“Mungkin Aku Hebat Mencurahkan Perasaan Hati, Namun…,” – Akui Tak Pandai Ucap Kata Cinta, Ucapan Datuk Jalaluddin Hassan Sempena Birthday Isteri Bikin Ramai Cair “Mungkin Aku Hebat Mencurahkan Perasaan Hati, Namun…,” – Akui Tak Pandai Ucap Kata Cinta, Ucapan Datuk Jalaluddin Hassan Sempena Birthday Isteri Bikin Ramai Cair

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Jalaluddin turut menitipkan doa semoga isterinya itu diberikan keberkatan hidup serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.

“Selamat ulang tahun yang ke-50. Semoga Allah kurniakan keberkatan, kesihatan, kesabaran, ketaatan, dimurahkan rezeki, diikhlaskan hati dalam pergaulan juga ketika beribadat dan semoga dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat hingga ke jannah.

“Happy birthday sayang, isteriku dunia akhirat,” kongsinya lagi.

“Mungkin Aku Hebat Mencurahkan Perasaan Hati, Namun…,” – Akui Tak Pandai Ucap Kata Cinta, Ucapan Datuk Jalaluddin Hassan Sempena Birthday Isteri Bikin Ramai Cair

IKLAN

“Mungkin Aku Hebat Mencurahkan Perasaan Hati, Namun…,” – Akui Tak Pandai Ucap Kata Cinta, Ucapan Datuk Jalaluddin Hassan Sempena Birthday Isteri Bikin Ramai CairMelihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh setelah membaca perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga perkahwinan Jalaluddin dan isterinya akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Memang jatuh cinta dengan lakunan Datuk. Sangat romantic. Selamat ulang tahun untuk isteri Datuk.

“Happy birthday untuk wife Datuk. Semoga kalian berdua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

“Wow, bersemutlah. Happy birthday buat isteri Datuk.

IKLAN

“Happy Birthday Auntie Yong. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Mungkin Aku Hebat Mencurahkan Perasaan Hati, Namun…,” – Akui Tak Pandai Ucap Kata Cinta, Ucapan Datuk Jalaluddin Hassan Sempena Birthday Isteri Bikin Ramai Cair

Sekadar informasi, Jalaluddin dan iserinya, Rapidah Abd Ghani telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 12 November 2017.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Datuk Jalaluddin Hassan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI