Setelah hampir seminggu mendiamkan diri, penyanyi, Sissy Iman menafikan dirinya tersinggung dengan komen pedas yang diberikan oleh juri, Mas Idayu terhadap persembahannya minggu lalu di program realiti, Famili Duo.
Menurut Sissy, dia sebenarnya amat kecewa dengan dirinya sendiri kerana gagal memberikan persembahan terbaik sewaktu membawakan lagu Jampi bersama gandingannya yang juga merupakan selebriti versatil, Naim Daniel.
“Saya tidak menyimpan perasaan marah pun pada Mas Idayu. Sejujurnya, kalau saya bercerita mengenai apa yang telah berlaku sepanjang minggu lepas, rasanya tak elok untuk kesihatan mental saya.
“Mungkin saya boleh bercerita sedikit mengapa saya menangis pada minggu lepas. Saya terlalu terbawa-bawa perasaan. Bila persembahan tersebut tidak menjadi, saya rasa itu salah saya.
“Masa persembahan minggu lepas pun, saya dapat rasakan Naim telah buat yang terbaik. Saya kecewa terhadap diri sendiri. Itu sahaja sebabnya. Tiada masalah pun diantara saya dan mummy Mas Idayu,” katanya kepada MH.
Ads
Pada masa sama, penyanyi lagu Mungkin Kamu ini juga memaklumkan dirinya amat menghormati Mas Idayu sebagai individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang muzik.
“Kalau ikutkan keadaan sebelum ini, sebagai rakan industri, hubungan kami memang baik. Saya ada mengacarakan sebuah program realiti nyanyian di Sarawak dan saya kerap berjumpa mummy di airport. Kami sentiasa berborak kalau berjumpa.
“Saya mengenali Mas Idayu sebagai seorang yang berhati mulia. Dia memang orang yang baik. Mungkin karaktornya sedikit berbeza mengikut keadaan.
“Saya sangat menghormati Mas Idayu lebih-lebih lagi dengan pengalaman dan ilmu yang dia miliki. Bukan calang-calang orangnya. Saya pun tak boleh nyanyi dangdut sebagus dia.
“Tidak timbul isu sama ada hubungan kami baik atau tidak. Hubungan kami memang baik. Saya cuma kecewa terhadap diri sendiri,” ujarnya lagi.
Ads
Pada malam tadi, Naim dan Sissy telah mempersembahkan lagu Pening nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dan Ezlynn.
Setelah selesai membuat persembahan, Mas Idayu dilihat hanya berdiam diri dan menyerahkan tugasan penjurian kepada Ajai.
Ketika ditanya mengapa mereka tidak merayu untuk mendengar komen daripada Mas Idayu seperti yang dilakukan oleh peserta-peserta lain, ini reaksi yang diberikan oleh Naim;
Ads
“Kami datang dengan hati yang terbuka dan saya harap semua orang begitu. Kami tidak mahu ganggu tugas juri kerana tugas kami hanya buat persembahan di atas pentas. Itu tanggungjawab kami sebagai penghibur.
“Kami sudah lalukan yang sehabis baik. Penerimaan tersebut terpulang kepada para peminat, keluarga, media dan pihak juri sendiri. Sebolehnya kami tidak mahu sentuh isu ini kerana kami bukan juri. Ini adalah luar dari kepakaran kami,” katanya.
Naim dan Sissy ditemui media selepas selesai konsert separuh akhir Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.
Terdahulu, duo ini mencipta kejutan apabila turut layak ke konsert akhir bersama tiga lagi peserta duo iaitu Ayda Jebay dan Fyna Jebat, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah serta Wani Kayrie dan Bella Astillah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Sissy Imann
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kakak kepada pelakon popular Emma Maembong iaitu Beby Maembong sinonim dengan sosok tubuh yang ideal dan langsing.
Mana tidaknya, ibu kepada empat orang anak itu tampil berkeyakinan tinggi dengan menggayakan fesyen rambut berwarna merah dan tampak ranggi.
“Bomba kerengga . Hahaha Bawak anak g birthday party kt balai bomba pandan indah… Budak2 dgn mak budak sekali excited nak naik fire truck..pastu jakun tgok dekat2 haha…
“After naik fire truck rania habis basah kuyup kena simbah air .. Mummy xboleh kena simbah air, kang takut bertukar jadi ikan..
“Well… I xde niat nak tarik perhatian sesiapa pun.. Paling penting perhatian shuben i dan keyakinan diri i sebagai seorang mak yg dah ada anak 4 org.
Pernah digelar Mermaid Malaysia, Beby turut mendedahkan berat badannya ketika mengandung.
“Bila org tgok body lentik mak dara ni berjalan, org xpercaya yg i dah dah pernah kembang kecut mengandung dan pernah kembang sampai 86kg..
“And ada yg iols dengar membawang berbisik2, “ohhh ni la dia mermaid tu, dia byk buat operation tu utk kurus, sedut lemak and potong rusuk tu,” tulis Beby.
Lalu,netizen turut mengagumi ibu kepada empat orang anak ini yang memiliki fizikal bak anak dara.
Foto : IG Beby Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Armada Band bakal mengadakan konsert eksklusifnya, Armada First Encounter pada 29 Oktober depan di Zepp KL, Kuala Lumpur.
Projek khas ini dibawakan oleh Hitch Marketing Group dengan kerjasama SK One Ventures Sdn Bhd.
Penganjur konsert berkenaan, Kamalzaini dari SK One Ventures berkata, kehadiran Armada Band di negara ini sekaligus akan mengubat kerinduan peminat mereka.
“Armada Band ialah salah satu band Indonesia yang cukup popular dan ini adalah kali pertama mereka bakal beraksi di Kuala Lumpur selepas konsert sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum 2018.
“Mereka akan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka antaranya Asal Kau Bahagia, Harusnya Aku, Penantian dan banyak lagi pada malam penuh bermakna itu.
“Selain itu, lagu-lagu mereka juga turut mencipta fenomena tersendiri di plarform media sosial seperti TikTok dan Instagram.
“Justeru, pihak kami memilih untuk menjayakan konsert ini di Kuala Lumpur sekaligus mengubat kerinduan peminat dan penggemar mereka di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, vokalis Armada Band, Rizal teruja dan tidak sabar untuk beraksi sekaligus menjanjikan persembahan terbaik.
“Ini bukanlah kali pertama kami hadir ke Malaysia. Namun, kehadiran kami sebelum ini adalah lebih kepada menjayakan rangka promosi untuk lagu dan album. Kali terakhir kami ke Malaysia adalah pada 2018.
“Untuk konsert pertama kami di Malaysia ini, tentunya kami rasa teruja. Pada masa sama, ada juga rasa gemuruh memandangkan, sekarang adalah musim kebanjiran konsert di Malaysia, yang mana sedikit sebanyak memberi tekanan buat kami untuk membuat persembahan.
“Jadi, konsert ini harus berbeza dan memberi impak kepada penonton yang hadir,” katanya yang bakal mempersembahkan 15 lagu di samping membawa kejutan istimewa buat peminat.
“Kami akan tampilkan penyanyi jemputan yang akan turut sama menyertai kami kami membuat persembahan. Namun, itu biarlah kami simpan dahulu sebagai kejutan dan akan diumumkan kelak,” katanya lagi.
Peminat boleh medapatkan tiket secara dalam talian di ticket2u.com.my bermula RM249 (early bird). Lain-lain harga mengikut zon boleh dirujuk menerusi laman yang tertera.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hubungan antara pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, difahamkan pernah melalui detik tegang apabila Ariz mendakwa, dia pernah menerima perintah injunksi pada Disember...