Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan memohon jasa baik semua pihak untuk memanjatkan doa buat neneknya yang kini sedang tenat di hospital.

Menurut Serina yang juga merupakan anak kepada kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, neneknya itu kini perlu dipantau dengan lebih rapi selepas penyakit kansernya dilaporkan semakin merebak.

“Assalamualaikum semua minta jasa baik bantu Nenek Serina Cik Ani Sayang, hadiahkan Al Fatihah dan Yasin untuk nenek mudahkan urusan dia sedang tenat di Hospital. Kanser tahap empat dah merebak.

“Moga Allah mudahkan urusan dan perjalanan nenek ku,” kongsinya di Instagram.

Pada masa sama, Serina turut berharap agar dia sekeluarga diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.

“Beri kekuatan buat papa @_chefwan58 dan seluruh keluarga kami yang dalam kesedihan.

IKLAN

“We love you so much Nenek. Moga Allah ampunkan dosa dosa nenek dan terima segala amalan ibadah nenek. Insan yang cukup kuat semangat dan sentiasa ceria.

“Moga di angkat segala kesakitan dan diberi ketenangan. Al Fatihah Hajah Noraini Binti Abdullah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Instagram, Chef Wan memaklumkan dirinya sangat takut untuk melelapkan mata pada waktu malam kerana bimbang ibunya akan pergi ketika dia tidur.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Sepanjang malam saya tak dapat tidur kerana mahu sentiasa memantau situasi ibu lebih-lebih lagi selepas pernafasannya agak perlahan sejak semalam.

“Saya sangat takut untuk tidur jikalau dia pergi meninggalkan saya dalam senyap ketika dia tidur. Ketakutan itu sentiasa ada.

“Bila saya sedih, saya bercakap dengan ibu atau bacakan surah Yassin. Paling tidak, saya akan pasang video bacaan surah di sebelah telinganya agar dia tenang. Alhamdulillah dia sangat tenang,” katanya.

IKLAN

Tambah Chef Wan lagi, ibunya itu juga boleh koma pada bila-bila masa disebabkan keadaannya yang semakin lemah.

“Doktor yang merawat ibu ada singgah sebenar tadi untuk berjumpa saya selepas keputusan darah keluar. Katanya, dengan keadaan ibu sekarang ini, dia boleh koma pada bila-bila masa. Masa untuknya sangat suntuk.

“Mereka akan letakkan beberapa alatan keperluan untuk memantau paras nadi dan oksigen. Sekiranya diberikan kebenaran, saya tidak mahu ibu ditempatkan di ICU. Saya mahu dia di sini dengan tenang. Bila sampai waktunya, kita akan tahu,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Serina Redzuawan & Chef Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI