Tahniah diucapkan kepada stesen radio Suria FM yang kini dalam misi untuk tersenarai dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai stesen radio pertama yang bersiaran secara langsung di atas kapal pelayaran mewah Genting Dream.
Mereka ke udara pada Selasa menerusi segmen Morning Morning Suria yang dikendalikan oleh trio penyampai Ajak, Suraya dan Shuib yang turut bersiaran secara langsung di plaftrom Facebook dan YouTube rasmi mereka.
Pengurus Besar Suria, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, 47, berkata, siaran ini diadakan bukan sekadar sempena sambutan ulang tahun ke-15 tahun ini, malah meraikan kejayaan stesen itu yang melonjak sebagai tiga kelompok radio popular Malaysia tahun 2022.
“Alhamdulillah ini adalah pembukaan tahun 2023 yang sangat bermakna bagi kami dalam memastikan momentum stesen ini terus berada dekat di hati peminat.
“Sebenarnya saya secara peribadi memang berhasrat untuk melakar sejarah dalam MBOR sejak menjawat jawatan pengurus besar pada 2018. Syukur akhirnya tahun ini tercapai berkat sokongan warga kerja kami.
Ads
“Lebih bermakna siaran ini bakal mendapat pengiktirafan MBOR. Saya melihat kerja keras kami berhasil dan ia menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya di masa akan datang,” katanya.
Tambah DJ Lin lagi dia bersama pasukan pengurusan telah merancang pelbagai program menarik sepanjang 2023 bagi memastikan misi mereka menjadi stesen radio popular tercapai.
Ads
Dalam masa sama mereka juga amat prihatin dan sentiasa ambil maklum akan kehendak pendengar agar kekal relevan.
“Antara program telah dirancang termasuk Siri Jelajah Suria yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Kami juga akan meneruskan beberapa lagi sesi turun padang bersemuka dengan peminat.
Ads
“Antara aktiviti yang telah diatur adalah Morning Morning Suria Belanja Makan termasuk projek istimewa sempena Ramadan dan Syawal yang pernah diadakan sebelum ini,” katanya yang optimis untuk sentiasa diperbaharui termasuk menambah baik segmen sedia ada.
Pada siaran pagi itu team Morning Morning Suria membawa tema Suria FM Membelah Samudera.
Tiga artis jemputan yang turut sama pada sesi berkenaan ialah Siti Nordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee selain lima pemenang bertuah menerusi Peraduan Raikan Ulang tahun Suria 15 Tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak senior, Zainal Ariffin Abd. Hamid atau lebih sinonim dengan panggilan Zaibo dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 1.30 petang di kediamannya di Rengit, Johor.
Memetik laporan Mstar online, berita sedih itu telah disahkan sendiri oleh isterinya, Siti Hawa Sawal.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.
Allahyarham dilaporkan tidak mengetahui dirinya diserang penyakit kanser esofagus tahap empat sehinggalah Ramadhan yang lalu apabila dia mengalami masalah untuk menelan makanan.
Selepas mendapat rawatan daripada pihak hospital, doktor memaklumkan dia menghidap kanser dan akhirnya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres Rita Rudaini meluahkan pendapatnya susulan situasi pencegahan dan peningkatan jangkitan Covid-19 di negara ini.
Berkongsikan persepsinya itu menerusi Insta Stories pada Khamis, Rita turut meluahkan pendirian agar tidak ulangi kesilapan sama.
Malah menerusi status seterusnya, ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu turut bersyukur kerana belum mengalami demam meskipun telah berkali-kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Alhamdulillah, sejak ‘penyakit’ melanda, sampai PKP 2,3 kali dan sampai sekarang ini, saya tak pernah lagi demam. Syukur, alhamdulillah.
“Nak tahu saya amalkan apa? Scroll lah IG saya zaman-zaman Covid-19 dulu. Ala zaman-zaman satu Malaysia kecam saya tu. Alhamdulillah dengan izin Allah,” tulisnya.
Sebelum ini, Rita Rudaini antara aktres yang pernah dikecam teruk dalam kalangan netizen apabila berpegang teguh dengan prinsipnya menentang pengambilan suntikan vaksin Covid-19.
Terdahulu, kes jangkitan Covid-19 kembali menunjukkan meningkat seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati Rizki mengakui berat badannya kini naik secara mendadak sejak berbadan dua.
Menurut Anim, ini merupakan cabaran yang harus dilaluinya sebagai seorang personaliti televisyen yang harus meneruskan tanggungjawab meskipun sedang hamil.
“Ramai yang dah hampir tak kenal dengan saya. Kena tegur dekat-dekat baru perasan.
“Boot pun dah kena paksa masuk, nak cari baju untuk on air punya lah susah. Sebab badan naik mendadak.
“Ni lah cabaran bekerja time pregnant,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan pengacara program, Malaysia Hari Ini itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Anim lagi, dia tidak kisah mengenai perubahan drastik bentuk badannya itu asalkan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Malah, dia turut bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk bekerja meski kandungannya sudah memasuki trimester ketiga.
“Tapi Im a happy mom-to-be. Sentiasa syukur sebab baby sihat dan semoga terus sihat sampai keluar nanti ok sayang.
“Gemuk ke tak cantik ke semua tu mommy can handle, mommy masih bekerja masa pregnant ni pun dah bersyukur sangat-sangat,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan terkini Anim selain turut mendoakan agar segala urusan ketika melahirkan nanti dipermudahkan.
Terdahulu, Anim telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Fadli Sahudin pada tanggal 28 Disember 2019.
Sumber: Instagram Anim Ezati Rizki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.