Pelakon senior dan usahawan, Datuk Seri Shah Rezza beberapa jam lalu ada memuat naik sekeping fotonya di pusara Wan Hassan Ibrahim.
Allahyarham merupakan bekas pemain bola sepak negara sekitar 70-an dan pernah mendapat jolokan ‘Soh Chin Aun Kelantan’ pada zaman kegemilangannya.
Menerusi ruangan kapsyen, bintang tersebut ada menitipkan dedikasi dan sedekahkan al-Fatihah atas pemergian Allahyarham.
“Al Fatihah buat seorang Yang pernah menjadi Abang kepada Saya walaupun berlainan Ibubapa… Semuga Wan Hassan Ibrahim Bekas Pemain Bolasepak Negara 70’s Yang pernah digelar ‘Soh Chin Aun Kelantan’ tenang disana…,” tulisnya.
Menanti detik bagi kelahiran cahaya mata kedua, Syatilla Melvin dan suami, Shaheizy Sam telah meraikan baby shower berkonsepkan taman.
Bertemakan warna pink lembut, majlis yang diadakan di Taman Botani Perdana, Kuala lumpur itu disambut meriah dengan pelbagai jenis hidangan dan dessert.
Momen indah itu dikongsikan pelakon Selafaz Cinta itu di Instagram dengan menggunakan hashtag #samsyatillababyshower.
Dalam pada itu, Syatilla turut berdoa agar keadaan cuaca adalah baik bagi melangsungkan majlis supaya berjalan lancar.
“Alhamdulillah dan terima kasih utk semua yg mai baby shower tilla n sam semalam. nasib baik laa x hujan ya allah oi.. duk bedoa dalam hati xputuih2 semalam♥ #samsyatillababyshower,” tulisnya.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.