Penyanyi yang bakal muncul menerusi single Mencuba, Sufian Suhaimi berjaya membuatkan netizen terhibur apabila bintang berusia 27 tahun ini tampil sahut cabaran radio Era apabila dia perlu menghubungi kembali bekas teman wanita dengan hanya mengucapkan ‘sorry’ sahaja.
Lalu, penyanyi berkenaan dilihat berjaya sahut cabaran yang diberikan meski pada awalnya dia kelihatan sedikit gelabah dan gementar apabila perlu menghubungi bekas teman wanitanya.
Gelagat Sufian nyata meninggalkan reaksi pelbagai menerusi komen yang ditinggalkan netizen menerusi saluran YouTube Era.
Ads
Ads
Ads
Bagaimanapun, identiti bekas teman wanita Sufian tidak pula didedahkan.
Pelakon Zain Saidin telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Zain telah berkongsi gambar ketika dia bersama pelakon Zizan Razak.
Di samping itu, suami kepada pelakon Rozita Che Wan itu telah memuji Zizan yang bersikap baik hati.
“My manggg @zizanrazak869 or as I call him Jan.. perangai macam haram tapi hati suci macam kedai dobi hahaha tak expect kan tulis macam tu hahaha.. inspired by @zizanrazak869 the great the one and only”tulisnya.
Tidak seperti sesetengah ibu bapa lain yang terus berkongsi wajah sebaik sahaja lahir ke dunia, pasangan selebriti Shakilla Khoriri dan Fizi Ali pula ada cara tersendiri.
Menurut Shakilla, dia akan mendedahkan wajah puteri sulungnya, Ameena Sofia apabila genap 30 hari (14 April depan).
“Dalam rasa berkurun dan berjanggut rasa nak habiskan 30 hari, Pejam celik dah nak dekat 30 hari dah.
“Insyallah perjanjian 30 hari selepas Ameena dilahirkan baru Umi & Daddy akan reveal and post gambar Ameena sejenis proper.
“Penat lah nak jawab makcik pakcik yang sibuk mengata Umi.
“Tak..Tak hebat pun anak saya ni untuk disorokkan muka sebelum umur 30 hari. Umi & Daddy ada alasan sendiri KENAPA.
“Umi & Daddy pun excited and tak sabar nak share every moments Ameena. dan sebab tu jugak wujud account Ameena Sofia ni sebab selain Umi & Daddy kalau rindu2 boleh tengok Video and gambar kat sini , boleh jugak Umi & daddy share banyak perkara dengan Mommy & Daddy kat luar tu.,” tulisnya.
Penceramah yang juga peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin telah selamat menimang cahaya mata ketiga sekitar jam 5.00 pagi tadi.
Menerusi entri di Instagram, Amin berkongsi berita gembira itu kepada pengikutnya beserta gambar bersama bayi yang baru dilahirkan, sejam lalu.
“Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini..
“Pagi tadi saya sampai rumah jam 1 pagi, kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut, jam 4 pagi di Hospital. Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi..
“Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi.. Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.
“Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan.. Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung.
“Bagi kawan kawan yang dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat anda semua . Percayalah pasti ada. Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar,” tulisnya panjang lebar.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan keunggulan dan pengaruhnya dalam industri muzik apabila dua konsert mega, Legacy 30 dan Konsert Tradisional Gema Bumantara berjaya melakar sejarah tersendiri menerusi pengiktirafan ASEAN Record dan Asia Record.