
Memuat naik pesanan khas buat peminat, Zizan Razak berkongsi klip rakaman berupa amaran buat para peminat.
Ulasnya semenjak tampil tanpa misai, orang ramai sering menyangka dia adalah aktor sasa, Aaron Aziz.
“So semenjak saya tak ada misai ni, ramai yang tegur saya. Halo Aaron Aziz. Saya tumbuk muka dia orang yang tegur saya macam tu.
“Saya bukan Aaron Aziz okay. Saya Aziz M. Osman.
“Kata kata amaran buat peminat Zizan. So jangan ambil mudah ya. Jangan buat main main.”
Menerusi ruangan komen, netizen berterusan memanggilnya sebagai Aaron Aziz seolah-olah mengiyakan ‘tuduhan’ tersebut.
Aduh Zizan, seriau MH tadi bila melihat kapsyen mengundang yang dikongsi.
Foto – Instagram Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Ada Majlis Meraikan Frontliners…,”- Mahu Hargai Jasa Petugas Barisan Hadapan, Pak Nil Sukarela Nak Jadi Pengacara FOC

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa gembira apabila kejayaan yang ditunjukkan para petugas barisan hadapan (frontliners) menjadi ‘wira’ negara berdepan menangani wabak pandemik, COVID-19.
Aznil atau mesra disapa Pak Nil turut berkongsi sepotong video para petugas dalam sektor kesihatan bersorak kegembiraan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu.
“Takpelah bagi lah mereka melepas perasaan gembira setelah PKPP diumumkan. Kami rasa kamu semua berhak atas kejayaan setakat ini!,” tulisnya.
Malah, Pak Nil turut menawarkan untuk mengacara secara percuma sekiranya terdapat majlis meraikan wira barisan hadapan itu.
“Kalau ada majlis meraikan semua Wira2 Frontliners ni, #paknil volunteer jadi Pengacara Majlis FOC!!! Tahniah Malaysia!”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on
Lalu, perkongsian itu mendapat reaksi positif orang ramai.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP yang akan mula dilaksanakan bermula Ahad (10 Jun 2020).
Pelaksanaan PKPP akan lebih banyak memberi kelonggaran dan kemudahan kepada orang ramai dan mereka yang menjalankan perniagaan.
Foto : Instagram Aznil Hj Nawawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ambil Maklum Mengenai Tularnya Isu Isteri Saya…,” – Dr. Izzar Buat Penjelasan, Moga Ramai Tak Keliru

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari tampil menjelaskan isu penglibatan isterinya di dalam Muafakat Nasional seperti yang telah diumumkan oleh presidennya, Tan Sri Annuar Musa, semalam.
Menurut Izzar, dia berharap agar orang ramai tidak terkeliru kerana Muafakat Nasional yang ditubuhkan oleh Tan Sri Annuar Musa merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya gerakan politik.
“Saya mengambil maklum mengenai tularnya isu isteri saya menyertai Muafakat Nasional (MN), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai salah seorang ahli.
“Pertubuhan Muafakat Nasional ini bukannya sebuah parti politik dan juga tidak merujuk kepada pakatan parti UMNO dan PAS yang dibentuk pada tahun 2019,” tulisnya.
Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mat itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga menyokong dasar-dasar yang telah dibuat oleh pertubuhan ini yang dikatakan mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.
“Setelah saya amati, pertubuhan MN ini bepegang kepada matlamat-matlamat yang mampu memberi kebaikan kepada masyarakat,” kongsinya.
Tegasnya lagi, dia bakal menjadi orang pertama yang menghalang isterinya sekiranya pertubuhan ini lari daripada landasan yang sepatutnya.
“Isteri saya sedar dan amat menekankan bahawa sebagai seorang pempengaruh, beliau perlu bersikap neutral dan tidak menggunakan platform beliau untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti yang berunsurkan politik secara terang-terangan.
“Jika tidak, saya akan menjadi orang pertama yang akan menghalang beliau. Semoga sebarang kekeliruan dapat dielakkan.
“Selamat maju jaya kepada pertubuhan Muafakat Nasional,” ujarnya lagi.
Semalam, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin merupakan antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional.
Selain Ummi, antara selebriti yang turut diberikan jawatan yang sama termasuklah penyanyi pop lagenda Datuk Jamal Abdillah dan pelakon Datuk Eizlan Yusof.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Izzar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Meniti Usia 40-an, Lufya Omar Dedah Rahsia Dirinya Kekal..

Isi Kandungan
ToggleRamai yang inginkan kulit yang cantik untuk tampil lebih confident di khalayak ramai. Tentu sekali kita tidak mahu jika ada sesetengah orang yang gemar memberi komen tentang penjagaan kulit jika mereka lihat terdapat bekas jerawat dan cela yang begitu jelas.
Pelakon dan juga penyanyi, Lufya Omar, mendedahkan rahsia kejelitaannya bersama MH! Hanya menggunakan tomato sahaja cukup membantu dalam rutin kecantikannya.
Sebiji Tomato Mampu Serlahkan Kejelitaan!
Menurut Lufya ketika di temubual, dia sudah pun mencuba satu tip kecantikan yang digemarinya baru-baru ini. Katanya, hanya perlukan sebiji tomato sahaja boleh buatkan muka glowing dan segar dari sebelumnya!
Apa yang anda perlu adalah sebiji buah tomato yang di potong empat. Bekukan di dalam peti seju untuk ‘keraskan’ sedikit teksturnya sebelum mula pakai di muka.
Setelah tomato menjadi beku, gunakan satu potongan sahaja sebagai ‘scrub’ di muka dan biarkan dalam beberapa minit. Anda akan lihat efek di muka tampak lebih ‘glowing’ dan ‘fresh’. Lufya juga berkata dia hanya menggunakan satu potongan untuk satu hari, bermaksud 4 potongan tomato bersamaan 4 hari!
10 Tip Guna Tomato Untuk Cantik!
Teknik ini juga pernah dikongsikan oleh Nornafisah Zamry, wanita ini juga senaraikan 10 lagi tip yang menarik yanb boleh anda gunakan hanya menggunakan tomato! Antaranya:
1. Rawat Jerawat
Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.
Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
2. Pudarkan Bintik Hitam Di Muka
Tomato juga membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
3. Kecilkan Liang Pori Kulit Wajah
Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini membantu untuk mengecilkan liang pori kulit wajah.
4. Atasi Kulit Kering
Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.
5. Rawat Ton Kulit Tidak Sekata
Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.
6. Singkirkan Lemak Degil
Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi kerana ia membantu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan.
Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia membuatkan anda berasa kenyang.
7. Kulit Badan Yang Mulus
Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.
8. Rawat Rambut Kering Dan Bercabang
Lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.
9. Kelemumur
Lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.
10. Rawat Lingkaran Hitam Bawah Mata
lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli pada mata. Ia mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Lufya Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI