Pelakon dan penyanyi terkenal, Daiyan Trisha, ada memuat naik satu hantaran di aplikasi X bagi mengingatkan orang ramai tentang kesan fitnah terhadap hidup seseorang.

Menurut Daiyan, sekiranya kita tidak tahu mengenai sesuatu perkara, jangan pula kita membuat andaian sendiri.

Muat Naik Posting Tentang Fitnah, Nama Daiyan Trisha Kena Petik Fasal Kes Apa?

“Berhati-hatilah dalam berkata,
kerana mulut badan binasa. Langsung bicara terus menuduh, fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh,” tulisnya.

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai hantarannya itu, namun, netizen beranggapan ia mempunyai kaitan selepas tular desas-desus mengenai kisah seorang artis wanita terkenal kini dalam siasatan pihak Bank Negara selepas disyaki terlibat jenayah cuci duit haram.

Muat Naik Posting Tentang Fitnah, Nama Daiyan Trisha Kena Petik Fasal Kes Apa? Muat Naik Posting Tentang Fitnah, Nama Daiyan Trisha Kena Petik Fasal Kes Apa?

IKLAN

Malah, nama Daiyan juga dipetik dan didakwa sebagai antara selebriti yang turut terkait berhubung kes tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberika kata-kata sengat selain turut menasihati Daiyan untuk mengabaikan komen-komen negatif.

“Kesian la awak. Kalau berita pasal artis buat hal, selalu kena petik nama.

IKLAN

“Semoga kita semua dijauhi fitnah dunia.

“Apa yang lebih menyedihkan, kekadang fans yang terlebih sudu dari kuah. Bukan sahaja yang sebar fitnah, yang terima bulat-bulat dan percaya tanpa usul periksa fakta sebenar fitnah tersebut lagi lah mengecewakan.

“Mereka hanya pandai berbicara, tanpa usul periksa diluncurkan kata yang masih tiada kepastian. Hmm, janganlah kacau Daiyan kita.

IKLAN

“Tak fasal-fasal nama kena petik,” antara komen-komen netizen.

Muat Naik Posting Tentang Fitnah, Nama Daiyan Trisha Kena Petik Fasal Kes Apa?

Bagaimanapun, sehingga kini, MH difahamkan masih belum ada laporan atau siasatan rasmi yang telah dibuat oleh pihak berwajib berhubung dakwaan tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Video: Instagram & Twitter Daiyan Trisha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI