Maestro muzik, Datuk Ramli MS memperbetulkan ‘salah sangka’ yang dinyatakan oleh penyanyi popular, Aina Abdul susulan kenyataan mengenai penyanyi yang perlu mempunyai album.

Ramli berkata, sebab utama dia memberikan pandang tentang keperluan tersebut disebabkan untuk ‘survival’ seseorang penyanyi dalam industri muzik pada masa depan.

“Apabila saya mengatakan penyanyi perlu ada album, apa yang saya maksudkan adalah modul penghasilan single sebenarnya adalah satu modul yang tidak boleh digunapakai.

“Sebagai contoh, apabila penyanyi merakamkan album, ia sekali gus memberi jaminan kepada dirinya untuk tempoh mungkin 40 tahun akan datang.

“Misalnya jika penyanyi rakam satu single setahun, dia mungkin perlu ambil masa 15 tahun untuk dapatkan 15 lagu. Sebaliknya jika buat album, dia mungkin rakam 13 hingga 14 lagu untuk satu album dan memerlukan sekitar lima tahun untuk dapat 60 lagu.

IKLAN

“Dalam 60 lagu itu, mesti ada sekitar 15 lagu yang hits. Jadi 15 lagu ini yang akan menjamin kerjaya kamu pada masa akan datang.

“Tengok Shila Majid, Jamal Abdillah dan Ella, mereka sudah tidak merakamkan album sekarang… sebab mereka dah buat benda ni (rakam album) 30 tahun lepas. Dan apabila anda ada 15 buah lagu, konsert anda tidak akan pernah gagal,” katanya.

IKLAN

Ramli pada masa sama turut berpesan kepada pernyanyi lagu Sepi itu supaya belajar serba sedikit tentang bisnes muzik, selain cuba kalis diri dengan kritikan tidak baik yang dikomen ‘haters’.

Juri tetap program Gegar Vaganza ini juga meminta Aina untuk sentiasa percaya diri sekaligus tidak mendengar kata momokan yang mungkin keluar daripada bayang-bayang sendiri.

IKLAN

“Bayang-bayang… jangan dengar. Sebab diri dia mungkin keliru, bayang-bayang dia mengatakan ‘kau gelakkan aku’. Tapi bayang-bayang tu milik dia. Perlu tegas, dan ingat yang dia ‘bayar bil’ dan mencari rezeki.

“Aina listen, haters tak akan positifkan kamu. Kamu buat baik atau tidak, mereka akan sentiasa negatif.

“Tak perlu ikut haters haters tu. Mereka ini semua takkan suka kau Aina, kau buatlah baik, kau dermalah kepada Palestin… itu pun mereka cakap nak menunjuk. Padahal kau ikhlas… thats haters. Benda ni kena kawal,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI