Satu hantaran terkini di Instagram pelakon, Datuk Aaron Aziz mencuri perhatian wargamaya apabila bertanya mengenai seutas jam jam tangan yang dipakai Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Aaron menerusi ruangan kapsyen meminta bantuan pengikutnya untuk mengenal pasti jenama jam tangan berkenaan kerana ia kelihatan bergaya.
“Abang nak tanya sikit. Siapa tahu ini jam apa Perdana Menteri pakai? Korang kan tahu kurta abang camo, bag abang camo sampai isteri punya tudung pun camo.
“Tengah menahan sakit di hospital tiba-tiba nampak jam Datuk Seri Ismail Sabri pakai smart pula kan?,” tulisnya.
Malah, beberapa tanda pagar (hashtag) lucu turut dikongsikan pelakon drama Patah Sayap Bertongkat Paruh ini.
Meninjau ke ruangan komen, peminat ada meninggalkan pendapat masing-masing, dan rata-rata mereka meneka jam yang digayakan itu ialah keluaran jenama G-Shock berdasarkan rekaannya.
“Submarine Watch Abang Aaron. Ada tiga warna. Airforce, army dan navy. Yang PM pakai tu airforce punya. Saya pun pakai macam PM tu.”
Ads
“I was wondering the same because really love it!.”
“G-Shock Camouflage Green tak silap. By the way, get well soon Aaron. Happy Independent Day.”
Selain itu, ada juga yang turut mendoakan semoga Aaron segera sembuh selepas berkongsi sekeping foto keberadaannya di sebuah hospital menerusi platfrom sama pada Isnin.
Pengacara dan model, Ain Edruce meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 bersama suami serta anak sulung mereka, Soraya.
Sambil menzahirkan rasa syukur, pemilik nama lengkap Nurul Ain Edruce ini turut menyifatkan kehadiran Soraya merupakan hadiah terbaik sepanjang sambutan ulang tahun kelahirannya.
“Alamak, 30 dah lah. Hehehe. Thank you Allah for everything. Tahun lepas Amirul je, tahun ni ada Soraya. Best birthday ever,” tulis Ain menerusi Instagram.
Dia pada masa sama berkongsi foto sambutan hari jadi yang turut diraikan oleh adik perempuannya, Edila Edruce.
Paling comel, Soraya dilihat sedang tidur sambil dipangku Ain sewaktu ketika sambutan.
Posting berkenaan turut menarik perhatian ramai dan rata-ratanya juga telah menitipkan ucapan selamat hari lahir dan mendoakan yang terbaik buatnya seisi keluarga.
Untuk rekod, Ain dan suaminya, Amirul bernikah pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan mengikat pertunangan.
Ain selamat melahirkan anak pertama mereka pada 19 Mei lalu selepas lebih 25 jam bertarung di dalam bilik pembedahan.
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias memfailkan saman ke atas penyanyi Lan Solo, Syura serta tiga individu atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.
Memetik Bernama, Siti Nordiana atau turut disapa Nana, 37, memfailkan saman berkenaan menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu dan menamakan Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim, 36, Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek Razidah Ahmad Senusi, 42, sebagai defendan.
Pernyataan tuntutan Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai lepas kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Siti Nordiana mendakwa kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.
“Siaran langsung berdurasi lebih kurang satu jam 28 minit itu telah ditonton oleh para pengikut defendan-defendan dan orang ramai yang mengikutinya,” menurut plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.
Pada masa sama, Nana yang juga Juara Gegar Vaganza musim kedua itu mendakwa, kelima-lima defendan telah memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing namun ia tular serta telah dimuat naik semula ke akaun YouTube dan masih boleh ditonton oleh orang ramai.
Siti Nordiana mendakwa jumlah tontonan untuk siaran langsung yang dimuat naik ke akaun YouTube dijangka bertambah dan reputasi beliau telah dirosakkan secara serius dalam kalangan orang ramai serta penaja yang mengambil serta melantiknya sebagai model dan duta produk.
Plaintif mendakwa sebelum memulakan tindakan saman itu, beliau melalui peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan bertarikh 26 Julai lepas melalui serahan tangan dan e-mel kepada kesemua defendan yang menuntut antara lain permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain ganti rugi sebanyak RM200,000 namun mereka gagal berbuat demikian.
Sehubungan itu, Siti Nordiana menuntut kesemua defendan secara berasingan menyiarkan permohonan maaf yang jelas dan tidak bersyarat dalam akhbar, Instagram serta Facebook secara berterusan selama dua bulan atau mana-mana tempoh yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah.
Beliau turut menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Peguam Abang Azlan Abang Ariffin, yang mewakili Siti Nordiana ketika dihubungi Bernama, berkata tuntutan saman itu telah diserahkan secara Akuan Terima dan e-mel kepada kelima-lima defendan hari ini.
“Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 9 Ogos ini secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan,” katanya.
Sementara itu menerusi Kosmo! Online, peguam mewakili lima defendan terbabit, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates mengesahkan pihaknya telah menerima writ saman tersebut daripada pihak plaintif (Siti Nordiana).
“Saya mengesahkan kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam.
“Melalui sesi pada 9 Ogos depan, mahkamah akan meminta peguam-peguam untuk kenal pasti kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,”katanya seperti yang dipetik.
Dalam kenyataan sama, Alan turut memngesahkan Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.
Terdahulu, pelakon drama Dia Semanis Honey itu menuntut lima individu yang dimaksudkan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.
Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.
Sumber, Foto: Bernama & Kosmo! Online, Instagram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.