Penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul atau nama sebenarnya Mohd Fakhrul Rahdi Khamaruddin ada berkongsi berita sedih bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.

Kongsi Fakhrul, terdapat tiga sekeluarga telah meninggal dunia akibat terbabit dalam sebuah kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Alah Batu, Ulu Bernam, Hulu Selangor kira-kira pada pukul 3.30 pagi tadi.

Difahamkan, antara yang maut dalam kebakaran tersebut sepasang suami isteri dan seorang bayi lelaki berusia 1 tahun.

Lantas, penyanyi yang mewakili kumpulan UNI untuk program Muzikal Lawak Superstar itu telah menitipkan salam takziah kepada ahli keluarga.

IKLAN

“InsyaAllah Syahid & Syurga buat keluarga ini..takziah buat seluruh ahli keluarga..moga Allah ampun dan angkat darjat disisiNya. .#Repost @kosmo_online,

“Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga sepasang suami isteri, Mohd. Sharidan Abdul Aziz dan Siti Rafini Mohd. Rafiee serta bayi mereka Rafiq Sharidan berusia setahun yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Alah Batu, Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

IKLAN

“Mayat mereka ditemui rentung di dalam bilik utama rumah tersebut. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada ketiga-tiga mangsa supaya roh mereka tenang di alam sana dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.Amin. #alfatihah #takziah #rumahterbakar#rentung Foto oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR,” tulisnya.

View this post on Instagram

InsyaAllah Syahid & Syurga buat keluarga ini..takziah buat seluruh ahli keluarga..moga Allah ampun dan angkat darjat disisiNya. . . #Repost @kosmo_online ・・・ Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga sepasang suami isteri, Mohd. Sharidan Abdul Aziz dan Siti Rafini Mohd. Rafiee serta bayi mereka Rafiq Sharidan berusia setahun yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Alah Batu, Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor kira-kira pukul 3.30 pagi tadi. Mayat mereka ditemui rentung di dalam bilik utama rumah tersebut. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada ketiga-tiga mangsa supaya roh mereka tenang di alam sana dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin. #alfatihah #takziah #rumahterbakar #rentung Foto oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR

A post shared by Fakhrul UNIC (@fakhrulunic) on

IKLAN

Setiap perkara yang berlaku adalah kuasaNya, semoga roh arwah keluarga ini dicucuri rahmat. Salam takziah.

Terkini, ketiga jenazah terbabit sudah dibawa ke Hospital Slim River, Perak untuk dibedah siasat dan sudah selamat disembahyangkan di Masjid Jamek Slim River.

Foto : Instagram Fakhrul UNIC

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI