Sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 9 Ogos lalu, pelakon Shima Anuar kini dalam proses berpantang.
Dalam pada itu, pelakon filem Highlands Tower ini juga berkongsi tips untuk mendapatkan susu badan yang banyak.
“Sejak ramai yang bertanyakan mengenai banyaknya susu badan. Saya cuma beri susu badan secara direct pada waktu malam.
“Disebelah siang pula, saya akan pam dan letak dalam botol sebab hari itu anak ada jaundice (kuning) dan doktor nasihatkan untuk beri susu badan dengan banyak untuk menurunkan jaundice.
“Anak pula jenis kalau dapat nenen, dia akan rasa lagi selesa dan kemudian terus tidur. Jadi, saya tak tahu anak minum banyak atau sikit.
“Oleh sebab itu, saya letak susu dalam botol dan saya tahu kuantiti dia minum berapa banyak. Setiap dua jam, saya akan bagi 1 auns (oz) dan sekarang ini setiap 2 jam auns (oz),” kongsinya.
Akui Shima lagi, kelahiran anak kedua ini membuatkan susu badannya lebih banyak berbanding dengan anak pertama.
“Malam saya akan bagi secara susu badan direct. Alhamdulillah, anak kedua ini susu lebih banyak berbanding dengan anak pertama, Sophia.
“Sebab ketika itu, saya fikir nantilah kalau nak kurus. Apabila sampai masa nak bersenam, saya akan lakukan.
“Memandangkan saya bersalin secara czer, saya kena tunggu sehingga tiga bulan dan dengar nasihat doktor.
“Saya juga ada kongsi tips untuk dapatkan banyakkan susu. Tetapi ikut juga pada jenis badan individu masing-masing.
“Tak salah kalau kita nak tanya pengalaman seseorang, tapi lebih baik tanya trus tanya dengan doktor,” kongsi Shima menerusi IG TV.
Menerusi perkongsian terbaru penyanyi Nas Adila, bintang ini memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kilogram hari ini pada jam 12.58 pagi.
“Alhamdulillah Allah permudahkan sgt2 kelahiran putra kedua sy & suami @aliff_masta88 .. 6/8/2019. 3.3kg, 12.58am. Terima kasih byk2 atas doa kalian,” kongsinya.
Pelakon dan pengacara, Nabila Huda menitip ucapan hari jadi buat suaminya, Mohd Izwan Johar yang ke-36 sebentar tadi.
Meski lewat memberikan ucapan istimewa, namun Nabila atau mesra disapa Abil bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik, penyanyang dan bertanggungjawab.
Malah, pengacara Muzikal Lawak Superstar ini memuji sikap suaminya yang sanggup menerima kekurangan dirinya.
“Hey sayang, first of all Saya mintak maaf sebab lambat wish your birthday cuz my hectic and chaos schedule sampai Saya Takde masa Nak celebrate and buat apa-apa on your birthday and I feel so bad.
“Dear Mohd izwan. Like I always told you, you’re the sweetest husband and father that I ever had in my life. You’re my guardian angel.
“Tak mungkin ada sesiapa dalam dunia ni boleh Layan kerenah Saya macam awak. Takde siapa boleh Layan bila Saya grumpy or bila saya membebel, you’re the only person yang dengar tanpa berkata sepatah.
“You’re my lifetime listener. Awaklah satu-satu nya manusia Yang boleh handle degil Saya. I don’t know how you do it but you made it” tulisnya.
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi rock popular, Amy Search memuji sikap suaminya yang sabar dengan karenahnya selain sentiasa menyokong karier Nabila sebagai anak seni.
“Bila Saya Nak apa, Sedaya upaya awak akan dapat kan walaupun benda tu susah,walaupun awak tengah buat benda lain awak tinggalkan Untuk saya.
“Tidak pernah skali awak marah atau tinggikan suara dengan Saya. Tidak pernah skali awak sakitkan hati saya.
“Tidak pernah sekali awak paksa Saya berubah. Awak terima kekurangan Saya Dan awak terima saya seadanya.
“Awaklah orang paling penyabar yang pernah Saya jumpa. Awak sentiasa senyum Walaupun apa pun masalah Yang datang.
“You always believe in me. You always there when I need you. Awak sentiasa sokong kerjaya Saya.
Telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2015, Nabila turut meluahkan rasa syukur kerana tidak pernah jemu untuk menyanyangi suaminya itu walau sesaat.
“Awakla nyawa Dan jiwa saya..Mustahil tanpa awak Saya akan sebahagia Ini. Awak lah senyum Dan tawa Saya setiap hari.
“Everyday when I wake up in the morning, Saya rasa bersyukur ada nya awak kat sebelah Saya. I fell in love with you every min every seconds, Everday!
“Perasaan tu sama macam hari pertama masa Saya tengok awak Dan Saya tau awak lah orang Yang akan jadi suami Yang akan didik saya dan seorang ayah Yang penyayang Pada Anak Saya.
“You’re more than anything in this world.No one can replace you..Setiap hari Saya berdoa Pada Allah SWT bagi lebih masa Untuk saya bersama dengan awak dan menikmati kebahagian ni sampai akhir nafas Saya..Happy belated birthday my love,” akhiri Nabila.
Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidi Zailani pada 2008 dan bercerai pada 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila,9 tahun.
Foto : Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar mengakui dirinya turut terkesan dengan berita duka pemergian Almarhumah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali yang telah menghembuskan nafas terakhirnya, kelmarin.