Sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 9 Ogos lalu, pelakon Shima Anuar kini dalam proses berpantang.
Dalam pada itu, pelakon filem Highlands Tower ini juga berkongsi tips untuk mendapatkan susu badan yang banyak.
“Sejak ramai yang bertanyakan mengenai banyaknya susu badan. Saya cuma beri susu badan secara direct pada waktu malam.
“Disebelah siang pula, saya akan pam dan letak dalam botol sebab hari itu anak ada jaundice (kuning) dan doktor nasihatkan untuk beri susu badan dengan banyak untuk menurunkan jaundice.
“Anak pula jenis kalau dapat nenen, dia akan rasa lagi selesa dan kemudian terus tidur. Jadi, saya tak tahu anak minum banyak atau sikit.
“Oleh sebab itu, saya letak susu dalam botol dan saya tahu kuantiti dia minum berapa banyak. Setiap dua jam, saya akan bagi 1 auns (oz) dan sekarang ini setiap 2 jam auns (oz),” kongsinya.
Akui Shima lagi, kelahiran anak kedua ini membuatkan susu badannya lebih banyak berbanding dengan anak pertama.
Ads
“Malam saya akan bagi secara susu badan direct. Alhamdulillah, anak kedua ini susu lebih banyak berbanding dengan anak pertama, Sophia.
“Sebab ketika itu, saya fikir nantilah kalau nak kurus. Apabila sampai masa nak bersenam, saya akan lakukan.
“Memandangkan saya bersalin secara czer, saya kena tunggu sehingga tiga bulan dan dengar nasihat doktor.
“Saya juga ada kongsi tips untuk dapatkan banyakkan susu. Tetapi ikut juga pada jenis badan individu masing-masing.
Ads
“Tak salah kalau kita nak tanya pengalaman seseorang, tapi lebih baik tanya trus tanya dengan doktor,” kongsi Shima menerusi IG TV.
Topik yang cukup hangat untuk diperdebatkan iaitu berpantang selepas bersalin.
Tegas doktor viral yang pernah menjadi hos My Doctors, Dr Say Shazril memaklumkan tiada bukti saintifik mengatakan fungsi badan akan terjejas andai tidak berpantang dengan betul.
Malah ulasnya lagi, sekiranya para ibu hanya berpantang dengan betul selama 44 hari, namun selepas itu berterusan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat, masalah kesihatan tetap akan timbul.
“Topik : Pantang Part 2
“Ingt post kali ni nk bercerita psl mitos2 pemakanan dlm pantang tp memandangkan comments on last post bnyk yg sy rasa sy perlu addresskan maka sy addresskan dlu eh? Juga spt sebelum ni lets keep an open conversation here k peeps, xmo kondem2 k? Nak amalkan bergantung, xnk amalkan tergantung. Masing2 dh besar & boleh buat pilihan sendiri. Sy hny beri fakta mengikut sains & perubatan.
“Satu, ade yg komen kata “badan nak guna lama” kalau xjaga pantang nnt mase umur 30-40an badan akan terjejas. Statement ni tiada basis scientifically. Sy tny balik, sekiranya dlm tempoh 44hari ni anda berpantang ketat2 den masuk hari ke 45 & ke atas anda indulge mkn fast food, xbersenam, xlead healthy lifestyle ikut logik akal, anda rasa badan anda akan tahan lama x?
“Adakah dgn berpantang ketat selama 44hari tu anda jamin anda xkn kena darah tinggi, kencing manis, osteoporosis & pelbagai penyakit lain? Bg sy seseorang itu baik wanita mahupun lelaki seharusnya berpantang spnjng hidup yakni mengamalkan pemakanan & lifestyle yg sihat + seimbang baru lah “badan tahan lama”,”tegasnya.
Tambahnya lagi, proses berpantang amat mudah. Sekiranya makanan itu menimbulkan alahan, sebaiknya dielakkan.
“Kedua, sebelum sy go specifically kpd jenis makanan yg katanya xboleh diambil sewaktu berpantang, rule of thumb ttg makanan ni TERAMAT SIMPLE. Any makanan yg tidak mengakibatkan alahan kpd seseorang itu BOLEH dimakan.
“Sekiranya makanan tu xbuat badan anda merah2+gatal2, xbuat pernafasan anda semput, xbuat anda ttibe2 loya+muntah ia BOLEH & SELAMAT dimakan. Kireny anda boleh makan apa jua lepas bersalin as long as ia sihat, seimbang & tidak menyebabkan alahan. Kan mudah berpantang tu dak?
“Sy tau mst rmi yg xpuas hati ngn pndngn sy mengenai pantang modern ni. Sy xmenolak 100% pantang tradisional, in fact lpas bini bersalin sy carikan org tuk tlg urut dia tuk 3hari tuk relaxkan bdn die. Cume xdela sy suruh die berlipas, bertangkas, bergelumas tu.
“Kalau anda rase aktiviti2 itu memberi ketenangan kpd anda silakan sb tujuan utamany mmg nk relaxkan & galakkan peredaran darah. Ok next part sy crite in detail mengenai mitos pantang pemakanan k peeps? Btw, Ace bedak tebai kirim salam semua,” tulisnya panjang lebar.
Berkongsi sedutan ceramah ‘Success At A Young Age’ yang diberikan di hadapan para pelajar, kata-kata motivasi pelakon popular, Janna Nick cukup membakar semangat.
Berkongsi pengalaman kerja seawal umur 14 tahun di pusat membeli belah, Janna berkongsi cerita.
Sebaiknya, elak daripada melakukan kesilapan sekiranya mahu berjaya pada usia muda. Itu antara perkongsian yang diberikan bintang Cari Aku Di Syurga ini.
“PART 2 : SUCCESS AT YOUNG AGE
“Saya lebih setuju “AVOID MISTAKES “ bukan “ LEARN FROM YOUR OWN MISTAKES” @whitefluffy.my,” tulisnya.
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menyifatkan melihat rakan penyampainya di ERA FM, Bella Astillah semakin matang dalam membuat persediaan untuk melangkah ke alam rumah...