Umum mengetahui, pelakon dan pengacara, Ain Edruce sering kali berkongsi video bersama suaminya, Amirul Hafiz di media sosial.

Gelagat bersahaja pasangan ini sentiasa mencuit hati banyak pihak menerusi pelbagai video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok.

“Mirul Ni Rempit Sopan Agaknya…,” – Naik 125z Dengan Hafizh Syarin, Ramai Tak Sangka Suami Ain Edruce Juga ‘Mat Moto’

Bukan setakat itu, Amirul juga kini dikatakan sudah semakin dikenali dan turut sama mempunyai kumpulan peminatnya yang tersendiri.

Terbaharu, tular sebuah video di Tik Tok yang memaparkan foto Amirul bersama beberapa orang rakannya menaiki motosikal Yamaha jenis 125z.

Turut kelihat di dalam foto tersebut ialah pelumba motosikal berpengalaman negara, Hafizh Syarin.

@_selipar.putusSekarang masing² dah kahwin, berjaya & makin famous. Aku jugak yang maintain macam dulu..🫣😅

♬ Gasolina – Daddy Yankee

Pemilik akaun bernama Selipar Putus itu difahamkan merupakan salah seorang daripada rakan Amirul.

IKLAN

Menurutnya, kesemua rakan-rakannya itu kini sudah berumah tangga dan memiliki kehidupan sendiri.

“Major throwback zaman merempit.

“Sekarang masing-masing dah kahwin, berjaya dan makin famous. Aku juga yang maintain macam dalu,” tulis pemilik akaun tersebut.

Sehingga kini video tersebut telah meraih hampir satu juta tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan tidak menyangka yang Amirul juga aktif bersama geng-geng motosikal.

“Siapa seben Amirul ni? Boleh explain tak?

“Weh, laki Ain Edruce ni budak-budak onetwopai eh.

“Mirul rempit sopan agaknya ni

IKLAN

“Rupanya Mirul pernah menjadi seorang yang sempoi.

“Tak sangka Mirul ni mat motor dulunya,” antara komen-komen netizen.

“Mirul Ni Rempit Sopan Agaknya…,” – Naik 125z Dengan Hafizh Syarin, Ramai Tak Sangka Suami Ain Edruce Juga ‘Mat Moto’

Sekadar informasi, Amirul dan Ain mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Disember 2019.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Soraya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Selipar Putus & Instagram Ain Edruce

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI