Tahniah diucapkan buat pelakon pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim yang telah pun melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan yang juga bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib, 37, jam 3.30 petang, semalam.

Pasangan yang sudah berkenalan lebih 10 tahun itu diijabkabulkan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Dia yang sinonim disapa Fida,35, menerusi Harian Metro berkata, dia bersyukur kerana impian untuk bergelar isteri dan bernikah dengan lelaki pilihan akhirnya menjadi kenyataan.

“Minta Maaf Tak Dapat Jemput Semua Keluarga Serta Sahabat Berikutan Pandemik…,” – Rafidah Ibrahim Sampai Jodoh Dengan Bekas Pengurus

“Saya dan suami meminta maaf kerana tidak dapat menjemput semua ahli keluarga kami serta sahabat-sahabat berikutan situasi pandemik Covid-19 sekarang. Semuanya kena mengikut SOP dan tetamu pun terhad.

IKLAN

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur majlis akad nikah dapat dilaksanakan sebaiknya. Saya juga mohon doakan kebahagiaan kami yang mengikat ikatan perkahwinan pada bulan Ramadan ini.

“Semoga dengan doa-doa baik diberikan akan mendapat rahmat dan berkat Allah SWT,” katanya.

IKLAN

“Minta Maaf Tak Dapat Jemput Semua Keluarga Serta Sahabat Berikutan Pandemik…,” – Rafidah Ibrahim Sampai Jodoh Dengan Bekas Pengurus

Menurut Fida, ia menjadi lebih bermakna apabila dapat mengenakan baju kebaya yang dijahit sendiri oleh Allahyarham ibunya.

IKLAN

“Walaupun arwah mak sudah meninggal dunia empat tahun lalu, tapi bagi saya dia tetap ada di majlis pernikahan ini.

“Saya tidak sangka akhirnya dapat juga tunaikan impian mak yang nak saya berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Selama hampir 20 tahun baju kebaya ini disimpan dengan rapi.

“Sebenarnya sudah lama juga saya nak berkahwin. Namun, ketentuan jodoh setiap orang itu ada yang cepat dan lambat.

“Bagaimanapun, alhamdulillah dapat juga saya pakai baju kebaya yang memang dijahit oleh arwah mak untuk majlis nikah saya,” katanya yang sebelum ini jarang berkongsi mengenai soal calon suami bagi  menghormati permintaan keluarga.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI