Bintang yang pernah popular menerusi lagu Cinta Antara Benua lewat 90-an lalu, Arni Nazira kini hidup bahagia harmoni dengan perkahwinan kedua bersama suami tersayang, Mohd Hazrie Wan Mokhtar.
Penyanyi tinggi lampai ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Muhammad Mua’dz, 11, Wan Aleysha Maserra, 9, dan Wan Muhammad Mushrief, 6 tahun.
Meski menyepikan diri dari bidang seni, namun namanya masih masih menjadi perhatian peminat sementelah single hitsnya itu kekal diminati sehingga sekarang.
Ads
Mencuri perhatian, Arnu baru-baru ini ada memuatnaik beberapa keping gambar bersama keluarganya bersempena dengan sambutan Syawal.
Tampil sedondon, keluarga besar ini tampak manis dipandang lalu turut menerima pujian daripada para pengikutnya di Instagram.
Ads
Malah, turut dikongsikan ialah foto dua anak gadis hasil perkahwinan pertamanya dulu bersama penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Awie.
Ads
Difahamkan, dua permata hatinya itu iaitu Puteri Aleeya Antasha, 21, dan Puteri Aleefa Antasha, 19, masih lagi menuntut.
Foto: Instagram Arni Nazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong telemovie arahannya yang berjudul Jeti yang telah pun ditayangkan pada hari raya kedua.
Jelas Janna, dia juga berasa amat bersyukur kerana telemovie arahannya itu telah berjaya membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Nabila Huda, Josiah Hogan dan ramai lagi.
“Thank you kepada yang sudi tengok #Telemoviejeti @jnstudios.ent . It’s such an honor bila pelakon pelakon hebat sudi bekerja di bawah arahan saya.
“Terharu sangat atas sokongan kalian.
Zaman sekarang bukan penerbit/pengarah je pilih pelakon, pelakon pun memilih pengarah.
“Dapat DOP & crew yang boleh dengar arahan seorang pengarah muda pun dah cukup bersyukur,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Melodi itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, Janna juga berasa sangat terharu kerana memiliki barisan pelakon dan kru-kru yang boleh menghormatinya sebagai meskipun usianya masih lagi muda.
Dikesempatan itu juga, Janna turut memohon maaf sekiranya telemovie itu mempunyai banyak kekurangan dan dia juga berjanji akan memperbaikinya pada masa akan datang.
“Happy dapat bekerja dengan semua.
Minta maaf atas segala kekurangan.
Terima kasih untuk semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung..
“Sesungguh nya yang buruk tu kelemahan saya sendiri dan yang baik tu semuanya atas izin Allah. I will do better next time,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif terhadap telemovie tersebut selain turut berharap agar Janna dapat menghasilkan lebih banyak karya-karya menarik pada masa akan datang.
Sumber: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah Penyanyi terkenal, Ariana Grande dan tunangnya, Dalton Gomez disahkan sudah berkahwin secara rahsia pada hujung minggu lalu.
Jurucakap Ariana seperti yang dilaporkan media antarabangsa menjelaskan, majlis perkahwinan berkenaan dihadiri kurang daripada 20 tetamu sahaja.
Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang perkongsian foto rasmi di majlis perkahwinan tersebut.
Terdahulu, hubungan rapat pasangan ini mula menjadi bualan pada Februari tahun lalu, selepas penyanyi lagu 7 Rings itu berpisah dengan bekas kekasihnya, Mikey Foster.
Mereka kemudiannya mengikat pertunangan pada Disember.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Izreen Azminda mendedah dia meminta maaf sebanyak tiga kali terhadap bekas isteri suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude iaitu Intan Liana Saleh ketika dipertemukan buat kali pertama selepas beberapa tahun pada rakaman program Melodi Raya baru-baru ini.
Sambil menzahirkan rasa syukur kerana menyifatkan doanya selama ini dimakbulkan Allah SWT, Izreen, 36, atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam menerusi Harian Metro mejelaskan, dia terbuka kerana program hiburan itu menjadi orang tengah menemukan mereka.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okay dan tidak ada apa-apa halangan. Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini.
“Apabila dia pun sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmat. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah. Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun.
“Bagi saya, apa saya nak buat selama ini, Melodi sudah realisasikan untuk saya. Ibaratnya Melodi menjadi orang tengah,” katanya.
Izreen yang kini hamil anak ketiga berkata dia juga tidak melepaskan peluang itu dengan meminta maaf terhadap Intan.
“Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya. Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama.
“Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” katanya.
Sesi pertemuan dua wanita itu bakal ditayangkan pada program Melodi Raya di TV3, hari ini.
Sementara itu, berkongsi mengenai kehamilannya yang kini mencecah usia lima bulan, Izreen berkata pada awalnya dia mengalami alahan teruk.
“Alhamdulillah, sekarang ini semuanya okay. Cuma pada awal kehamilan saja yang mana alahan dirasai berbeza dengan dua anak sebelum ini.
“Kali ini sampai bau minyak masak pun tak boleh hidu. Jadi, saya tak masak. Masuk bulan keempat, semuanya kembali okay,” katanya.
Mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, Izreen meraikan bersama suami dan anak mereka, Aaron Ibrahim serta ibunya.
Sementara anak sulungnya, Adrian Umar beraya bersama bekas suami juga pengarah, Muhammad Riza.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.