Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sebuah video membabitkan pelakon, Shukri Yahaya bersama isterinya, Tya Adnan.
Video yang tular di laman Twitter itu memaparkan teletah lucu Shukri yang sakan mengusik isterinya yang pada ketika itu sedang sibuk mempromosikan jenama tudung miliknya di Instagram Live.
Shukri yang turut sama menyertai sesi Instagram Live sempat memberikan pick up line dengan menyifatkan isterinya itu sebagai ciptaan Tuhan yang paling cantik.
Usikan tersebut telah menyababkan muka isteri Shukri merah padam sepanjang sesi Instagram Live itu berlangsung.
Ads
Dalam pada itu, video berdurasi hampir dua minit itu telah meraih hampir 200,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Rata-rata netizen dilihat terhibur menyaksikan telatah comel pasangan suami isteri ini selain ada juga yang mahu segera menamatkan zaman bujang gara-gara vieo berkenaan.
Ads
“Ngoksss, aku rasa Shukri Yahaya ni mesti husband yang jenis crack dan masuk air. Kelakar betul, moga kekal together till jannah,” komen seorang pengguna Twitter.
“Berlakon pun dapat watak heloks. Real life pun heloks. Untung Tya,” tulis seorang individu.
Ads
“Please my husband better be like this still make me shy shy cat even dah bertahun-tahun kahwin,” luah seorang lagi individu.
Sekadar info, Shukri dan Tya telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 November 2015.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
Sumber: Twitter @TheOnlyFatin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada anggota kumpulan Indigo, Bad iaitu penyanyi Ashira Aziz mendedahkan suaminya telah pun menjalani pembedahan bagi membuang tiga jari kaki sebelah kiri akibat diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu.
Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah,46, sebelum Ramadan lalu turut menjalani prosedur sama bagi membuang salah satu jari kaki sebelah kiri.
“Sekarang kaki kiri tinggal ibu jari saja. Empat lagi sudah dipotong. Suami masih lagi ditahan di hospital sebab takut ada jangkitan bakteria di ibu jari kaki pula.
“Keadaan dia okay, tapi ada beberapa prosedur lain lagi yang perlu dibuat selama beberapa hari sebelum dibenarkan keluar. Doktor nak pastikan semuanya betul-betul okay.
“Ingatkan dapat sambut Aidilfitri bersama suami dan anak-anak, tetapi ada dugaan lain,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Berkongsi lanjut, Ashira turut melaluahkan rasa bimbang dengan penularan Covid-19 ketika ini yang boleh membawa kepada suaminya termasuk dalam golongan berisiko tinggi.
“Ikutkan sudah hampir seminggu tidak dapat melawat dia di hospital. Pada awal-awal dulu boleh melawat lagi, tetapi disebabkan angka kes positif Covid-19 yang semakin tinggi kami tidak dibenarkan melawat langsung.
“Suami sendiri sudah beberapa kali bertukar wad. Itulah yang dibimbangkan juga sebab dia boleh dikatakan berisiko tinggi. Memang harap sangat boleh keluar hospital lebih awal,” katanya lagi.
Ashira yang sinonim menerusi lagu Di Ombak Resah melangsungkan pernikahan bersama Bad pada 11 Mac lalu.
Pasangan selebriti ini berkenalan selepas sama-sama menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Sumbar, Foto: Harian Metro, Instagram Bad Indigo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim akhirnya mengesahkan yang dia kini kembali berstatus solo sejak 22 Julai tahun lalu sekali gus menjelaskan mengenai teka-teki status sebenar diri kini.
Fiza berpisah dengan suami, juruterbang, Aizat Al Jefri yang dikahwininya pada Disember 2016 lalu.
Menerusi perkahwinan ketiga itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata yang dipanggil Baby Aleena, kini berusia hampir tiga tahun.
“Saya ambil masa untuk merungkaikan hal sebenar. Ia bukan mudah. Tapi baru saat ini saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri. Kami bercerai talak satu. Saya diceraikannya menerusi aplikasi WhatsApp.
“Punca atau sebab kenapa kami berpisah itu, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tak mahu membuka aib sesiapa.
“Saya sedar dengan status pernah berkahwin tiga kali, pasti ada yang akan memandang serong. Namun saya hanya manusia biasa, yang tak lepas diuji. Saya tak hidup dek puji, tak mati dek keji,” katanya.
Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim juga mengakui sejak tiga minggu lalu sukar melelapkan mata untuk tidur gara-gara situasi yang dihadapi.
“Mata mengantuk, tapi tak boleh nak tidur. Otak seolah olah berjalan memikirkan itu ini. Termasuk nasib saya. Saya ‘lost’ dan terkapar kapar memikirkan pengakhiran hidup nanti bagaimana.
“Namun saya bersyukur ada yang datang membuka jalan untuk menggalakkan diri menyertai cabang kerja baru.Mungkin saya akan mempertimbangkan kerja itu.
“Cuma saya belum terfikir nak berlakon atau bernyanyi semula setakat ini. Selama ini pun, saya juga melalukan riviu produk di Instagram. Saya juga terbuka jika ada tawaran bergelar duta selepas ini,” katanya.
Dalam pada itu, Fiza juga beruntung kerana bekas suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin sangat menyokong terutama menjaga dua anak mereka, Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.
Mereka bagaimanapun bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.
Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013, namun ia juga tak dapat diselamatkan.
Sementara itu, Fiza turut menjawab desas-desus yang mendakwa, dia kononnya sudah berkahwin dengan pelawak Saiful Apek.
Perkara tersebut diperkatakan apabila gambar mesra mereka dikongsi Fiza di Instagram dan menjadi perdebatan di netizen.
“Tak ada istilah saya sudah jadi isteri kedua dia. Kami hanya bertemu di sebuah program ‘game show’. Gambar berdua kami yang tular itu dirakamkan isterinya sendiri.
“Kami masing masing gelak kerana tahu perkara sebenar. Mungkin silap saya kerana ketika itu status kisah rumah tangga ketiga saya masih samar samar. Jadi ia mengundang kebencian ramai,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak beberapa hari lalu, sebuah rakaman video yang antara lain memaparkan seorang gadis Orang Asli yang dikenali sebagai Azura Anjau kelihatan sebak dan menangis kegembiraan apabila menerima telekung pemberian pengasas pakaian muslimah Munawwareen, Aliza Abu Bakar tular di media sosial.
Sehingga kini, video yang dikongsikan pengguna Twitter menerusi akaun @Okopipi_ itu sudah pun menerima lebih 110,000 kali tontonan bersama pelbagai respon positif yang ditinggalkan.
Sebak pulak tengok diorang ni nangis terharu dapat telekung. Memang susah zaman sekarang orang nak sedekah telekung. Insyallah pahala sedekah dapat, pahala orang tu pakai sebab melakukan solat pun insyaallah dapat. pic.twitter.com/RtA1MzgNMX
Sementara itu, Aliza menerusi Instagram mengakui situasi itu membuatkan hatinya tersentuh apabila telekung beberapa wanita lain dapat digantikan dengan yang baharu.
“Kalau sebelum ni, apa yang saya perhatikan bila saya sedekahkan telekung kepada orang, mereka menerima dengan gembira.
“Tapi kali ini, perasaan tu berbeza. Tangisan yang jujur dari hati. Belum pernah saya melihat ada orang sebak apabila menerima hadiah telekung.
“Biasanya, orang yang dah berumur je yang paling excited dapat telekung. Sedangkan adik Azura binti Anjau ni masih muda remaja.
“Sejujurnya, airmata syukur adik Azura yang sebak mengalirkan titis air mata buat hati saya tersentuh,” kongsinya.
Terdahulu pada 20 April lalu, Munawwareen mengambil keberkatan di bulan Ramadan dengan mengadakan program infaq di Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong.
“Katanya dia sudah lama mengimpikan telekung yang cantik dan mewah, namun masih belum ada rezeki utk membelinya. Bila saya perhatikan, tudung yang dia pakai pun dah lusuh.
“Adik Azura kata lagi, biasanya sumbangan yang disalurkan kepada komuniti Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang, berupa keperluan harian.
“Jadi, kali ini dia sangat teruja bila menerima hadiah telekung eksklusif daripada Munawwareen.
“Tentunya saya sebagai tulang belakang jenama Munawwareen berasa amat bersyukur. Semoga adik Azura rasa gembira setiap kali memakai telekung Munawwareen ketika menunaikan solat,” ujar Aliza.
Dia pada masa sama bersyukur dan seronok kerana berpeluang untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat Orang Asli.
Bagi Aliza, kesudian mereka menerima telekung tersebut merupakan satu rahmat yang besar bagi dirinya.
“Tanpa saya sedar, air mata yang cuba saya tahan jatuh juga bergenang ketika saya dalam perjalanan pulang.
“Saya bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, kepada komuniti orang asli dan amat terharu apabila mereka menerima pemberian saya dengan hati yang terbuka,” tulisnya lagi.
Selain telekung, Aliza juga turut menyumbangkan barangan keperluan dapur antaranya beras, susu, mihun, minyak masak dan air mineral kepada 40 keluarga yang menetap di perkampungan itu.
Pasukan Munawwareen ke sana dengan bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer.
Aliza juga mempunyai alasan tersendiri memilih perkampungan Orang Asli.
“Kenapa perkampungan Orang Asli? Ini kerana kawasan penempatan komuniti ini jarang menjadi “hot spotted” atau mendapat perhatian untuk program infaq di bulan Ramadan.
“Biasanya progam infaq ini melibatkan anak-anak yatim, ibu tunggal, rumah orang tua-tua, fakir miskin, OKU dan anak-anak tahfiz.
Bukan setakat menyumbangkan telekung dan barangan keperluan, Aliza juga turut membawa seorang ustaz untuk menyampaikan tazkirah di sana.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.