Beberapa hari lalu, viral di laman media perihal isu yang berlaku pada majlis perkahwinan anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri.
Bagaimanapun, isu tersebut kian reda apabila pelakon berkenaan mengambil pendekatan profesional dengan memohon maaf terhadap apa yang berlaku.
Mungkin masih ada yang tidak mengenali dengan pelakon senior yang berbakat besar ini.
Jadi, MH menyediakan 5 fakta menarik mengenai pelakon Normah Damanhuri.
1.Pelakon senior Normah Damanhuri dilahirkan pada 1 Januari 1954 di Johor.
Ads
2.Normah telah memulakan karier sebagai pelakon sekitar tahun 1980-an.
Ads
3.Banyak drama rantaian yang terkenal telah dilakonkan Normah seperti Misteri Wan Peah, Patahnya Sebelah Sayap, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan banyak lagi.
4.Selain berlakon dalam drama, bintang hebat ini juga pernah berlakon dalam filem. Pada tahun 1998, Normah telah berlakon dalam sebuah filem berjudul Jogho yang merupakan filem pertama lakonannya.
5.Setelah hampir 40 tahun Normah menceburi dalam bidang lakonan, Normah telah memenangi 3 Anugerah Skrin (ASK) antaranya Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1998/1999, Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama 2008, Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem 2018 dan merangkul satu anugerah Festival Filem Malaysia Ke-25 bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Foto : Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, penyanyi dan pengacara Nina Nadira telah membuka akaun Instagram (IG) buat anaknya, Nina Lilyanna yang kini berusia 18 hari.
Bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun itu sebenarnya teragak-agak untuk berbuat demikian, tetapi atas permintaan ramai, Nina tetap melakukannya.
“My precious Lily ; We were a bit hesitant to have her own insta profile but many of you requested and i think it would be nice to share with you guys how our beautiful little Lily blossoms..
Nina dan suaminya, Ahmad Farhan yang sudah mendirikan rumah tangga pada akhir Julai 2017 itu turut berasa risau dengan komen netizen yang akan meninggalkan pendapat dan pandangan masing-masing menerusi gambar yang dimuat naiknya.
“Sorry this mommy is overprotective, cause any negative comments or makcik makcik bawang trying to be smart will be blocked. So here it goes : @ninalilyanna,” tulis Nina yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia 2014.
Insiden melibatkan pelawak Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet dengan pengawal keselamatan, Yahya Manap bulan lalu kini berakhir menerusi cara paling mulia.
Keduanya saling bermaafan ketika masing-masing bertemu di sebuah premis malam tadi.
Menerusi keratan video dari Instagram BH Online, Lan dan Yahya atau mesra disapa Pak Ya dilihat bersalaman dan meminta maaf di atas insiden yang berlaku pada 6 April lalu itu.
“Sekarang ni bukan kerana wang, kerana kesilapan masing-masing untuk berbuat baik. Malah bulan Ramadhan pun nak dekat dah..
“Kita buang yang keruh, kita ambil yang jernih..
“Saya bukannya pendendam… Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka,” kata Yahya.
Dalam pada itu, Lan turut berasa kesal atas tindakannya yang mengasari warga emas terbabit.
“Saya rasa diri ini lemah sangat. Lepas kejadian macam ni saya nak minat maaf..
“Ia makan masa berminggu.. Dengan nyawa dan roh badan, saya dengan humble nak minta maaf pada Pak Ya, anak-anak dan keluarga untuk pertemuan sesi maafkan saya.
“Itu niat saya.. terima kasih Pak Ya umur dah 68 pun masih berkerja dan dapat maafkan saya lagi,” balas Lan rendah diri.
Terdahulu, Lan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah memukul Pak Ya.
Malah, abang ipar kepada pelakon Rozita Che Wan itu juga mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.
Sumber : Instagram Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Azhan Rani yang mendukung watak sebagai Ustaz Hamadi menerusi drama rantaian Nur2 ada berkongsi insiden mendebarkan saat dirinya melakonkan salah satu babak di penjara Seremban.
Tulisnya menerusi Instagram, babak tersebut bermula sejak pagi dan cuaca pada ketika itu panas melampau. Kebetulan dia turut mengalami demam selsema.
“Nak share sikit di sebalik scene penjara ni.. masa ni shooting kat penjara seremban.. dari pagi kat situ.. cuaca memang panas melampau masa ni.
“Masa ni juga badan tengah demam selsema.. terima kasih pada klinik penjara yang sudi berikan ubat demam masa tu.
“Tapi masa scene cakap dengan aishah kat telefon tu memag berat sangat mata.. angkat kepala pun time director sebut “action” je.. separuh dialog skrip separuh lagi dah jadi dialog aku.
“Lepas scene kat penjara ni petangnya kami move ke senawang untuk scene di restoren.. masa tu aku ride.. sampai sana sementara tunggu set up aku baring kat lantai,” tulisnya.
Ketika itulah, dia difahamkan tidak sedarkan diri sehinggalah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Entah apa agak lama jadi syok baring kat situ sampai la sedar2 aku dah dalam ambulance dan dibawa ke hospital seremban.
“Terima kasih doctor2 kat unit kecemasan sana. walaupun dia kata dia benci syed hamadi tapi tetap cucuk jarum dengan penuh hemah kat aku.. alhamdulillah walaupun agak lama kat unit kecemasan tu berjaya juga aku elakkan admitted kat situ.. walaupun terpaksa check in kat hotel area tu atas bantuan pm che @onechinoiz dapat la juga recover demam balik lepas 2 hari.
“Apa yang aku takkan lupa tentang family ini masa kejadian ini.. masing2 ambik berat dan bagi bantuan.. betapalah aku sayangkan family ni padahal sebab aku diaorang kena delay scene ni buat hari lain.. tq @remy__maghrib yang sempat rakam dan edit video ni.. @khiriah17 @ejchomey dan yang lain2 yang tak putus menolong dan bagi semangat.. @amhus_amiegus yang tolong bawakan motor.. dan family #nur2 yang lain yang menghulurkan bantuan.
“Dua hari tu dapatlah aku insaf kejap.. sebelum jahanam semula di set hari seterusnya.. masa kejadian ni kami baru 2 minggu shooting rasanya.
“Tak semua dalam family ni aku kenal pun.. tapi lepas kejadian ini kami jadi lebih rapat dan aku dah boleh ingat nama semua dalam family ni..syukur kerana berada di family ini dan terima kasih family,” tulisnya panjang lebar.
Nur 2 yang memulakan tayangab episod pertamanya semalam menerusi slot Samarinda mendapat reaksi baik para penonton setakat ini.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.